Tuesday, March 11, 2014

KAABAH PARA MALAIKAT

Sepertimana manusia mempunyai Kaabah atauBaitullah Al-Haram untuk tawaf dan menunaikan ibadah , Begitu juga para penduduk langit yang mempunyai "Baitul Ma'mur" untuk tawaf. 

“Dan demi Baitul Ma’mur, Dan atap yang ditinggikan (langit), dan laut yang di dalam tanahnya ada api,” (Surah At-Thur: Ayat 4)

Rasulullah saw pernah bersabda ketika peristiwa Isra’ Mi’raj. Pada ketika berada di langit ke tujuh, “Kemudian aku diangkat menuju baitul makmur, padanya masuk (datang) setiap hari 70,000 malaikat yang tidak akan kembali lagi”. 

Mereka beribadah dan bertawaf sebagaimana penduduk bumi tawaf di ka’bah mereka. Demikian juga baitul Ma’mur ia adalah ka’bah penduduk langit ketujuh. Oleh kerana itu, didapati Nabi Ibrahim Al-Khalil menyandarkan badannya pada baitul Ma'mur kerana ia telah membangun ka’bah di bumi”

Hadis di atas anda boleh temui dalam sahih bukhari  3207 dan sahih muslim 162.

Baitul Ma'mur adalah tempat atau bangunan yang sangat mulia, ia merupakan tempat beribadah para Malaikat di langit ketujuh berdekatan dengan ara'sy. Kedudukannya sejajar dengan Ka'bah dan betul-betul berada di atas ka'bah. 

Setiap hari malaikat datang seramai 70ribu untuk melakukan tawaf di baitul Ma'mur dan mereka tidak akan kembali dan kekal di situ, Bayangkan betapa ramainya para Malaikat dan betapa Agungnya Kebesaran Allah. Subhnallah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment