Monday, February 3, 2014

FADHILAT SOLAT BERJAMAAH

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Solat seorg lelaki dgn berjamaah dibanding solatnya di rumah atau di pasarnya lebih utama pahalanya dgn 25 kali lipat. Yg demikian itu krn bila dia berwudhu dgn menyempurnakan wudhu nya lalu keluar dari rumahnya menuju masjid, dia tidak keluar kecuali utk melaksanakan solat berjamaah, maka Tiada satu langkahpun dari langkah nya kecuali akan ditinggikan satu darjatnya dan akan dihapuskan satu kesalahan nya. Apb dia melaksanakan solat, maka malaikat akan turun utk mendoakannya selama dia masih berada di tmpt solatnya, Ya Allah ampunilah dia.

Ya Allah rahmatilah dia dan seseorg dari kalian sentiasa dihitung dlm keadaan solat selama dia menanti pelaksanaan solat” (HR Bukhari dan Muslim). Dlm hadis lain dikatakan keutamaan solat dgn berjamaah adalah 27 kali lebih utama dpd solat sendirian, sdgkan hadis ini menyatakan 25 kali. Bnyk ulama memper bincangkan masalah ini dgn pjg lebar, yg sptnya bertentgn. Berikut ini adalah beberapa penjelasan dan pendpt mengenai perbezaan ini :

1). Perbezaan antara 25 dan 27 darjat adalah krn perbezaan tingkat keikhlasan dlm diri seseorg.

2). Dlm solat sirri (Zuhur dan Asar) adalah 25 darjat dan pada solat jihri (Subuh, Maghrib dan Isyak) adalah 27 darjat, krn solat Subuh, Maghrib dan Isyak terasa lebih berat.

3). Pada solat Subuh dan Isyak krn pengorbanannya sedikit lebih berat utk pergi berjamaah akibat dingin dan gelap, maka pahalanya 27 darjat dibanding kan dgn solat fardhu lainnya yg 25 darjat.

4). Sebhg ahli tafsir menulis bahawa ini merupakan ganjaran Allah swtkpd umat Muhammad saw.

5). Pada mulanya adalah 25 darjat ttp stlh itu (krn anugerah Allah kpd umat Muhammad) ditambahkan pahalanya menjadi 27 darjat.

Ada juga yg menjelaskan bahawa dlm hadis yg menerangkan pahala 25 itu bukan sbg tambahan ttp pelipatgandaan menjadi 25 kali. Sehingga bila dihitung akan menghasilkan 33,554,432 darjat. Betapa besar rahmat Allah swt yg telah memberikan pahala begitu bnyk. Namun jika satu solat saja ditinggalkan maka dosanya adalah satu huquf. Maka tidak mustahil jika pahala solat pun dpt men-capai jumlah sebnyk itu. Kemudian Rasulullah saw menjelaskan bahawa pahala itu terus bertambah bagi org yg telah berwudhu, kemudian pergi ke masjid dga niat semata-mata hendak mendirikan solat berjamaah, maka setiap langkahnya mendptkan pahala dan menghapuskan satu dosa. 

Banu Salamah adalah satu kabilah di Madinah al Munawarah, rumah2 mrk umumnya jauh dari masjid Nabawi, oleh krn itu mrk berniat hendak pindah memdkti masjid. Ttp Rasulullah saw menasihati mrk dgn bersabda, “Ttplah tinggal di sana, krn setiap langkah mu utk pergi ke masjid akan dicatatkan satu pahala bagimu”. Disebutkan dlm hadis lain, org yg berwudhu dgn sempurna di rumahnya, kemudian keluar dari rumahnya utk pergi ke masjid, bagaikan seorg yg telah memakai kain ihram di rumahnya, lalu keluar utk mengerjakan ibadah haji. Selanjutnya dlm hadis di atas, Rasulullah saw menjelaskan satu amalan lagi yg besar nilainya, iaitu ketika seseorg duduk di tmpt solatnya di dlm masjid stlh solat fardhu (iktikaf), para malaikat berdoa memohonkan ampunan dan rahmat utknya. Malaikat adalah makhluk Allah yg maksum, nescaya doanya akan dikabulkan.

Muhammad bin Samaah adalah seorg ulama soleh yg terkenal. Ia adalah murid Imam Muhammad rah dan Imam Abu Yusuf rah. Beliau wafat pada usia 103 tahun, dlm usia selanjut itu ia masih mampu mengerjakan solat sunat sebnyk 200 rakaat setiap hari. Ia berkata, “Selama 40 tahun tidak pernah tertinggal takbir yg pertama bersama imam dlm solat berjamaah. Hanya sekali saja ketinggalan mengikuti takbir yg pertama dlm solat berjamaah, iaitu ketika ibu saya meninggal dunia. Takbir yg pertama tertinggal krn saya sibuk dlm pen-gurusan jenazah ibu saya”. 

Diceritakan pula ia pernah ketinggalan solat ber-jamaah. Krn ia mengetahui, pahala solat berjamaah itu 25 kali lebih utama, maka ia mengulangi solatnya sendirian selama 25 kali utk mtidak mahuti kerugian nya. Dlm tidurnya ia bermimpi seseorg berkata kpdnya, “Muhammad, kamu telah mengulangi solatmu 25 kali, ttpi bgmnkah dgn aminnya para malaikat?” Diceritakan dlm beberapa hadis, apb Imam berkata amin stlh mem baca surah Al-Fatihah, para malaikat juga berkata amin dan apb bacaan amin nya itu serentak bersamaan dgn aminya para malaikat, maka akan diampuni dosa2nya yg telah lalu dan ini hanya boleh terjadi dlm solat berjamaah.

Oleh krn itu Maulana Abdul Hay rah berkata, “Walaupun seseorg terus men-gerjakan solat sendirian 1000 kali, ia tidak akan mendpt berkat dari solat ber-jamaah.” Ia bukan saja rugi krn tidak mengatakan amin bersamaan dgn para malaikat ttpi juga mendptkan kerugian krn tidak mendptkan berkat dari solat berjamaah dan tidak mendpt bahagian doa para malaikat stlh solat. Selain keuntungan itu, masih bnyk keuntungan lainnya yg akan diperoleh dlm solat berjamaah. Ttpi pelu di ingat, para ulama menulis bahawa doa para malaikat itu hanya boleh diperoleh jika solatnya dilakukan dgn sempurna. Jika solatnya dikerjakan dgn asal-asalan hingga spt kain buruk yg dilemparkan ke wajahnya, bgmn mungkin malaikat akan mendoakannya?

No comments:

Post a Comment