Tuesday, January 12, 2010

PERANG SAMAGAGAH PERAI EDISI TERAKHIR PERANG MUSUH BISIK

Tanggal 9 Mac 1876 merupakan hari dan tahun yang paling sedih dan menyayat hati seluruh rakyat jelata Nagara Kedah Pasai-Ma yang mendukung perjuangan fisabillillah kerana telah gugurnya seorang Khalifah dan Yang DiPertuan Kedah Pasai Ma atau Raja Besar ditangan puak Thai dan pengkhinat bangsa (musuh dalam selimut).

Namun kewafatan baginda Almarhum Tuanku Syed (Nai) Long Jaafar Muaazam Shah (Long Jaafar Larut) ibni Sultan Syed Alang Alauddin Shah (Panglima Bukit Gantang) tidak mematah semangat perjuangan pengikut-pengikut baginda dan rakyat Nagara Kedah Pasai-Ma.

Pembunuhan yang dirancang pada 1869 di Pulau Pinang diantara 3 puak iaitu British Freemasons yang di hadiri oleh Duke of Edinburgh, Pihak Thai yang mempunyai wakil disana dan pihak pengkhinat dari Nagara Kedah sendiri, ia mengambil masa 5 tahun untuk menunggu masa menjalankan misi pembunuhan ini.

Sama lah juga seperti mana Agen British Freemasons pertama memulakan strategi mereka terhadap Nagara Kedah iaitu Cpt Francis Light yang datang bersahabat dan menghasut Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin pada 1772 iaitu selepas 5 tahun kejatuhan Ayuthaya ke tangan Thai Burma dengan Pertolongan Inggeris.

Wafatnya Yang DiPertuan Kedah ditangan 3 puak ini meyakinkan bahawa tidak siapa lagi berani menentangan kerana anakanda Almarhum iaitu Tuanku Syed Yassin baru berumur 7 tahun dan terlalu muda untuk menuntut bela dan lagi pun hilang entah kemana padahal beliau telah di bawa lari dan disembunyikan di Bukit Perak Pendang oleh pengikut setia YDP Kedah.

Mereka juga tahu yang adinda kepada YDP Kedah Tuanku Syed Long Abu Toha telah pun berusia 80an dan tak mampu bertindak dan ini lebih menyakinkan lagi setelah wafatnya YDP ditangan mereka akan melemahkan semangat baginda dan pengikutnya. Apatah lagi bila Raja Kota Setar dan Raja Kuala Muda berpihak kepada mereka. Dan askar Melayu Kedah yang di tubuhkan pada 1863 berada dibawah pimpinan Raja Kota Setar.

Ini menjaminkan lagi kekuatan mereka bila 3 puak bergabung menentang tentera fisabillillah. Namun dalam kealpaan ini, membuka peluang untuk pihak Perjuang Fisabillillah menggunakan strategi yang sama untuk bertindak menunggu masa yang sesuai sambil mengumpul tentera dan peralatan perangan berupa bedil (senapang dan istingar) pedang dan meriam lela.

Tunku Syed Long Abu Toha sebulat suara dilantik sebagai pengganti Tunku Syed Long Jaafar dan mendapat sokongan penuh dari Raja Kubang Pasu iaitu Tuanku Nai Hashim atau Nai Shim ibni Tuanku Nai Doi dan waris-waris serta panglima-panglima yang taat setia. Baginda telah menghantar bekalan yang dapat membantu misi fisabilillah secara sulit sebab musuh masih lagi berbisik. Tuanku Raja Abu Toha pula berdiam diri seolah-olah baginda telah hilang minat dalam perjuangan dan menyerah tanpa sebarang bantah.

Pihak Inggeris dan Thai telah melantik Paduka Seri Raja Ahmad Tajuddin sebagai Sultan Kedah dan diberi segala pangkat dan kemewahan – kehidupan Raja Kota Setar dan kaum kerabat nya berubah kerana di selimuti kekayaan dari rampasan harta YDP Kedah oleh Inggeris dan Thai dan disogokkan kepada baginda sebagai imbuhan taat setia kepada mereka.

