Thursday, February 26, 2015

FIKIR RISAU UNTUK UMMAT

Kini ummat jauh daripada kehidupan agama kerana tiada gerak. Orang yang tidak bergerak hanyalah orang mati. Maka jika umat ini tidak digerakkan, maka umat ini mati. Semua orang bergerak tetapi demi kepentingan kebendaan bukan kerana Agama sehingga nilai kebendaan dunia terus meningkat. Justeru itu, pembaikan umat ini perlu dengan jalan Hijrah, bergerak kerana Agama.-Tamsil.

Bayan Asar di Markaz Kakrail, Meiji Mehrab rah.a mengatakan: “Saudara-saudara sekalian, sesungguhnya hakikat al-Quran dan Hadits tidak akan dapat melalui kalam wal qalam (kata-kata atau penulisan) tetapi hakikat al-Quran dan Hadith akan dapat melalui bil qadam(kaki)-bermujahadah di jalan ALLAH.”

Usaha dakwah bagi umat ini adalah umpama pekerjaan membuka hutan belantara dijadikan ladang. Kerja yang sangat berat, sukar dan penuh bahaya. Risiko ialah membersihkan hutan belantara dari segala pokok semak samun, binatang buas dan jin bertandang menjadi tanah lapang yang gembur dan sedia ditanam biji benih. Kemudian menanam benih dan memelihara sehingga membesar dan mengeluarkan hasil, lalu dibawa kepada manusia supaya dimanfaatkan. Mereka yang dipilih oleh ALLAH, diberi hidayah akan mendapatkan hasilnya dan menikmatinya. Selain dari itu enggan dan tetap dalam kemelaratan.-Tamsil.

Iman akan naik jika ada Usaha atas Iman, Iman akan turun jika usaha atas iman menurun, Iman akan istiqamah jika usaha atas iman juga istiqamah.-Meiji Mehrab rah.a. 

Benteng terbesar bagi orang beriman ini adalah Dakwah. Hidupkan suasana dakwah maka Iman akan terjaga.-Maulana Muhammad Ilyas rah.a

No comments:

Post a Comment