Monday, February 3, 2014

FADHILAT SOLAT HADIS KE 9

Dari Abu Qatadah, Rasulullah bersabda: “Allah swt. berfirman: “Sesungguh nya Aku telah mewajibkan kpd umatmu solat lima waktu dan Aku berjanji dgn diri Ku bahawa brgsiapa menjaga solatnya tepat pada waktunya, pasti Aku masukkan dia ke dlm syurga dgn jaminan Ku dan brgsiapa tidak menjaga solatnya, maka Tiada jaminan baginya” (HR Abu Daud, Ibnu Majah).

Dlm hadis lain dgn jelas diterangkan bahawa Allah swt. telah mewajibkan kpd kita solat lima waktu dlm sehari semlm. Brgsiapa tidak berbuat kelalaian sedikit pun, berwudhu dgn sempurna, solat pada waktunyadan mendirikannya dgn khusyu’ dan khudhu’, maka Allah menjanjikan utk memasukkannya ke dlm syurga. Dan brgsiapa yg tidak melaksanakan hal ini, maka Allah tidak menjanji kan syurga baginya. Mungkin ia akan diampuni atau akan diazab. Begitu besar keutamaan solat sehingga dgn mempedulikan nya, seseorg termasuk ke dlm janji dan jaminan Allah. 

Kita perhatikan, jika seorg hakim atau org kaya menenangkan atau menanggung suatu tuntutan atau memberikan jaminan kpd seseorg, maka org itu akan merasa senang dan tenangd an segala perintah hakim itu akan dianggap berasal dari org yg besar jasanya. Begitu pula halnya dgn solat, ibadah yg sgt mudah dan tidak sulit; sdgkan yg menjaminnya adalah Raja para raja, Penguasa dua alam. Namun, jika kita tidak mempedulikan hal ini, kita sendirilah yg akan rugi sehingga akan menyebabkan kebinasaan kita.

No comments:

Post a Comment