(11/8/2017-Markaz Seri Petaling)
Agama nikmat terbesar dan ianya satu amanah. Mujahadah dan susahpayah dalam agama dan usaha dakwah ini akan dibalas oleh ALLAH dgn ganjaran yg Sgt besar. Syukur atas nikmat agama Islam ini tapi kufur nikmat ini akan menjadi azab ALLAH. Sehingga bila kita tau maka kita sedia utk beri seluruh harta dan diri bagi Agama ALLAH. Sekiranya diperlihat kpd kita ganjaran yg ALLAH sediakan menyebabkan hati kita pecah krn terlalu gembira Jika ALLAH kehendaki kebaikan bagi seseorng ialah diberi ALLAH kefahaman Agama.
Dunia ini diberi kpd semua org kafir dan Islam termasuk org yg tak percaya tuhan-atheis. Sekiranya dunia ini bernilai disisi ALLAH seumpama sayap nyamuk pon maka setitik air pun tak diberi kpd org kafir. Setiap org akan mendpt dunia ini ikut ketetapan ALLAH. Agama dan kerja dakwah hanya diberi kepada org yg dipilih oleh ALLAH sahaja bukan semua org. ALLAH akan kumpulkan org yg buat kerja Dakwah bersama shaf para nabi. Sehingga org2 bertanya INI nabi zaman bila dan mereka diberitahu ini adalah umat Nabi SAW yg buat kerja dakwah.
Allah langsung tak berhajat kpd usaha kita tetapi ini utk kemuliaan umat ini. Agama INI dipelihara oleh ALLAH. ALLAH janji Selesaikan semua masalah dan langsaikan semua hutang2. Setiap langkah kita berhajat kepada ALLAH.
Semua masalah dlm dunia ini penyelesaianya ada dlm agama Islam dan usaha Dakwah. Umat ini dalam fitnah dan masalah dan Jalan keluar ada dalam agama dan usaha agama. Baginda Nabi SAW telah bentuk Jemaah terdiri dr org2 awal dlm Islam, ahli badar, uhud dsb dan selepas tu Baginda Nabi SAW wafat.
Semua sahabat dlm kesedihan. Sehingga ada Umat beberapa sahabat rhu kata Baginda Nabi SAW tidak wafat tetapi spt Nabi Musa as pergi ke bukit tursina bermunajat kepada ALLAH. Seorg Sahabat yg diberi faham oleh ALLAH iaitu Saidina Abu Bakar rhu bahawa Baginda Nabi SAW hanyalah seorg rasul dan telah berlalu beberapa org Rasul sebelumnya. Semua fitnah dan masalah selesai apabila Abu Bakar rhu teruskan hantar keluar Jemaah yg dipimpin oleh Usamah bin Zaid rhu.
Fitnah telah berlaku di Madinah, ada org mengaku jadi nabi, org tak mau bayar zakat, bangsa ROM nak serang Madinah dsbnya. Walaupun umat dan kebanyakan para sahabat dan kumpulan sahabat besar berpendapat bahawa Jemaah ini perlu ditangguhkan utk mempertahankan Madinah. Tapi Saidina Abu Bakar rhu telah tetap keluarkan Jemaah ni sehingga Madinah dikosongkan dr lelaki dan ALLAH telah selesaikan semua masalah.
Terhentinya usaha agama kerja Dakwah krn kewafatan Baginda Nabi SAW sebabkan ada org telah murtad, tak mau bayar zakat, nabi palsu , tentera ROM nak serang Madinah. Ada pandangan bahawa AMIR Jemaah INI perlu ditukar kerana Usamah bin Zaid masih muda dan Jemaah ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment