Berikut adalah daftar 25 prinsip atau tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula membiayai konspirasi Illuminati.
Ia telah pun berjalan sejak ratusan tahun yang lalu, dan kini tiba di kemuncaknya dan sedang diteraju oleh kuda tunggangan mereka, British-Amerika dan keluarganya di seluruh dunia. Memacu mengikut susunan langkah demi langkah, melaksanakan konspirasi sepertimana yang diatur oleh Illuminati.
25 agenda ini merupan satu manual yang pada dasarnya memperlihatkan rancangan jangka panjang, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.
Antara Agendanya seperti berikut:
1. Aturkan semua manusia supaya lebih cenderung dan senang ke arah kejahatan berbanding kebaikan.
2. Anjurkan gerakan Liberalisme (hancurkan keagamaan)
3. Gunakan idea “kebebasan" untuk mewujudkan pertentangan atau krisis antara kelas dalam masyarakat
4. Gunakan segala cara untuk mencapai tujuan Illuminati seperti yang telah ditetapkan.
5. Perolehi atau dapatkan “Hak" untuk “BERDUSTA" ke atas setiap peristiwa yang berlaku.
6. Kekuatan sumber dan keupayaan harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh lagi di permainkan atau dimusnahkan.
7. Galakkan masyarakat supaya cenderung untuk merusuh (secara psikologi) sebagai satu cara menguasai mereka.
8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.
9. Berusaha memiliki kekayaan, harta atau aset dengan apa cara jua pun.
10. Gunakan slogan-slogan hebat seperti hak asasi, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan atau tuntutan rakyat jelata dalam peperangan psikologi.
11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan bakal mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing.
12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan “calon" yang dipilih dan tempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka (ahli) dan gunakan mereka (calon) sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.
13. Mengawal akhbar atau media.
14. Agen akan muncul ke hadapan selepas mencetuskan kacau bilau dan bertindak pula dengan lagak sebagai penyelamat orang awam.
15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan atau kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan gunakan keadaan ini sebagai alat untuk menguasai orang ramai atau para perusuh dan kemudian gunakan perusuh ini untuk menghapuskan semua penghalang.
16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.
17. Kendalikan penipuan secara sistematik, dengan menggunakan “slogan" secara lantang dan ungkapkan janji manis kepada masyarakat bahawa mereka bakal nikmati kebebasan dan hidup mewah walaupun semua itu adalah palsu
18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, bincangkan halacara pertempuran di jalanan, aturkan mana-mana yang perlu untuk mempercepat kejayaan menguasai penduduk.
19. Gunakan agen sebagai pemberi maklumat atau nasihat di belakang tabir selepas berlaku perang atau huru hara dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.
20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia.
21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.
22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.
23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh pengarah.kita.
24. Menyusup ke semua kelas dan lapisan masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, memperkotak-katikkan dan rosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.
25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.
Bermula pada abad ke 17 di eropah, lebih tepat lagi 1 may 1776 di German, ada satu gerakan budaya yang digelar sebagai ‘The Age of enlightenment’, objektif utama gerakan ini adalah untuk melakukan reformasi berlandasakan kepercayaan teori sains dan pendidikan secara langsung mencabar atau menentang kepercayaan agama dan juga tradisi. Mereka mengamalkan pemikiran saintific, skeptelisim dan juga pemikiran intelektual.
Semakin hari pengikut reformasi age of enlightment ini ini semakin bertambah, dan pada tahun 1776, seorang ahli filosofi berbangsa jerman, bernama johan adam weishaupt menubuhkan sebauh organisasi rahsia di negeri Bavaria, jerman dan menamakan pertubuhan ini sebagai The Order of the illuminati.
Pada asalnya pertubuhan ini tidak diendahkan kerana ornang ramai menyangka yang mereka hanyalah pertubuhan yang biasa, tidak sehingga pada tahun 1785 pertubuhan ini ditindas dan diharamkan oleh pemerintah Bavaria iaitu Charles theodeore. Pengharaman ini dilakukan kerana kerajaan monarki Bavaria pada waktu itu bimbang yang pertubuhan ini akan menjatuhkan sistem monarki mereka dan juga dikhuatiri kan mencabar kuasa gereja katolik pada waktu tersebut.
Walaupun telah ditentang dan diharamkan pada tahun 1975, ramai yang masih menganggap kumpulan ini masih lagi wujud sehingga hari ini. Ini adalah perkara yang paling menakutkan tentang illuminati, ada yang percaya ini cumalah konspirasi theory dan ada yang benar-benar percaya kumpulan ini sedang merancang untuk mengawal dunia.
Bermula dari perancangan yang mengubah sejarah dunia seperti revolusi perancis, pembunuhan john f kennedy, serangan 9 atau 11, pergolakan di timur tengah dan banyak lagi, semua ini adalah untuk melaksanakan agenda mereka iaitu agenda New World Order.
Ataupun dikenali secara ringkasnya sebagai NOW. Ini adalah sebuah rancangan yang dirancang oleh Illuminati untuk mewujudkan 1 kerajaan yang akan memerintah seluruh dunia, bermaksud semua Negara akan patuh kepada satu badan kerajaan sahaja. Dan golongan2 elit illuminati yang akan menjadi pegawai2 tertinggi kerajaan tersebut. Dengan erti kata lain mereka akan mengawal dunia dan mewujudkan kerajaan totalirian.
Tapi kenapa ini objektif mereka? Jawapan ada di bawah.
Banyak lagi kumpulan2 rahsia yang lain seperti freemason, skull and bones dan Zionism walaupun mereka ini dari kumpulan yang berbeza tetapi mereka berkongsi satu persamaan yang menakutkan. Dimana mereka semua dikatakan, menyembah saitan. Ini boleh dibuktikan oleh symbol yang sering digunakan, simbol2 ini sering digunakan di dalam ritual sihir dan simbol2 ini seperti pentagram, tiga segi, symbol mata ada di sekeliling kita khususnya di industry hiburan.
Inilah jawapan mengapa illuminati ditubuhkan, dengan objektif utama "New World Order” kerana mereka sedang menunggu kedatangan dajjal yang mereka percaya adalah tuhan mereka yang sebenar, itulah sebab kenapa mereka mahu mengawal dunia sebagai persediaan untuk dajjal suatu hari nanti. Terpulang nak percaya ataupun tidak.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment