Friday, March 13, 2015

HUBUNGAN ERAT HABIB YAMAN DENGAN MAULANA INDIA

Habib Umar Ben Hafiz berguru kepada Sayyid Muhammad Alawi al-Makki yang berguru pada ulama-ulama India yang setelah kembali ke Makkah, mengisahkan segala pengalaman di India dan ketertarikan pada sistem pelajaran ilmu hadith di Madrasah Darul-Ulum Deoband pada ayahanda beliau.

Syeikh Muhammad Alawi memohon izin pada Sayyid Alawi untuk berangkat ke India sekali lagi. Sayyid Alawi memahami hasrat putranya yang berkobar-kobar, maka beliau mengizinkannya. Di Madraasah Darul Ulum Deoband,  beliau dlmengikuti “Daurah" khusus ilmu hadits, mengkhatamkan “Al-Kutubus-Sittah” (Kitab hadits yang enam itu, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) dalam masa 5 bulan saja. (wali sob, jangan pakai standard kita ;)

Selama di India, Abuya berguru pada Syeikh Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, pengarang Syarah Muwaththa’, Syeikh Fakhruddin Ahmad Syeikhul-Hadith di Darul-Ulum Deoband, Syeikh Habiburrahman Al A’zhami, Syeikh Abul Wafa al Afghani, Syeikh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, pengarang kitab Hayatus-Sahabah, Syeikh Muhammad Idris Al Kandahlawi, Syeikh Zhafar Ahmad Al Utsmani, Syeikh In’amul Hasan dan Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Redha Khan dan lain-lainnya.

Selain India beliau juga pergi ke Pakistan dan  berguru kepada Mufti Pakistan Syeikh Muhammad Syafi’ dan Syeikh Muhammad Yusuf al-Binnuri dan lain-lain.

(diambil dari kitab, “Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala-Sejarah Hidup dan Dasar-dasar Pemikirannya”, oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki (Ahmad Fahmi bin Zamzam), Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah, ISBN 983-2052-47-5, m/s 28 & 29]

Hubungan rapat Nizamuddin dan Hadramaut dimulai sejak zaman Maulana Yusuf. Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, ayahanda Habib Umar sangat terlibat dalam menulis judul dan mengatur bab dalam kitab Hayatus Sahabah bersama Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. (Manuskripnya masih disimpan hingga saat ini).

Beliau tinggal di Markaz Nizamuddin, India selama 7 bulan dan turut berjaulah hingga Pakistan dan Bangladesh. Surat-surat antara Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz dan Maulana Muhammad Yusuf masih tersimpan di India. Habib Muhammad bin Salim merupakan penggerak pertama usaha tabligh di Yaman. Beliau syahid di tangan komunis. Ketika itu, Habib Umar masih berumur 10 tahunan.

No comments:

Post a Comment