Tuesday, March 11, 2014

APA PERSEDIAAN KAU UNTUK MENGHADAPI DAJJAL?

Saya dah hafal sepuluh ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, Siap dengan taranum. Harap-haraplah nanti kalau aku sempat bertemu Dajjal, Aku tak tergagap bila nak baca. 
Jadi dengan hafalan surah Al-kahfi tu kau boleh takutkan dajjal ke? Maksud ayat surah yang kau hafal tu ape? 

In shaa Allah, Mesti boleh sebab Nabi kan dah pesan, Hafal 10 ayat awal dan akhir surah Al-kahfi untuk hindari dajjal, Maksud aku tak tahu, Aku hafal bahasa arab je. Takkan lah aku nak baca terjemahan bahasa melayu pulak kalau berdepan dajjal. 

Adoi kau ni, Kau ingat Dajjal heran sangat ke dengan Taranum kau, dan dengan hafalan Surah Al-Kahfi , Nabi suruh tadabbur Al-Quran sama, Bukan sekadar hafal lepastu belajar macam mana nak baca dengan merdu. Lagi satu kau yakin ke hanya dengan Hafalan kau tu, Dajjal takut? 

Nak lawan Dajjal dan nak jauhkan diri daripada terikut-ikut dengan Dajjal bukan dengan sekadar Hafal 10 ayat awal dan akhir Al-Kahfi, bukan sekadar dengan merdunya kau bertaranum dan bukannya jugak sekadar tengok ceramah Tentang Dajjal semata-mata.

TAUHID adalah perkara utama dalam Islam, Kalau solat tu tiang, Tauhid tu tapak, Kalau xde tapak kau nak letak mana tiang? Ikuti Pengajian Kitab Tauhid supaya kita dapat kenal Allah Taala agar aqidah kita KUKUH dan iktiqad kita JAZAM.. Senjata utama untuk lawan Dajjal adalah dengan TAUHID DAN AQIDAH yang MANTAP.

Perisai utama untuk hindarkan diri daripada terikut dengan Dajjal adalah dengan IKTIQAD yang JAZAM. Kalau tak ngaji Tauhid, macam mana kita nak kenal Allah Taala? Kalau Allah Taala pon kita tak kenal, Macam mana nak lawan Dajjal? Sebab ketika Dajjal muncul nanti, Dajjal akan mengaku dia adalah Tuhan.

Orang yang tak mahu mengaji Tauhid, tak mahu kemaskan Aqidah, tak mahu mantapkan Iktiqad, Tak mahu mengaji tasawuf, dialah yang akan ikut Dajjal Laknatullah. Sebabnya adalah dia sendiri tak mahu kenal Allah Taala. Maka tertipulah dia dengan fitnah Dajjal Laknatullah. Na'uzubillahi minzalik..

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment