Berikut adalah pesanan dari seorang pelajar madrasah yang banyak bersuhbat dengan ulama dari Jemaah Tabligh, “Josh tu bagus, tapi elders pesan, bila josh (semangat), wajib ada hosh (kebijaksanaan). Sahabat-sahabat Rasulullah saw semuanya josh belaka, tapi mereka ada hosh, hikmah, kebijaksanaan, toleransi, akhlak”.
Kalau dah sampai kutuk ulamak non-tabligh, hutang tak mau bayar atas alasan “bila kita korban lagi, nanti Allah bayar hutang kita” dan sebagainya, itu josh yg tidak diterima oleh Allah SWT, Rasulullah saw, para sahabat r.a, tabiin, tabi' tabiin, para wali, para ulama, para elders dan mashaikh kita dan tak layak mengaku “itu cara Rasulullah saw” sebab ia bukan cara Baginda.
Cara yg mirip cara Rasulullah saw ialah, hosh (hikmah) mesti diutamakan kemudian baru josh (semangat). Saya pernah baca dari tulisan seorang ustaz, katanya Maulana Ilyas rah pernah cakap yang dia ketahui 70 cara dakwah yg dilakukan Rasulullah saw, tapi beliau cuma ambil satu (cara yg tabligh guna) dan istiqamah dlm satu cara ini.
Jadi sebab itulah masyaikh larang kita nafikan usaha lain kerana mungkin ia termasuk dalam 70 cara dakwah Rasulullah saw yang dimaksudkan Maulana Ilyas rah, cuma kita disuruh istikhlas iaitu tetap dengan kerja kita supaya tak celaru. Seperti mana kita dituntut untuk istikhlas menganut Mazhab Syafie tanpa menyalahkan mazhab lain.
Bukan bererti mazhab lain salah, tapi kita tak ambil mazhab lain sebab nanti akan bercelaru amalan kita yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan agama dlm diri kita. Jadi kita perlu raikan dakwah dakwah usaha lain seperti dakwah tariqat, dakwah pondok, dakwah habaib, dakwah wali songo, yang mana mereka ini terlebih dahulu wujud dan menjadi asbab Islam tersebar di seluruh dunia khasnya Kepulauan Melayu sebelum datangnya Jemaah Tabligh.
Kita lapangkan dada dan berterima kasih kepada mereka kerana hidupkan dakwah cara Rasulullah saw yang kita belum buat. Tapi untuk kita, kita buat kerja ikut tertib yang ditetapkan kepada kita. Untukk kelangsungan kerja. bukan untuk menafikan kerja lain dan josh buta, tuduh semua sesat kecuali kita. Tuduh semua bidaah kecuali kita saja yang paling “mirip” cara Rasulullah saw.
Sebelum tabligh wujud, para wali dan ulama dah sebarkan agama di seluruh dunia bukan dengan cara tabligh. Wujud Islam di Malaysia juga bukan dengan cara tabligh. Mereka bukan keluar dakwah 3 hari, 40 hari mcm kita tapi mereka keluar rumah, tak balik terus. Sehingga hari ini saya dan tuan tuan kenal islam asbab para wali dan habaib dan maulana maulana dari yaman, india yg dtg berdagang, berdakwah, mengajar, bertariqat di Kepulauan Melayu.
Malangnya, selepas kita dapat Islam asbab usaha mereka, hari ini segelintir kita kata mereka salah dan sesat kerana tidak ikut “cara Nabi”. Yang mereka fahami hanya tabligh saja cara Nabi, sedangkan seperti yang Maulana Ilyas rah katakan, ada 70 lagi cara dakwah Nabi yang beliau tidak dedahkan pada karkun karkun, tapi kerana sebahagian daripada kita tidak berdamping dengan masyaikh, maka sebahagian kita ditipu syaitan sehingga disuntik rasa tak senang hati pada mereka seperti dakwah pondok, habaib, tariqat, wali wali dan lain lain yang tak guna cara tabligh. Ini bukan kehendak elders kita.
Elders larang kita taksub, anggap diri sendiri dan usaha sendiri sahaja yang betul, yang lain semua salah, sebab ianya sifat iblis yang anggap dia saja yang betul, yang lain semua salah dan orang yang amalkan sifat ini akan berada dalam kemurkaan Allah seperti mana iblis dimurkai Allah sampai bila bila.
Tapi elders perintahkan kita untuk tamassuk yakni yakin kerja yg dibuat dah betul, dlm masa yg sama kerja lain pun dihargai dan sentiasa risau kerja siapa yang akan Allah terima dan istikhlas dengan jalan kita kerana ianya sifat para sahabat yang berlapang dada sesama mereka tatkala khilaf dalam sesuatu perkara dan berada dalam rahmat Allah kerana khilaf dlm ummah ini rahmat. Inilah hakikat istikhlas yang selalu disebut sebut elders kita. Istikhlas akan datangkan kasih sayang kepada semua pekerja agama.
Semoga Allah bagi kita faham dan bagi kita taufik untuk sayangi semua umat Nabi dan layan mereka sama rata, bukan sayangi karkun sahaja. Sebenarnya, tanggungjawab kita ialah bawa agama yang sempurna dalam diri kita dan umat. Bukannya “tabligh”kan umat. Sebab kerja tabligh ni kerja agung, ianya kerja para Nabi, jadi bukan semua boleh dapat. Yang mana ALLAH PILIH sahaja boleh buat kerja ini, sebab itu selalu disebut masyaikh yang kerja ini qabulliat, bukan pilihan. Kita berusaha “kenalkan” kerja ini pada semua orang, pada seluruh umat, tapi yang mana Allah pilih saja akan dapat usaha ini. Tapi, kalau AGAMA, ia untuk SEMUA. seluruh umat WAJIB sempurnakan agama dalam diri mereka.
Jadi seorang karkun sejati, dia akan gembira bila “agama” hidup, bukan gembira bila tengok jumlah ahli tabligh yang meningkat. Seandainya dalam dunia ni ramai orang tabligh, tapi agama tak hidup, ianya tetap GAGAL. Tabligh bukan maksud, ianya usaha qabuliat, ianya wasilah. Maksud ialah AGAMA perlu dihidupkan. Jadi hargailah orang Islam walaupun mereka bukan karkun. Bila mereka sujud pada Allah, itu dah sepatutnya buat kita sangat gembira kerana agama sedang dihidupkan.
Sebab tu masyaikh tak berminat pun nak tahu berapa ramai karkun yang wujud dalam dunia ni, tapi yang masyaikh berminat nak tahu ialah apakah agama hidup di muka bumi ni, berapa amal yang hidup, berapa banyak masjid hidup. Kita pulak yang tak faham faham ni, asyik sibuk dengan “jumlah ahli”. Bila ijtimak, pertama sekali kita teruja ialah “jumlah kehadiran”. Wallahi, Allah hanya perlu datangkan seorang sahaja karkun untuk ubah seluruh dunia. Contohnya seperti Maulana Ilyas rah. Allah tak perlu berjuta juta ahli tabligh untuk hidupkan agamanya.
Jadi jangan tertipu dengan nama jemaah, jangan tertipu dengan jumlah ahli, itu semua permainan syaitan untuk buat kita leka. Kita istiqamah sungguh sungguh dalam kerja. Jangan sibuk nak islah orang sebab kerja kita islah diri, islah orang tu kerja Allah. Banyakkan berdamping dengan elders, insyaAllah kefahaman kita terhadap tabligh akan berubah 360 darjah.
Di dalam Malfuzat Maulana Ilyas rah beliau berkata lebih kurang, “Kita ni tak layak buat kerja ni, sebab tu kita kena usaha kenalkan usaha ni pada semua orang supaya orang yang layak akan ambil kerja ni dan jadi asbab hidayat sluruh alam”. Tinggi betul fikir Maulana Ilyas rah, terasa jauh sangat menyimpang bila sedar kefahaman elders kita yg tinggi tinggi ni.
No comments:
Post a Comment