Dari Hudzaifah r.a ia berkata, “Apb Rasulullah saw menemui suatu kesulitan, maka beliau segera mengerjakan solat.” (HR Ahmad, Abu Daud, Durul Mansur).
Solat adalah rahmat Allah yg besar. Mencari pertolongan dgn solat ketika menghadapi kesulitan bererti menuju rahmat Allah. Dan jika rahmat Allah dtg, tidak akan ada lagi kesulitan. Bnyk riwayat yg menyebutkan mengenai hal ini. Para sahabat yg selalu mengikuti langkah Nabi saw. juga sering melakukannya. Abu Darda r.a. berkata, “Jika terjadi angin taufan, Rasulullah saw. akan segera masuk ke masjid dan tidak akan keluar dari masjid jika angin blm reda.” Demikian juga ketika terjadi gerhana matahari atau bln, Rasulullah saw. akan segera mengerjakan solat. Shuhaib r.a. telah diberitahu oleh Rasulullah saw bahawa para Anbiya a.s., jika mendptkan suatu masalah, mrk juga akan segera melaksanakan solat.
Pada suatu hari, ketika Ibnu Abbas r.a. sdg dlm perjlnan, ia mendpt khabar bahawa anaknya telah meninggal dunia. Ia segera turun dari untanya, kemudian solat dua rakaat dan membaca “Innalillahi wa inna ‘ilahi roji’un”, Lalu berkata, “Aku telah melaksanakan apa yg telah diperintahkan oleh Allah di dlm Al-Quran: “Jadikanlah sabar dan solat sbg penolongmu dan Sesungguh nya yg demikian itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yg khusyu’” (Al-Baqarah:45). Terdpt kisah lain mengenai Ibnu Abbas r.a.. Ketika ia sdg dlm perjlnan, ia men dptkan berita kematian saudaranya yg bernama Qutsam.
Maka ia segera turun dari untanya dan mengerjakan solat dua rakaat di pinggir jln. Ia berdoa cukup lama di dlm tasyahudnya. Kemudian ia berdiri utk melanjutkan perjlnan nya seraya membaca ayat Al-Quran diatas. Juga disebutkan sebuah kisah lain mengenai Ibnu Abbas r.a iaitu ketika ia mendgr berita wafatnya salah seorg Azwaajun Muthahharah (isteri2 Rasulullah saw.), ia segera bersujud. Ketika seseorg menanyakan perbuatannya, ia menjawab, “Beginilah yg diperintahkan oleh Rasulullah saw. jika kita mendpt musibah. Hendaklah kita sibuk dgn solat dan tiada musibah yg lebih besar selain wafatnya UmmulMukminin (Abu Daud).
Ketika Ubadah r.a. hampir wafat, ia berkata kpd org2 di sekitarnya, “Jgn lah kalian menangisiku. Jika ruhku keluar, kuminta agar kalian berwudhu dgn sempurna dan pergi ke masjid. Solatlah dan beristighfarlah utkku, krn Allah menyuruh kita agar selalu memohon pertolongan dgn sabar dan solat, kemudian baringkanlah aku di dlm liang kubur.” Suami Ummi Kultsum r.a.; iaitu Abdurrahman r.a. telah ditimpa sakit parah. Demikian parah sakitnya sehingga semua org menygka ia telah wafat. Melihat hal itu, Ummi Kultsum r.a. segera mendirikan solat. Selesai solat, Abdurrahman siuman. Ia bertanya kpd org2 di sekelilingnya, “Apakah aku tadi spt org mati?” Dijawab, “Ya!” Ia berkata, “Dua malaikat telah mendtgiku dan berkata, ‘Pergilah menghadap Ahkamul-Hakimin, Dialah Yg memutuskan perkaramu.”
Kedua malaikat itu membawaku pergi. Lalu malaikat yg ke3 menghampiri dan berkata kpd kedua malaikat tadi, “Kamu berdua pergilah! Dia termasuk golongan org2 yg berbahagia dan beruntung yg tertulis sejak ia berada di dlm kandungan ibunya. Dan skrg anak2nya masih mendptkan manfaat darinya.” Stlh kejadian itu, Abdurrahman r.a. masih hidup selama kurang lebih satu bln, lalu ia meninggal dunia.” (Durrul-Mantsur).
Nadhar r.a. bercerita, “Suatu ketika pernah terjadi siang menjadi gelap gulita. Aku pun berlari menemui sahabat Anas dan bertanya kpdnya, “Apakah engkau pernah mengalami hal spt ini pada masa hidup Rasulullah saw.?” Jawabnya, “Semoga Allah melindungi! Pada zaman Rasulullah saw. pernah terjadi angin bertiup sgt kencang. Kami segera berlari ke masjid, takut jika terjadi hari Kiamat.” (Abu Daud). Abdullah bin Salam r.a. berkata, “Apb keluarga Nabi saw. ditimpa suatu kesulitan, maka beliau akan menyuruh keluarganya mendirikan solat seraya membaca ayat Al-Quran: “Dan perintah kanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dlm mengerjakan nya. Kami tidak meminta rezeki kpdmu, Kamilah yg memberi rezeki kpdmu. Dan akibat (yg baik) itu adalah bagi org2 yg bertakwa.” (QS Thaha: 132).