Gaya hidup baginda juga banyak mengikut gaya Inggeris. Pada Ahad 2 Jun 1879 bersamaan 2 Rejab 1296 jam 8 pagi Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, mangkat di Istana Kota Setar.

Berita ini tersebar hingga ke Seberang Perai dengan begitu cepat sekali. Ketika itu Tuanku Syed Long Abu Toha yang digelar Raja Yam Tuan bersemayam di Istana Bagan Serai di Seberang Perai tak jauh dari Alor yang mengalir berhampiran Titi Timbul – Sungai Perai. Kemangkatan baginda ibarat pucuk di cita ulam mendatang. Saat yang tunggu oleh Tentera Fisabillilah telah termakbul. Tuanku Syed Long Abu Toha, juga dikenali dengan panggilan Tok Phe-rang mempunyai ilmu tauhid dan ilmu silat yang amat tinggi.

Dengan usia sebegitu baginda mampu memimpin angkatan fisabilillah – Baginda juga dikenali sebagai sebagai “Keramat Tok Phe-rang” setelah syahid ditangan Inggeris.

Kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan telah menempah perebutan kuasa secara tertutup dimana semasa hari persiapan untuk pertabalan pewaris baginda iaitu Tunku Zainal Rashid, telah di culik dan dibawa lari oleh puak Thai ke Nakhorn Si Tammarat dan di tahan di sebuah kem pertahanan Askar Ligor, dimana baginda mangkat disana. Baginda adalah pewaris dari isteri kedua iaitu Wan Jahara binti Luang Nik Abidin dari kerabat DiRaja Pattani yang mempunyai pertalian darah dengan Sultan Syed Long Jaffar Muaazam Shah.

Berbalik kepada situasi di seberang Perai dimana berita kemangkatan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan penculikan putera baginda baginda telah membuka jalan bagi YDP atau Raja Yam Tuanku Syed Long Abu Toha bertindak dengan melancarkan Serangan menutu bela atas dua perkara iaitu pembunuhan kekandanya Tuanku Syed Long Jaafar dan penangkapan sepupunya Paduku Seri Raja Syed Ismail ibni Tuanku Syed Mohammad Hatta. Yang di tangkap pada 17Mac 1876 di kupang Baling oleh Inggeris dengan bantuan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Perancangan YDP telah diketahui oleh pihak Inggeris di Pulau Pinang angkara musuh dalam selimut. Pada bulan Julai 1879 pihak Inggeris telah melancarkan serang hendap ke Istana Bagan Serai yang terletak lebih kurang 500 meter dari sebuah Alor yang mengalir ke Sungai Perai, tetapi kecekapan pihak YDP Kedah dapat menangkis kemaraan mereka yang dibantu pihak Thai.

Peperangan ini berlaku di sebuah kawasan yang lapang yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari tebing sungai. Dalam peperangan ini pihak Sultan Abdul Hamid tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana tidak mahu terlibat dalam pembunuhan orang-orang melayu atausiam Kedah setelah apa yang pernah baginda melihat kekejaman pihak Thai dan Inggeris perlakukan sebelum ini.

Pertempuran dengan menggunakan bedil dan lela serta meriam oleh kedua-dua belah pihak berlarutan untuk beberapa hari–kegagahan pihak YDP Tuanku Syed Long Abu Toha adinda Sultan Syed Long Jaafar amat lah hebat kerana dibantu oleh anakanda dan cucu beliau serta Raja-Raja daerah dan panglima-panglima dan para perjuang fisabilillah.

Mereka ini bukan hanya berani dan gagah malah handal dalam ilmu kebatinan dan ilmu tauhid amat tinggi. Bilangan tentera tidak lah begitu ramai namun dengan bantuan dari Tunku Kudin, mantan Perdana Menteri YDP. Askar2 beliau yang berkhidmat di Klang diarah balik dan berjuang bersama2.

Pihak Inggeris telah membawa askar sepoi India yang berkhidmat menjaga keamanan di Pulau Pinang untuk bergabung dengan pihak Thai. Jumlah mereka begitu ramai melebihi perjuangan Fisabillah. Tuanku Syed Long Abu Toha bersama anaknya Dato Panglima Khatib Nai Adam dan anaknya Dato Raja Lela Muda Panglima Perai Nai Cau Dom atau Panglima Che Muhammad Saad bermati-matian bersama pangliam-panglima daerah dan pengikut mereka mempertahankan serangan musuh. kegagalan musuh menebusi benteng pertahanan mengakibat tiada kekalahan maupun kemenangan di kedua-dua belah pihak. Peperangan berakhir begitu sahaja. pihak musuh berundur begitu sahaja.

Tuanku Syed Long Abu Toha telah berundur dan bermukim di Kampung air melintas buat seketika kerana baginda tau bila-bila masa sahaja musuh akan bertindak balas.

Di kawasan Istana Bagan ramai pengikut bersiap berjaga-jaga begitu juga di padang pentempuran. Pihak Inggeris telah menghantar askar peninjau yang menyamar sebagai orang tempatan (perlu tau dikalangan bangsa tempatan ada juga pengkhinat yang di bela oleh inggeris) Mereka dapat mengesan Kedudukan Tuanku Syed Long Abu Toha. Cara pembunuhan baginda sama seperti mereka membunuh Tuanku Nai Shim di Kampung Khun Luang di Jitra Kedah. Dengan menggunakan peluru emas dan ditembak ke dada.

Dengan wafat syahidnya almarhum, kaum kerabat, panglima –panglima terpaksa bersembunyi atau menyamar sebagai orang kebanyakan. Dato Panglima Khatib telah menyamar sebagai orang kebanyakan dan tinggal di bukit pinang kedah, anaknya Nai Cau Dom buat seketika tinggal di Pajak Song dan menyamar sebagai petani dan banyak lagi kaum kerabat almarhum YDP terpaksa menyamar dan bersembunyi dari jadi buruan Inggeris dan Thai.

Pihak Sultan Abdul Hamid sedikit sebanyak menutup sebelah mata seolah-olah baginda tidak tahu menahu dimana pergi keturunan Raja Yam Tuan Syed Long Abu Toha. Sultan Abdul Hamid telah mengikat tali kekeluargaan dimana adindanya dikawinkan dengan Che Ridzwan binti Che Ahmad cicit kepada Yam Tuan Tuanku Syed Long Abu Toha ibni Tuanku Syed Alang Alauddin Shah.

Perang SAMAGAGAH merupakan perang musuh bebisik yang terakhir yang tamat pada tahun 1879 dan bukan 1876 seperti sangkaan kita sebelum ini. Raja Syed Abu Toha selain bersemayam di Istana Bagan Serai Seberang Perai, turut bersemayam di Istana Bagan Serai Perak. Baginda Raja Abu Toha merupakan Nenda kepada Syed Sheikh Abdullah Ibni Ibrahim (Abdullah Fahimatau Pak Him) melalui anakanda baginda iaitu Syed Ibrahim. Bissirril Fatihah. 

Gambar di bawah adalah kenangan bergambar yang dirakamkan pada tahun 1870an di Seberang Perai. Duli Yang DiPertuan Sultan Syed Long Jaafar Mua’azam Shah bersama dengan adindanya Raja Nai Long Abu Toha (Raja Daerah Bagan Serai), Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (Raja Daerah Kota Setar) Tunku Muhammad Chan atau Datuk Tekai (Perdana Menteri Kedah) dan lain – lain kerabat serta pembesar Negara.

Duduk no 2 disebelah kiri Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (Raja Kota Setar) dan no 3 disebelah Kiri ialah Shah Alam Yam Tuan Sultan Syed Long Jaafar ibni Sultan Syed Alang Aluddin (Sultan Kedah yang terakhir dari susur galur Syarif Yang Di Pertuan atau Bromoraja Ekataat V)

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment