Tuesday, February 25, 2014

KEUTAMAAN BERZIKIR

Daripada Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda: “Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia dpd perang dgn musuh2 kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang?”. Jawab mereka: “Mahu, wahai Rasulullah.” Sabda beliau: “Berzikirlah kepada Allah sebanyak2nya” (Riwayat Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

1) Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah. Berzikir boleh dilakukan sambil berjalan kaki, memandu kereta bahkan sambil berbaring di tilam yg empuk pun boleh berzikir. Abu Said Al-Khudri r. a memberita kan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak org yg di dunia ini mengingati Allah di atas tilam yg empuk, yg kerananya Tuhan membawa mrk ke peringkat tertinggi di dlm syurga.”

2) Zikir Menjadi Makanan Mukmin Semasa Kedatangan Dajjal. Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui Dajjal sebagai tuhan akan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para Malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Sesiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparannya”

3) Semua Makhluk Berzikir dan Bertasbih. Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

4) Semut dan katak juga berzikir kpda Allah. Diriwayatkan dpd Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w:  “Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yg selalu membaca tasbih?” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Suara katak itu tasbih, memuji Allah.” (Riwayat An-Nasai)

No comments:

Post a Comment