Abu Hurairah r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba telah melakukan dosa, lalu dia berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunkanlah aku. Lalu Allah berfirman: Hambaku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yg akan mengampunkan dosa dan dia memohon keampunan dari Tuhannya. Kemudian diampunkan dosanya dan kemudian terus begitu.
Kemudian terjerumus melakukan dosa (lagi), maka dia berkata: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa sekali lagi, maka ampunkanlah daku. Lalu Allah berfirman: Hambaku mengetahui bahawa beliau mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa dan beliau memohon keampunan dari Tuhannya. Aku mengampunkan hambaku, kemudian beliau terus begitu.Kemudian (sekali lagi) terjerumus dalam dosa, lalu dia berdoa Tuhanku, aku telah melakukan dosa (sekali lagi), maka ampunkanlah aku.
Maka Allah berfirman: Hambaku telah mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan dia memohon keampunan dari Tuhannya. Allah berfirman: “Aku mengampunkan dosa hambaKu tiga kali, maka lakukanlah apa yang mereka kehendaki.” (HR. Bukhari dan lain-lain)
No comments:
Post a Comment