Saturday, March 14, 2015

DUNIA DARUL IMTIHAAN (UJIAN) BUKAN DARUL ITHMINAN (KETENANGAN)

Suatu soal sekolah hanya boleh dipahami apabila kita tahu maksudnya begitu juga dunia akan boleh lulus seorang dari ujian nya apabila paham maksud hidup di dunia. Maulana Jamsid katakan, seorang sahabat berdoa minta kesabaran maka Nabi saw sabdakan, “Jangan minta kesabaran nanti Allah akan menambah ujian buat kamu tetapi mintalah Afiat”.

Yusuf as ketika ditanya oleh saudara kenapa kamu dapat memperoleh derajat yang tinggi disisi Allah swt maka beliau katakan, “Innahu may yattaqi wa yashbir FainnAllaha laa yudhiu ajrol muhsinin.” (Sesungguhnya orang yang sabar dan taqwa lah yang membawa saya kedarjat itu).

Seorang raja sakit tak boleh kencing dan datang kepada seorang tabib. Tabib kata, “Wahai Raja! kencing kamu boleh sembuh asalkan kau berikan setengah kerajaanmu kepadaku. Raja berfikir apalah enaknya jadi raja kalau tak boleh keluarkan kencing, maka raja setuju! Ketika kencing keluar tetapi terus menetes tak boleh berhenti, maka datang lagi te tabib. Tabib kata, “Kencing kamu boleh berhenti asalkan kau berikan seluruh kerajaan kepadaku. Maka raja fikir apalah artinya kerajaan kalau tak nyaman kencing tak berhenti. Masyikh katakan itulah hakekat kerajaan dunia tak lebih dari air kencing.

Lihatlah seekor ikan yang berada di laut, begitu banyak makanan yang ada disediakan di dalam laut tetapi masih kesan dengan umpan yang ada di kail. Ahli dunia tak boleh lihat khazanah Allah yang luas yang boleh diturunkan dengan amal dan terkesan dengan satu jalan rezeki saja yakni toko, kantor, dll (Haji Sahb).

Dunia ada hajat dan akherat ada hajat tetapi hajat dunia sangat kecil dibandingkan hajat akherat. Ibarat seorang memasukkan jarinya ke samudra maka yang menetes dari jarinya itulah hajad dunia. Otak manusia tak boleh nalar masalah kubur, Mahsyar dan siroth, otak hanya boleh fikir ke duaniaan, itulah sebabnya Allah SWT hantar Nabi untuk menjelaskannya. Orang yang yakin bahagia di dunia dengan benda sementara akherat dengan amal maka akan binasa di dunia dan di akherat. Orang kafir anggap kehidupan ini hanya dunia saja sehingga seluruh potensi dihabiskan untuk dunia.

Masuk Syurga tak perlu uang, sebarkan salam 25 kali akan masuk syurga padahal untuk masuk neraka pakai uang lihat orang yang hendak potong janggut harus keluar uang beli silet (Maulana Zakariya rah a katakan cukur janggut mencukur hati Rasulullah saw kerana ikhtilaf sunnah).

Orang yang tenggelam di lautan maka akan selamat apabila berpegangan kepada yang boleh menyelamatkan, maka orang yang tenggelam dunia akan dapat diselamatkan dengan pegang zat yang mampu selamatkan yaitu Allah, dengan cara mendatangkan kecintaanNya mengamalkan sunah Nabi saw yang besar yaitu Dakwah.

Lihat surat Ali Imran 31

Dunia adalah najis di hati sehingga apabila ada najis maka solat tak diterima jika hati najis maka iman tak diterima.

Seorang datang kepada Syeikh dan katakan, “Ya Syeikh! Sumur saya bau bangkai.” Syeikh kata, “Kuraslah seratus ember.” Esoknya datang lagi dan katakan hal yang sama, maka Syeikh sarankan kuras 200 ember, ketika datang lagi Syeikh sarankan kuras 300 ember tetapi bau tak juga hilang. Maka Syeikh tanya, “Memangnya sumur kamu kenapa? Ada bangkai anjing didalamnya.” Katanya. Syeikh, “Apakan sudah di ambil bangkainya?” Orang itu cakap, “Belum!!” Syeikh, “Kalau begitu pantas lah!!” Walaupun kamu keringkan airnya tak akan hilang baunya sebelum bangkainya diangkat.

Jadi Umat ini tak akan boleh diperbaiki dengan apapun seandainya najis dunia ini masih menjadi kecintaan di hati. Sahabat kalah di Uhud kerana “Min kum May Yuridud Dunya Waminkum May Yuridul akhiroh” (Sebahagian kamu senang dunia dan sebahagian kamu senang akherat).

Kenikmatan syurga dibandingkan dengan nikmat dunia seperti kulit bawang dilempar di medan yang luas, sedangkan syurga Mumin dibanding syurga Ambiya seperti kulit bawang dalam medan yang luas dan Syurga ambiya jika dibandingkan dengan syurga Rasulullah saw seperti kulit bawang dilemparkan di medan yang luas.

Kesan amal pertama kali adalah akherat yaitu apakah menghasilkan syurga atau neraka barulah efeknya dirasakan di kubur. Orang yang bahagia maka harum syurganya akan diciumkan dari kubur, begitu juga busuknya tempat neraka diciumkan dari kubur. Barulah kesan itu dapat dirasakan di Dunia. (Maulana Nazirurrohman)

Amal orang kafir efeknya dirasakan di dunia. Firaun tak pernah sakit kepala 400 tahun tetapi mati tenggelam.

Kisah seorang tabiin ditawan dibawa kehadapan Raja kafir dan ditanya, “Mahukah kamu pindah ke agama kami dan kami berikan semua hajat dunia kamu?” Beliau katakan, “Walaupun satu detik aku pindah agama tak akan ku lakukan walau  kamu  berikan seluruh kerajaan kamu kepadaku.” (Maulana Naziruurrohman).

No comments:

Post a Comment