Sebuah hadis menyebut kan, “Brgsiapa menghadapi suatu keperluan dunia atau agamaatau mengenai hubungan dgn Allah atau hamb-Nya, hendaklah ia berwudhu dgn sempurna, lalu solat dua rakaat, memuji Allahdan berselawat ke atas Rasulullah saw., lalu berdoa yg ertinya: “Tiada Tuhan selain Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah Rabb Yg Memelihara Arasy yg agung. Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam. Aku memohon kpdMu segala sesuatu yg men yampaikan kpd rahmatMu dan ampunanMu, keuntungan dari segala kebajikan, serta keselamatan dari segala dosa. Jgn Engkau biarkan bagiku suatu dosa tanpa Engkau mengampuninya, suatu kesempatan tanpa Engkau melapangkan nya dan suatu hajat yg Engkau redhai tanpa Engkau memenuhi nya. Terimalah wahai Yg Maha Rahiim.” Insya Allah doanya akan terkabul.
Wahab bin Munabbih rah.a. berkata, “Dianjurkan utk meminta keperluan kpd Allah melalui solat. Org2 terdahulu, jika sesuatu menimpa mrk, mrk akan mengerjakan solat. Siapa saja di antara mrk yg tertimpa masalah akan segera mengerjakan solat. Ia bercerita, “Di Kuffah ada seorg kuli barang yg terkenal. Org2 selalu mempercayainya. Krn sifatnya yg jujur dan terpercaya, para pedagang bnyk minitipkan barang atau wang kpdnya. Ketika ia sdg dlm perjlnan, ia bertemu dgn seorg lelaki.
Lelaki itu bertanya, “Engkau mau kemana?” Jawab kuli itu, “Aku akan ke kota fulan.” Sahut lelaki itu, “Aku juga akan ke sana. Aku dpt berjln kaki bersamamuatau bgmn jika aku menumpang baghalmu dgn bayaran sedinar?” Kuli itu pun setuju. Ketika tiba di suatu persimpangan jln, penumpang tadi berkata, “Jln manakah yg akan engkau lalui?” Jawab kuli, “Jln besar yg umum ini!” Sahut penumpang tadi, “Jln yg satu ini lebih dkt dan lebih mudah bagi makanan binatang krn bnyk rumput di sana.” Jawab kuli, “Aku blm pernah melihat jln ini.” Kata penumpang, “Aku sering melewatinya.” “Baiklah jika begitu,” jawab kuli.
Mrk pun melalui jln itu. Beberapa lama kemudian, mrk tiba di sebuah hutan seram yg bnyk berserakan bangkai manusia. Tiba2 penumpang tadi melompat dari baghal yg dinaikinya dan langsung mengeluarkan pedang dari balik punggungnya dgn niat membunuh kuli tadi. “Jgn!” teriak kuli. “Ambillah baghal beserta semua barangnya, ttp jgn bunuh aku!” Penumpang itu tidak mempeduli kan tawaran tersebut, bahkan ia bersumpah akan membunuh kuli tersebut utk kemudian mengambil semua barangnya. Kuli merasa cemas, namun si penumpang tidak mempedulikan sama sekali. Akhirnya kuli berkata, “Baiklah, izinkan aku solat dua rakaat utk terakhir kalinya.” Sambil tertawa, penumpang itu mengabulkan keinginan kuli dan berkata, “Silakan, cptlah solat! Mrk yg mati ini pun telah meminta hal ng sama seblm mati, ttpi solat mrk ternyata tidak menolong mrk sedikit pun.”
Segera kuli itu solat, ttp stlh membaca Al-Fatihah, Tiada satu surah pun yg dpt diingatnya. Sdg org zalim itu menunggu sambil terus berteriak, “Cpt, selesaikan solatmu!” Tanpa sengaja, terbaca oleh lidah si kuli ayat yg berbunyi: “Siapakah yg memperkenankan (doa) org yg dlm kesulitan bila ia berdoa kpd-Nya dan yg menghilangkan kesulitan.” (Q.s. An-Naml: 62). Kuli tersebut membacanya sambil menangis. Tiba2 muncullah seorg penunggang kuda bertopi gemerlapan dari besi. Ia dtg dan menikam org zalim tadi sehingga mati. Dan di tmpt org zalim itu mati keluar lah nyala api. Kuli langsung bersujud syukur ke hadirat Allah swt.. Lalu ia lari ke penunggang kuda tadi dan bertanya, “Siapakah engkau dan bgmnkah engkau dtg?”
Jawabnya, “Aku adalah hamba dari ayat yg engkau baca tadi. Skrg engkau aman dan dpt pergi ke mana pun sesukamu.” Stlh berkata demikian, org itu pun menghilang.” (Nazhatul-Majalis). Pada hakikatnya, solat adalah kekayaan yg sgt besar. Selain akan mendtgkan keredhaan Allah, solat juga akan menyelamatkan dari bencana dunia dan menenangkan hati. Ibnu Sirrin rah.a. berkata, “Seandainya aku disuruh memilih antara syurga dan dua rakaat solat, maka aku akan memilih solat, krn syurga itu utk kesenanganku, ttpi solat utk Allah swt.” Rasulullah saw. bersabda, “Alangkah dicemburui seorg muslim yg ringan hidupnya, keluarga dan hartanya tidak menyibukkannya, bnyk kesempatan utk solat, selalu menerima rezeki yg ada, sabar atas segala hal, beribadah kpd Allah dgn sebaik2nya, hidup tanpa disanjung, matinya mudah, warisannya sedikitdan tidak bnyk org yg menangisi nya.” (Jami’ush-Shaghir). Beliau juga bersabda, “Perbnyklah solat sunah di rumahmu agar rumahmu dipenuhi kebaikan.”
No comments:
Post a Comment