Sunday, January 3, 2010

KISAH DI SEBALIK FILEM SEMERAH PADI

"Kalau bukan sebab Ramlee yang ambil aku berlakon di dalam filem Semerah Padi, aku tidak akan sampai ke tahap ini sekarang". Itulah kata-kata yang sering diungkapkan oleh seniman Allahyarham Nordin Ahmad kepada rakan-rakannya. 

Allahyarham Nordin Ahmad sangat berterima kasih kepada Allahyarham P.Ramlee kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepadanya bagi membuktikan kemampuannya sebagai seorang pelakon yang berkarisma besar dalam filem "Semarah Padi" yang melakonkan watak utama sebagai Taruna. 

Atas nasihat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee jugalah yang membuatkan Nordin Ahmad membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang kerana beliau hanya ditawarkan sebagai watak sampingan kerana kegagalan filem lakonannya yang pertama, Yang memegang watak utama dalam filem "Permata Di Perlimbahan" (1952) Filem berkenaan gagal mendapat sambutan ketika itu. 

Ketika Allahyarham Nordin Ahmad sudah berputus asa dan berhasrat balik ke kampung, Allahyarham Tan Sri Pramlee memegang bahunya dan berkata: "Sabar dulu sahabatku, masamu akan tiba juga nanti. Aku yakin kau akan menjadi seorang bintang besar suatu hari nanti". 

Kata-kata dari Allahyarham P.Ramlee inilah yang menjadi perangsang kepada Nordin Ahmad untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memajukan mutu lakonannya. Dan beliau terus bersabar dan redha melakonkan apapun watak pembantu. 

Akhirnya tibalah masa yang bertuah bagi Allahyarham Nordin Ahmad, Beliau dipanggil oleh Allahyarham Tan Sri Pramlee untuk berlakon bersamanya memegang watak sebagai Taruna dalam filem "Semerah Padi" (1956).

Ternyata filem arahan Allahyarham Tan Sri Pramlee "Semerah Padi" mendapat sambutan hangat dan menjadi perbualan orang ramai. Nama Allahyarham Nordin Ahmad melonjak naik dan para penggemar filem dan pengkritik filem memuji lakonannya yang sungguh berkarisma itu. 

Selepas lakonannya yang memegang watak Taruna dalam filem semerah padi itu, beliau banyak mendapat tawaran berlakon dan tawaran dari syarikat perfileman. Pada Tahun 1957 Allahyarham dilamar oleh syarikat Chatay-Keris Filem. 

Ketika itu beliau meminta nasihat Allahyarham Tan Sri Pramlee, Kerana Chatay-Keris adalah sebuah syarikat filem yang gah ketika itu. Allahyarham Tan Sri Pramlee berkata "Jangan Sia-siakan bakat mu sahabat terimalah tawaran itu, In shaa allah kau pasti akan berjaya." Beliau pun menerima tawaran itu dan berhijrah ke syarikat Chatay-Keris pada penghujung tahun 1957.

Filem pertama yang dilakonkan oleh Allahyarham Nordin Ahmad di syarikat Cathay Keris adalah "Orang Minyak" dan seterusnya Raden Mas, Noor Islam, Hang Jebat, Sri Mersing, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Dang Anom, Lanchang Kuning, Cucu Datok Merah, Tajul Asyikin, Ayer Mata Duyong, Patong Chendana Dan Gurindam Jiwa. 

Kesemua Filem itu berjaya mendapat sambutan orang ramai. Atas rezeki dari Allah dan berkat Allahyarham Tan Sri Pramlee, Nama Allahyarham Nordin Ahmad terus bersinar dan menjadi Pelakon yang Masyur, Serta menjadi seniman yang terus dikenang sehingga hari ini. 

Allahyarham Nordin Ahmad berkata, "Jika satu hari nanti ada yang memperkatakan tentang kejayaan saya di dalam bidang lakonan, P. Ramlee berhak berkongsi kejayaan itu bersama saya. Ini kerana P. Ramlee lah yang telah membuatkan kerjaya saya dari gelap menjadi terang". 

Bissirril Al-Fatihah. 
Allahyarham Tan Sri Pramlee 
Allahyarham Nordin Ahmad

Legenda Seniman Yang Masyur. Saya memang minat sangat lakonan dua seniman agung ni.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment