Sunday, January 3, 2010

FIRASAT TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Apakah hikmah di sebalik madah,
Pahlawan Melayu Laksamana Hang Tuah,
Beliau berkata “Takkan Melayu Hilang di Dunia” 
Apakah yang tersirat nun di sebaliknya? 
Mengapakah beliau berkata sedemikian? 

Mengikut sejarah, rumpun Melayu baik benihnya 
Asal Qathura, isteri Nabi Ibrahim Khalilullah
Induk yang melahirkan baka kepimpinan ummah
Baka yang baik dibaja subur
Oleh ulama berbondong muncul
Pewaris Nabi darah yang luhur
Walau mereka sudah di kubur
Nama dan jasa masih tersohor. 

Saya sebutkan beberapa nama sebagai peringatan
Syeikh Jamadil al-Kubro, dari kabilah Azamat Khan
Menjadi induk kepada Wali Sembilan
Rantau Nusantara Islam disebarkan. 

Dengan hikmah, akhlak dan kekeramatan
Sayyid Abdul Aziz, ke Melaka dengan alat kebesaran
Raja-raja Melaka diberi pentarbiyahan
Sehingga Melaka masyur penuh kehebatan. 

Dengar kata Sultan Malikus Salih juga ahlul-bait Nabi (SAW)
Melahirkan kerajaan Pasai mencurah bakti
Mendokong agama sehingga berbadi
Malikus Salih, Allah dah pilih menjadi wali..

Syeikh Ismail Sultanul Ariffin di Melaka (Pulau Besar)
Syeikh Muhammad al-Baghdadi (Terengganu)
Tokku Pulau Manis, Tokku Paloh, Habib Nuh
Semua itu ahlul-bait Nabi SAW belaka. 

Ramai lagi nama-nama mereka
Tak terucap dek hamba yang leka
Hakikatnya, kesultanan ahlul-bait pernah banyak di Nusantara
Di Tanah Melayu, Kepulauan Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Kepulauan lain
Jangan lupa Moro, Mindanao dan Kalimantan. 

Asal titisan Abbas, al-Hussein dan al-Hassan (RA),
Keluarga Bani Hasyim penuh kerahmatan.
Mengapa ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia?’
Kerana Melayu dilahirkan oleh ahlul-baitnya (Nabi SAW),

Ungkapan Melayu itu Islam, itulah yang tersiratnya
Rumpun Melayu sebati dengan ahlul-bait, itulah kehendakNya.
Dengar semua! Ahlul bait bakal memegang peranan
Antara watak dan tokoh Akhirul Zaman
Umara ulama ahlul-bait akan ke saf hadapan
Memikul amanat di zaman kebangkitan
Itulah janji Allah, Tuhan seru sekelian alam.

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (SAW)
Panji hitam dari bumi timur, bumi karamah
Bangsa Melayu usah menyerah
Cari kekuatan dari sejarah. 

Sejarah Melayu sebenarnya hebat
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat
Bumi ahlul-bait itulah kudrat
Umara ulama kuncinya terletak
Laksaman Hang Tuah gagah orangnya
Berguru, bertarikat, berisi dirinya
Jangan perlekeh riwayat firasatnya. 

“Takkan Melayu hilang di dunia”

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment