Usaha agama bukan satu platform tapi usaha agama ialah spt tangga. Ada tahap yg perlu kita naik.
Dlm hayatus sahabah, satu org tabiin dtg jumpa sahabat dan tanya, apa yg nabi buat bila dtg ribut/angin kencang. Sahabat jawab, kalau ada seekor burung mati pun kami akan pergi ke masjid utk tengok apa yg nabi s.a.w buat. Kita dtg kesini utk tengok apa kerja yg perlu buat utk akan dtg. Kita kena sentiasa maju ke depan. Kita tak boleh duduk di satu tahap sahaja. Maulana ilyas rah. kata, setiap perkara ada manzil/target, saya ingin umat ini kembali kpd tahap agama yg telah ditinggalkan oleh nabi s.a.w.
Satu ketika, maulana abdullah dari mewat, minta izin dgn maulana ilyas utk balik ke rumah utk potong gandum. Tapi bila sampai kpg, org kpg telah menguruskan utk dia. Selepas 1 hari, dia balik ke nizamuddin. Bila dia duduk dlm mesyuarat, dia bagi syor. Maulana ilyas kata, usaha telah bergerak 24 jam maju ke depan, kamu tertinggal 24 jam ke belakang. Jgn bagi apa2 syor, lihat dulu. Satu hari sahaja dia tak bersama dlm amal di nizamuddin, dia tak boleh bagi syor. Jgn kita dtg ke sini tanpa fikir apa takazah nak bawa balik. Tanpa fikir, akan jadi penghalang utk kita maju ke depan.
Usaha ini sentiasa ada kerja baru yg nak disempurnakan. Tiada penghujung. Nabi s.a.w akan sediakan setiap org yg dtg ke madinah dan balik bawa takazah utk disempurnakan di tempat mereka. Tuan2 akan balik ke mohalah sendiri dan dibelakang tuan2 ada takazah negara demi negara yg perlu disempurnakan.
Satu ketika, maulana Yusuf rah. bercakap dgn satu org selama beberapa jam. Ada org kata, adalah lebih baik maulana cakap pd satu majmak. Beliau kata, dia tak cakap pd satu org sahaja, tapi ada satu negara di belakang org tersebut.
Kita dengar dan fahamkan apa yg disampaikan di sini. Kita bawa balik dan sampaikan pd org tempatan. Kalau tak faham dan tak hadam nehej kerja, maka sampai bila2 kita balik tak akan dpt fahamkan sesiapa. Bila kita faham dan sampaikan kerja bertepatan dgn sunnah, maka kita akan jadi asbab kebaikan utk manusia seluruh dunia.
Thufail dausi dakwah kaum dia. Kaum tak nak terima. Dtg jumpa nabi suruh doa kehancuran utk kaumnya. Nabi s.a.w doa, ya Allah Engkau beri hidayat pd kabilah daus. Dia balik semula dan buat kerja dgn istiqamah dan buat kerja sebagaimana yg diberitahu. Buat kerja spt mana yg diberitahu adalah satu perkara yg sangat penting, sangat berat, sangat perlu utk disempurnakan. Surah Hud menyebabkan nabi beruban/tua. Saidina abbas tafsir, bukan seluruh surah tapi hanya 2 ayat sahaja dlm surah tersebut yg menyebabkan nabi jadi tua. “wahai muhammad, hendaklah kamu istiqamah atas apa yg kamu diperintahkan utk buat”.
Thufail Dausi buat usaha. Selepas beberapa peperangan berlalu, beberapa thn selepas itu, beliau kembali berjumpa nabi s.a.w dan kerana memahami cara kerja yg betul dan buat spt yg diberitahu, beliau bawa 80 keluarga bersama dgnnya. Salah seorang drp mereka ialah abu hurairah r.hu, imam muhadisin.
Sifat asas yg ada pd diri sahabat menyebabkan mereka jadi asbab hidayat seluruh dunia. Mereka buat apa yg diberitahu. Saidina usman r.hu dihantar oleh nabi s.a.w ke mekah utk berbincang dgn org quraish. Sahabat lain kata, usman beruntung boleh pergi dan buat umrah. Nabi s.a.w kata, usman tak akan buat perkara lain selain drp apa yg diberitahu. Dia tak akan buat umrah. Org kafir quraish bagi tawaran pd dia utk buat umrah. Dia tak buat. Ini sifat sahabat yg perlu ada dlm diri kita.
Dlm perang khandaq, nabi s.a.w suruh huzaifah r.hu pergi tengok keadaan musuh. Walaupun dia ada peluang utk bunuh abu sufiyan, dia tak buat demikian. Dia buat apa yg disuruh sahaja. Dtg bantuan Allah. Abu sufiyan masuk islam. Usaha ini bukan dibuat dgn melihat keadaan. Jgn terkesan dgn suasana.
No comments:
Post a Comment