Sunday, January 3, 2010

PENAMBAHAN HURUF “PA”

Al-Marhum Pakda Eil Makkah - 18 Tahun 

Bahas tentang penambahan huruf "PA" pada sifat Ma'ani di dalam kitab yang dikarangnya. 

Pakda Eil Makkah mengarang dan menyiapkan kitabnya "Bakurotul Amani" semasa umurnya 18 Tahun.

Semasa Pakda Eil berada di makkah. Gurunya suruh dia balik ke fathoni untuk bahas tentang penambahan huruf PA pada sifat Ma'ani di dalam kitabnya "Bakurotul Amani" kepada ulama-ulama fathoni. 

Maka Pakda Eil pun Bermuzakarah dengan ulama-ulama besar fathoni, sehingga kesemua ulama di fathoni menerima terjemahan Pakda Eil Makkah. Ramailah ketika itu yang i'tirof Pakda Eil Makkah dengan kealimannya. 

Sedangkan beliau baru berusia 18 tahun.

Al Alamah Arif Billah Al Muhaqqiq Tuan Guru Syeikh Wan Ismail Bin Wan Abdul Qadir al Fathoni Rahimahullah atau Pak Da Eil Mekah (1882 - 1965) Pakda Eil mengaji di Mekah semenjak usianya 13 tahun. 

Datuknya: Syeikh Wan Mustaffa Bin Wan Ahmad  atau Tok Wan Pa  atau Tok Lailatul Qadar  atau Tok Bendang Daya Pertama.  Ayahnya: Syeikh Wan Abdul Qadir Bin Wan Mustaffa (Tok Bendang Daya Kedua)

Adiknya: Syeikh Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Qadir atau Pak Cu Him 

Bapa Saudaranya:

1. Syeikh Wan Daud "Sibawaih Melayu" (Guru Tok Kenali)

2. Syeikh Wan Muhammad Zain Bin Wan Mustaffa Al Fathani (Ayah Syeikh Ahmad)

3. Syeikh Wan Abdul Latif Bin Mustaffa (Penyebar Islam Bangkok)

Sepupunya: Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al Fathoni (Pengarang Kitab Faridatul Faraid) 

Nama PakDa Eil mahsyur di Mekah sebagai Guru bagi sekalian Tok Guru alim ulamak Nusantara, Malah Ulama di mekah pun berguru padanya. 

Kerana jasanya, ratusan alim ulamak terlahir dan kebanyakkan dari mereka menjadi tok guru pondok dan madrasah. 

Antaranya, 

1. Tuan Guru Haji Awang Embun Bin Haji Omar al Basyar, Kupang, Baling
2. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Abdul Wahhab al Fusani al Fathoni
3. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin
4. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai
5. Tuan Guru Haji Abdul Majid Guar Cempedak
6. Syeikh Wan Ibrahim al Fathani atau Pak Chu Him Gajah Mati - Adik
7. Syeikh Junid Thala al Mandili
8. Syeikh Abdul Qadir al Mandili
9. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol
10. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Mohd Nor Penambang
11. Tuan Guru Haji Salleh Pedada
12. Tuan Guru Haji Awang Lambor
13. Tuan Guru Haji Said Tumpat
14. Tuan Guru Haji Abdullah Pasir Mas
15. Tuan Guru Haji Wan Yusuf Che Tengah Machang
16. Tuan Guru Haji Wan Yaakob Che Tengah Kweng Hitam Machang
17. Tuan Guru Haji Shuaid Daud Kota Bahru
18. Tuan Guru Haji Yaakob Saleh Bachok
19. Tuan Guru Haji Daud Jambul Pasir Mas
20. Tuan Guru Haji Wan Husin Wan Mustafa Jerteh
21. Tuan Guru Haji Ismail Ahmad - Imam Besar Pertama Masjid Negeri Sembilan
22. Tuan Guru Haji Muhammad Bin Haji Yusof Seri Menanti
23. Tuan Guru Haji Ghazalli Perak
24. Tuan Guru Haji Abdullah Kuala Krai
25. Tuan Guru Haji Wan Abdul Rahman Long - Bekas Kadi Besar Terengganu
26. Tuan Guru Haji Abdul Latif Gelok Getah Jerteh
27. Tok Pauh Pendang
28. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
29. Tuan Guru Haji Abdullah Lati
30. Tuan Guru Haji Abdullah Kampung Laut
31. Tok Mogoi Pokok Sena
32. Tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga Repek
33. Tuan Guru Haji Harun Bin Sulong Batu Tiga
34. Tuan Guru Haji Yaakob Keramat Gong Serai
35. Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datoh
36. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah
37. Tuan Guru Haji Wan Ali al Jambui
38. Tok Guru Dala
39. Tuan Guru Haji Hassan Lemal
40. Tuan Guru Haji Yahya Kupang
41. Tok Mundok
42. Tuan Guru Pak Lang Din Kerasak
43. Syeikh Muhammad Yassin Isa al Fadani
44. Tuan Guru Haji Man Guar Kepayang
45. Syeikh Abdul Rahim Idris al Kelantani
46. Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa Sik
47. Tuan Guru Haji Lah Lubuk Tapah
48. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian
49. Tuan Guru Pak Teh Mad Isa Mahang
50. Syeikh Toyyib al Makki
51. Baba Hussin Dala al Fathani
54. Tok Ayah Kob al Fathani
55. Tuan Guru Haji Isa Gerik
56. Syeikh Zakaria Awang Besar
57. Tuan Guru Pak Teh Mad Kuala Nerang
58. Tok Wali Pak Su Mid Kuala Pai
59. Baba Mad Mokmawi al Fathani
60. Tuan Guru Haji Abdullah Daud al Hafiz Rantau Panjang
61. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
62. Tuan Guru Ayah Dir Sekam
63. Syeikh Abdullah Ridwan Lubis
64. Baba Wan Noh
65. Baba Haji Abdullah Sarah
66. Baba Haji Abdul Rahman Saghir Kuala Beruas
67. Baba Haji Ahmad Tembesu, Binjai Lama
68. Baba Haji Abdul Wahab Pangkalan Enam, Pujud
69. Baba Haji Abdullah Pondok Jambatan Kuda, Teluban
70. Baba Haji Wan Abdul Rahman Jakar
71. Baba Haji Wan Nik Pulau Mati, Bandar
72. Baba Haji Abdullah Bendang Kebun
73. Baba Haji Muhammad Zain Balur, Kekabu
74. Baba Haji Yusuf Pondok Melayu Bangkok, Yala
75. Baba Haji Nik Mat Pondok Comel, Teluban
76. Baba Haji Abdul Rashid Pondok Sesayap
77. Baba Haji Ismail  atau  Pak Teh ‘El Pondok Getah Tambah
78. Baba Haji Abdullah Mayo Rakak
79. Baba Haji Hassan Lubuk Topeng, Jeringa
80. Baba Haji Abdul Rahman, Beraul (Ayahanda kepada Dr. Ismail Lutfi)
81. Baba Haji Yaakob Langgar, Palas
82. Tuan Guru Haji Abdul Kadir (Nad Tok Embong)
83. Baba Haji Pak Cu Idris atau Tok Chembar
84. Baba Haji Waman Gajah Mati, Cempaka
85. Baba Haji Abdullah Tanah Periuk, Kekabu
86. Baba Haji Nik Abdullah Ahmad Nibong Baru, Yala
87. Baba Haji Muhammad Bin Haji Ali - Pondok Berangan
88. Baba Yeh Tok Jong atau Tuan Guru Haji Wan Idris al Khayyat Pondok Tok Jong
89. Tuan Guru Haji Lah Lebai Samah Bukit Lada
90. Tuan Guru Haji Ismail Bin Haji Jusuh Kadok, Kota Bahru
91. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Slow Machang
92. Tuan Guru Pak Chu Haji Abdullah Tal Tujuh
93. Tuan Guru Pak Teh Haji Yunus Kampung Kundor
94. Tuan Guru Haji Ismail al Simbalani
95. Tuan Guru Haji Abdullah Bin Idris Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas
96. Tuan Guru Haji Mat Kuau Chalok
97. Baba Haji Ismail Bendang Badam
98. Syeikh Muhammad Saleh Bin Tok Kenali - Anak Kedua Tok Kenali
99. Tuan Guru Haji Daud Perakap
100. Tuan Guru Haji Daud Genting

Bissirril Al-Fatihah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment