Thursday, February 26, 2015

THE 6 POINT

1. SATU TITIK
2. ARAHAN VS PENGALAMAN
3. KEDUDUKAN SYURO
4. PERSAMAAN ALI RA DAN ML SAAD DB
5. FITNAH IKHTILAF
6. PENDAPAT 4 MAHZAB

1). SATU TITIK.

Mulwi Fahim ( masyeikh yg sering menjadi pengganti bayannya Bai Wahhab), Beliau bayan di Zord Qudama Raiwind 2017. Salah satu nasihatnya Beliau menyampaikan sebuah nasihat dari Maulana Yusuf Rah bahawa, "Tidak ada SATU TITIKPUN dari usaha dakwah ini yang keluar dari SIRAH NABAWIAH DAN KEHIDUPAN  PARA SAHABAT RHUM."Wallahua'lam bishshowab.

2). ARAHAN vs PENGALAMAN

Dalam usaha kerja dakwah yg mulia ini petunjuk2 yg digunakan bukanlah berdasarkan PENGALAMAN2, tapi berdasarkan ARAHAN yang mengarah kepada SIRAH NABAWIAH DAN KEHIDUPANNYA PARA SAHABAT RHUM.


Walaupun sudah berpengalaman puluhan tahun tapi tidak sesuai dgn ARAHAN TSB maka pengalamannya itu tidak dapat dipakai sebagai rujukan dan petunjuk dalam usaha dakwah yg mulia ini. Bayan Ustaz Nur Sofyan Al Hafiz menjelaskan bahawa menjelang Wafatnya Maulana Ilyas Rah.a maka beliau hendak melantik orang-orang yang akan menggantikan beliau salah satunya Maulana Yusuf Rah.a

Beliau beri pertanyaan yang sama kepada setiap (maaf) kandidat. "Hendaklah engkau buat arahan kerja ini sesuai dengan yang aku buat?!"Maka hampir rata-rata mereka menjawab, "Baik wahai Maulana aku akan buat arahan yang sama denganmu"Mendengar jawaban itu seketika beliau terdiam dan memalingkan wajahnya.


Tinggal 1 orang yang belum beliau uji yakni Maulana Yusuf Rah.a ketika di beri pertanyaan yang sama maka beliau langsung menjawab, "Tidak wahai Ayah, sungguh aku akan membuat arahan kerja ini sama dengan arahan Rasulullah Saw dan para Sahabat R.hum kerjakan."Mendengar jawaban ini beliau sangat gembira dan langsung memeluk Maulana Yusuf Rah.a..
Wallohu'alam bishshowab.

3). KEDUDUKAN SYURO

Di Dalam kehidupannya para Sahabat kedudukan tertinggi setelah ALLAH DAN RASULNYA adalah AMIRUL MUKMINIIN (BUKAN SYURO) dan kedudukan Syuro selalu berada DIBAWAH AMIRULMUKMINIIN. Ini adalah perkara yang HAQ. MENJADIKAN SYURO PADA KEDUDUKAN YANG TERTINGGI ADALAH PERKARA YG TIDAK ADA CONTOHNYA BAIK PADA MASA KHALIFAURRASHIDIN MAUPUN PADA MASA 3 HADRAJI SEBELUM INI. Wallaahua'lam bishshowab.

4). PERSAMAAN ALI RA DAN MAULANA SAAD DB

Di zaman kekhalifahan Umar bin Khattab ra ketika akan meninggal dunia Beliau menunjuk 6 Sahabat rhum sebgai SYURO iaitu:

1. Utsman bin Affan
2. Ali bin Abi Tholib
3. Abdurrahman bin Auf
4. Tholhah bin Ubaidillah
5. Zubair bin Awam
6. Sa'ad bin Malik.

Utk bermusyawarah memilih diantara mereka siapa yg menggantikan Amirul mukminiin.

Diantara Mereka ada yg memilih Usman ra dan ada yg memilh Ali ra sehingga ada 2 kandidat calon Amirul mukminiin iaitu:

1). Utsman bin Affan ra
2). Ali bin Abi Tholib ra

lalu yg menentukan siapa diantara mereka berdua yg menjadi khalifah adalah Abdurrahman bin Auf. Setelah 3 HARI Abdurrahman bin Auf menetapkan yg menjadi khalifah ke 3 adalah Utsman bin Affan ra Dari sejarah ringkas para Sahabat rahum diatas terdapat 3 CIRI UTAMA SYURO:

1). Anggotanya DIPILIH oleh Amirul mukminiin yg akan meninggal dunia.


2). Tugasnya HANYA memilih pengganti Amirul mukminiin. (bukan memilih Amir provinsi atau Amir negara tertntu)

3). Masa Aktifnya hanya 3 HARI.

Begitu pula ditahun 1993 ketika Hadraji Innamul Hasan Rah sakitnya semakin parah sedangkan usaha dakwah semakin maju maka Beliau memilih 10 org Masyeikh utk membantu Beliau dan bermusyawarah memilih pengganti Beliau apabila Malaikat telah menjemput nyawanya. Ternyata Beliau wafat thn 1996. Sehingga Hadraji memimpin Syuro selama 3 tahun 1993 s/d 1996.

Ditahun 1996, 10 orang syuro bermusyawarah selama 3 HARI untuk memilih siapa diantara 10 orang syuro tsb yg menjadi hadraji. Namun akhirnya ditetapkanlah 3 org syuro sebagai Faisalat Dunia iaitu:

1. Maulana Izhar, 2. Maulana Zubair 3. Maulana Saad.

Stelah Maulana Izhar meninggal dunia dan kemudian thn 2014 Maulana Zubair meninggal dunia, maka berbagai pihak meminta dan mendesak agar Maulana Saad bersedia di Baiat. Akhirnya Maulana Saad menerima di Baiat tanpa Musyawarah lagi pada thn 2014. Hal ini terjadi pula pada Ali ra, ketika Utsman bin Affan meninggal dunia maka berdatanganlah berbagai suku, kabilah kepada Ali ra agar mau di Baiat. Akhirnya Ali ra menerima Baiat tsb tanpa Musyawarah.

Ada 4 persamaan yg terjadi pada Ali ra juga terjadi pada Maulana Saad DB.

1). Sama2 dipilih Amirul Mukminiin sbg anggota Syuro.

2). Ali ra terpilih jadi salah satu calon Amirul mukminin. Maulana Saad terpilih jadi salah satu faisalat Dunia

3). Sama2 dibaiat tanpa Musyawarah lagi.

4). Sama2 bersebrangan dgn SYURO.

Ali ra bersebrangan dgn Tholhah dan Zubair rahum (sesama syuro yg dibentuk khalifah Umar ra)


ML Saad DB bersebrangan dgn Bhay Wahab (sesama syuro yg dibentuk Hadraji Inamul Hasan Rah). Wallohu'alam bishshowab

5). FITNAH IKHTILAF

Sayyidina Ali RA pernah ditanya mengenai kelompok-kelompok yang menentangnya, “Apakah mereka kafir?”, “Tidak,"jawab Ali, “Mereka adalah orang-orang yang menjauhi kekufuran”. “Apakah mereka kaum munafik?”. “Bukan, orang-orang munafik hanya sdeikit mengingat Allah sedang mereka banyak mengingat Allah”. “Terus siapakah mereka?"Ali kembali ditanya. “Mereka adalah kaum yang terkena fitnah yang mengakibatkan mereka buta dan tuli”, jawab Ali.

Saat terjadi perselisihan antara sahabat tersebut, dua orang ahli syura (yang dibentuk Umar ra) dan termasuk orang yang dijamin masuk surga, iaitu Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam berada di pihak yang berseberangan dengan Ali bin Abi Thalib. Kedua orang sahabat Nabi ini, bertolak dari Mekah menuju Bashrah di Irak untuk menuntut ditegakkannya hukum atas para pembunuh Utsman. Peristiwa itu terjadi para tahun 36 H, puncaknya, terjadi Perang Jamal.

Berlinang air mata Ali bin Abi Thalib r.a melihat sekedup ibunda Aisyah berada di tengah medan perang, lalu ia berteriak kepada Thalhah, “Wahai Thalhah, apakah engkau datang untuk memerangi pengatinnya Rasulullah, sementara isterimu aman berada di rumah?"Lalu Thalhah pun terperanjat dengan ucapan tersebut, lalu ia berlari menjauh dari medan fitnah, namun sebuah anak panah lepas dari busurnya dan tepat menyasar urat kakinya. Karena pendarahan dari luka tersebut, setelah beberapa waktu, Thalhah r.a pun wafat.

Ali juga mengingatkan Zubair, “Wahai Zubair, aku memanggilmu atas nama Allah. Tidakkah engkau ingat, suatu hari dimana engkau lalui bersama Rasulullah s.a.w, saat itu kita berada di suatu tempat, Rasulullah bertanya kepadamu, ‘Wahai Zubair, apakah engkau mencintai Ali?’ Kau jawab, ‘Bagaimana bisa aku tidak mencintai anak dari pamanku (baik dari pihak ayah ataupun ibu) dan dia seagama denganku’.

Beliau melanjutkan sabdanya, ‘Demi Allah wahai Zubair, sungguh engkau akan memeranginya dan saat itu engkau berada di pihak yang keliru’."Zubair mengatakan, ‘Aku ingat sekarang dan aku hilaf dari pesan beliau itu demi Allah, aku tidak akan memerangimu."Setelah pergi dari perang fitnah itu, akhirnya saat sedang solat, Zubair wafat dibunuh oleh seorang penghianat yang bernama Amr bin Jurmuz.

Kabar wafatnya Zubair membawa luka yang mendalam bagi amirul mukminin Ali bin Abi Thalib r.a, ia mengatakan, “Nerakalah bagi pembunuh putra Shafiyyah ini."Saat pedang Zubair dibawakan ke hadapannya, Ali pun menciumi pedang tersebut sambil berurai air mata, lalu berucap “Demi Allah, pedang yang membuat pemilikinya mulia (dengan berjihad) dan dekat dengan Rasulullah (sebagai hawari pen.).

Setelah jasad Zubair dimakamkan, Ali mengucapkan kalimat perpisahan kepada Zubair, “Sungguh aku berharap bahawa aku, Thalhah, Zubair dan Utsman termasuk orang-orang yang difirmankan Allah,

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ

“Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan."(QS. Al-Hijr: 47)

Ali menatap kubur Thalhah dan Zubair sambil mengatakan, “Sungguh kedua telingaku ini mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Thalhah dan Zubair berjalan di surga”. Wallahua’lam bishshowab.

No comments:

Post a Comment