1). Arti hayya ‘alas solah: Tinggalkan kebendaan dan juga usaha atas benda untuk segera jumpa AKU (Allah). (Syeikh H. Abdul Wahab)
2). Ketika kamu berdiri solat dan sesaat berfikir bahawa saya sedang berhadapan dengan Allah swt, maka solatnya pasti diterima. (Kutipan dari perkataan Maulana Abdurrahim Raipuri rah)
3). Ketika kamu takbir, mengangkat tangan dengan isyarat melemparkan semua kesombongan dengan membesarkan Allahu Akbar..!!!. Hikmah perintah solat untuk membuang sifat takabbur, kerana unsur yang membentuk manusia adalah api, air, tanah dan hawa. Masing-masing memiliki sifat. Api jika dinyalakan selalu menjilat ke atas tak pernah mengarah kebawah. Itulah yang menjadikan sifat takabbur dari manusia. (Maulana Jamsid)
4). Ketika Ruku’ berarti setiap hajat kamu hanya menundukkan diri kepada Allah dan tidak menundukkan diri kepada makhluk sesiapapun (Maulana Sa’ad)
5). Ketika sujud, Bayangkan oleh mu bahawa kamu terbuat dari tanah dan kembali hancur menjadi tanah (Haji Sahb).
6). Ketika bangun dari sujud, yakini oleh kamu bahawa semua manusia akan bangkit dari kematian setelah jadi tanah dan akan berdiri dihadapan Allah swt.
No comments:
Post a Comment