Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Imam Sayyidi Muhammad Ali Ibn As-Sanusi
Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni
Ketika di Mekah, sebelum Al-Marhum Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani Syahid di Fatani dalam jihad bersama pasukan Kedah dan Fatani menentang Thai Siam dan British, beliau menulis doa ini di bahagian akhir kitabnya iaitu kitab “Nasihatul Muslimin Wa Takziratul Mukminin Fi Fada'ilil Jihad Fi Fisabillillah”.
Kemudian doa ini pernah diijazahkan kepada Al-Marhum Sheikh Sayyid Muhammad Ali Ibn As-Sanusi (Pengasas Tarekat Sanusiyah) yang ketika itu juga berada di Mekah. Kemudian ketika Al-Marhum Sheikh Daud Bin Abdullah Al-Fathoni berlindung dari Fatani ke Terengganu dalam peperangan Fatani - Thai Siam.
Beliau menetap seketika di Terengganu dan berhijrah ke Mekah sehingga hujung hayatnya, Di sana beliau menerima Ijazah Doa ini dari Al-Marhum Sheikh Sayyid Muhammad Ali Ibn As-Sanusi dan kemudiannya Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni menulis doa ini di dalam kitabnya "Munyatul Musalli" sebagai berikut:
“Dan demikian lagi setengah daripadanya, kata Al-‘Arif Billah Sayyidi Al-Sanusi pada risalahnya yang bernama "Mujarabat Nafa’anallahu Bibarkatihi”. Barangsiapa membaca akan doa ini pada tiap-tiap hari dan tiap-tiap malamnya tiada mengena akan dia anak panah, dan tiada pedang, dan dijauhkan dia daripada seteru suatu yang dibencinya, dan tiada mengena akan dia padah dan tiada mati selama ada ia membaca akan dia. Maka jika dikehendaki Allah akan sampai taqdirnya (ajal) nescaya dilupa akan dia membacanya...(Lupa hafalan doa).
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما دائما. حرست نفسي وأهلي ومالي وما حضرني أو غاب عنى بالحي القيوم الذي لا يموت. وألجأت ظهري فى حفظ ذلك للحى القيوم. وأصبحت وأمسيت في جوار الله الذي لا يرام ولا يضام ولايستباح وفي ذمته وضمانه الذي ولا يخفر ضمان عبده. واستمسكت بلعروة الوثقى ربي ورب كل شئ ورب السماوات والارض. لا اله الا هو فاتخذه وكيلا. توكلت على الله وعتصمت بالله وفوضت أمري الى الله. نعم القادر الله. فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين. ان وليي الله الذي نزل الكتاب وهو يتولى الصالحين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما عدد خلقه ورضاء نفسه وزنة عرشه ودوام ملكه ومداد كلماته. لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم. (فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو. عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.7x)
*Ayat Terakhir dalam kurungan tu baca 7 kali.
Ertinya:
“Dengan Nama Allah Yang Amat Pengasih lagi Amat Penyayang. Telah berselawat Allah ke atas kekasih kami Sayyidina Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam dan ke atas Ahlinya, dan Sahabat-Sahabatnya, dan ucapan salam kesejahteraan selama-lamanya. Aku menyerahkan penjagaan diriku, ahli keluargaku, hartaku, dan apa-apa yang hadir padaku atau apa-apa perkara yang ghaib dariku adalah bagi Allah Yang Maha hidup Lagi Yang Maha Berdiri SendiriNya Yang tidak mati selama-lama”.
“Dan aku datangkan (persembahkan) apa yang zahir pada ku sebagaimana tersebut itu di dalam pemeliharaan Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Berpagi pagi aku dan berpetang aku di dalam Perlindungan Allah yang tidak akan ditinggalkanNya selama-lama, dan yang tidak akan dianayai (dizalimi) selama-lama dan tidak akan ada yang disucikan didalam kejahatanNya (azabNya).Dan perjanjiannya itu adalah yang bukan di dalam kawalan jaminan hambaNya. Dan aku menyerahkan diri ku kepada Allah samada pada waktu pagi dan petang, Tuhan Penguasaku dan Tuhan Penguasa semua perkara, Dan Tuhan Pentadbir langit dan bumi. Tidak ada Tuhan selain Dia.Maka ambillah Dia sebagai Penjaga, aku berserah diri kapada Allah”.
“Dan Aku berserah kepada Allah segala urusanku, sebaik-baik Yang Berkuasa adalah Allah. Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga, dan Dia adalah Yang Amat Mempunyai Keluasan Rahmat dan Kasih Sayang. Sesungguhnya Penjaga aku adalah Allah Yang telah menurunkan Al-Kitab, dan Dia senantiasa menjaga orang-orang yang soleh”.
“Telah Berselawat Allah ke atas Nabi kekasih kami Sayyidina Muhammad, dan ke atas ahli keluarganya serta para sahabatnya, dan ucapan salam kesejahteraan sebanyak-banyak bilangan CiptaanNya, dan Keredhaan DiriNya, dan seberat-berat ArasyNya, dan Kekekalan KerajaanNya, dan sebanyak-banyak KalimatNya”.
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang tersangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman, Kemudian jika mereka berpaling engkar maka katakanlah, “Cukuplah bagiku Allah (Yang Menolong dan Memeliharaku), Tiada Tuhan melainkan Dia, dan Dialah Yang Mempunyai Arasy Yang Besar”.
Allahumma Aamiin.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment