Tuesday, January 12, 2010

KAIN SEMUTAR

Semutar ialah kain yang digunakan untuk mengikat atau melilit atau menutup kepala bagi orang lelaki Kelantan. Biasanya semutar terdiri daripada kain batik lepas, kain tuala dan kain serban. Selain kegunaan untuk melindungi kepala dari panas matahari, mengibas badan ketika berehat dan juga untuk lap peluh ianya juga berfungsi sebagai senjata. Mungkin sesetengah orang tidak tahu dan bagi yang tahu pasti bersetuju ianya adalah senjata. 

Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihatan di pakai oleh orang-orang lama, petani, nelayan, peraih, tukang, penarik beca dan juga pesilat-pesilat pulut. 

Budaya MELAYU sebenarnya memiliki nilai-nilai estetika tersendiri yang tercermin daripada kelembutan dan kefahaman masyarakat melalui penggabungan dan penghayatan perasaan, pemikiran, ungkapan dan perlakuan. Berasaskan kepada elemen-elemen dan kehalusan adat budaya inilah masyarakat MELAYU muncul dan menyerlahkan pelbagai gubahan seni yang indah-indah, termasuklah semutar salah satu daripadanya. 

Cara pemakaian MELAYU dahulu dan juga busana inilah yang menjadi imej keMELAYUan seseorang, Tapi sayang budaya MELAYU hari ini semakin tenggelam di arus komedenan terutamanya dalam kalangan anak-anak muda. Tapi Alhamdulillah masih ada lagi yang membudayakan cara pemakaian MELAYU walaupun dah berada pada abad 21.

Mereka tidak pernah pupus, dan sentiasa ada waris yang menyambung budaya MELAYU. Walaupun tidak ramai tetapi mereka tidak merasa malu dan segan walau sedikit pun. Orang MELAYU kita hari ini perlukan lebih ramai lagi golongan seperti ini. Buat apa nak malu memakai cara pemakaian orang dahulu, ianya adalah seni warisan yang patut dibanggakan. 

Jadi, kepada anak-anak MELAYU hari ini teruskanlah seni warisan budaya nenek moyang kita, setiap seni mereka itu ada maksud tersendiri dan tujuannya. Bukannya saja saja. Ianya adalah khazanah yang besar bagi orang MELAYU yang tidak dimiliki oleh bangsa lain. Berbanggalah Menjadi Bangsa MELAYU Islam! "Takkan MELAYU Hilang Di Dunia! 

Tanah MELAYU Masih Bertuan! Tanah MELAYU Tanah Berdaulat! Tanah MELAYU Tanah Warisan Nenek Moyang Kita Yang Bermandian Darah Dan Bermatian Melindunginya Untuk Generasi Kita Kini. 

Jangan Dihina Warisan MELAYU! Jangan Dihina Kesenian MELAYU! Jangan Di Hina Budaya MELAYU. Kitalah Penerus Perjuangan Nenek Moyang Kita Demi Agama Bangsa Dan Tanah Air.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment