Tahukah anda Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada suatu ketika dahulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah bahasa dunia! Sebelum kedatangan pedagang dari benua luar, Bahasa Melayu sudah dipertuturkan dari Australia hingga ke Madagascar.
Bayangkan Bahasa Inggeris yang anda banggakan itu diganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan? Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu dengan bahasa dan bangsa sendiri.
.
Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama, bahasa diplomatik, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan sebagainya.
Berbanggalah dengan bangsa Melayu. Kalau bertutur sesama bangsa tu tak perlu nak mix kan bahasa Melayu dengan Inggeris, Dengan bahasa korea lah, Bahasa Europe lah.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment