Ketika Perjanjian Bungaya iaitu perjanjian perdamaian antara Kesultanan Gowa yang diwakili oleh Sultan Hasanuddin dan pihak VOC, Daeng Mangalle membantah dan tidak bersetuju kerana perjanjian itu nama saja “Perdamaian" tetapi hakikatnya “Mengalah" pada VOC Belanda.
Daeng Mangalle mempunyai maruah yang tinggi dan tidak pernah tunduk pada Belanda dan akhirnya beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Makassar lalu berlayar ke Tanah Jawa dan menetap selama 3 tahun. Selepas itu beliau membuat keputusan untuk berhijrah lagi dan berlayar ke Ayutthaya (Thailand) bersama pengikutnya yang seramai 250 orang.
Untuk pengetahuan Daeng Mangalle ini adalah seorang Pahlawan handal Makkasar. Beliau anak kepada Sultan Hasanuddin dan juga adik kepada Daeng Karaeng Galesong. Dipendekkan cerita beliau sampai di Ayutthaya (Thailand) pada tahun 1664. Raja kerajaan Ayutthaya "Raja Phra Narai” menyambut baik kedatangan Daeng Mangalle bersama para pengikutnya, Mereka diberikan hak untuk menetap di sana dan diberikan keizinan untuk membangunkan perkampungan.
Dipendekkan cerita Daeng Mangalle terlibat konflik dengan Constantin Hierarchy (ada yang menyebut sebagai Konstantin Fhaulkon), seorang bangsa Yunani, bekas pegawai Syarikat Dagang Hindia Timur Inggris (EIC) yang menjadi penasihat Raja Phra Narai. Maka terjadilah pemberontakan Makassar pada akhir 1686 antara Daeng Mangalle menentang pasukan Kerajaan Siam yang dibantu oleh Eropah.
Raja Phra Narai memerintahkan Daeng Mangalle untuk memohon maaf kepada pihak Eropah dan Daeng Mangalle enggan menurut untuk meminta maaf. Dengan keadaan yang semakin genting Raja Phra Narai memerintahkan Claude de Corbin untuk mengepung orang Makassar. Pertempuran pertama bermula dengan 40 orang Makassar menghadapi ratusan tentera Eropah Perancis dan Portugis.
Corbin mencatatkan bahwa orang Makassar tidak mahu menyerah kalah walaupun dengan bilangan yang sedikit. Mereka menyerang dan mengejar pasukan Perancis dan Portugis yang saat itu juga hendak membantai perempuan dan anak-anak Orang Makassar. Mereka bertarung bermati-matian dengan keberanian tiada tandingan dan tanpa rasa takut. Dalam catitan Corbin, Daeng Mangalle bersama hanya 6 tentera Makassar menyerang pagoda dan dapat membunuh Sebanyak 366 orang tentera Perancis.
Masih dalam catatan Corbin, pada 23Hb September 1686, Raja Siam Phra Narai memerintahkan serangan besar-besaran bersama pasukan Perancis ke perkampungan orang Makassar. Raja Phra Narai ingin melenyapkan perkampungan Makassar dan seluruh orang Makassar. Daeng Mangalle bersama pengikutnya tidak merasa takut walau sedikit dan menghadapi seluruh bala tentera siam dan perancis dengan semangat juang yang tinggi. Keyakinan untuk membela kehormatan sehingga titik darah terakhir. Namun peperangan ini sudah pasti dimenangi oleh pihak Siam dan Perancis kerana jumlah mereka terlalu ramai dan segala kelengkapan senjata mereka jauh lebih canggih dan lengkap berbanding dengan Tentera Makassar.
Setelah berperang bermati-matian hingga sebulan akhirnya Daeng Mangalle tewas ditembak beberapa kali dan ditusuk berkali-kali dengan tombak, Daeng Mangalle akhirnya jatuh rebah dan pada ketika itu seorang pegawai tentera Perancis meludah ke mayat Daeng Mangalle dan menyepak kepalanya. Siapa sangka Daeng Mangalle yang disangkakan telah mati bingkas bangun dan membunuh Pegawai tentera itu dengan badik. Kejadian itu disaksikan oleh tentera siam dan tentera Perancis, Mereka merasa terkejut dengan apa yang terjadi.
Walaupun Daeng Mangalle dan pengikutnya kalah, Orang Siam sangat mengagumi keberanian mereka orang Makassar yang menghadapi ribuan tentera siam dan eropah. Bayangkan dengan hanya 250 orang, orang Makassar telah menewaskan tentera seramai 1000 lebih tentera Siam dan 17 tentera eropah.
Orang-orang Siam mencatat peristiwa itu sebagai peristiwa heroic yang pernah mereka saksikan. Daeng Mangalle dikenang sebagai Pahlawan yang hebat kerana bertarung bermati-matian untuk membela kehormatan diri dan orang makassar. Kerajaan Siam mengabadikan yang dahulunya perkampungan orang Makassar sebagai nama Makassan di Bangkok, iaitu kawasan yang dahulu dinamakan Krung Thep.
Dua putera Daeng Mangalle, Daeng Ruru dan Daeng Tulolo diampuni Raja Siam dan dibawa oleh Kapten tentera Perancis menghadap raja dan menetap di Perancis. Daeng Ruru ditukarkan nama menjadi Louis Pierre de Macassart, sementara Daeng Tulolo menjadi Louis Dauphin. Mereka dibaptis pada 7hb March 1687 oleh Paderi Le Mans dengan ayah baptisnya Raja Louis. Mereka berdua dihantar ke akademi tentera dan akhirnya kedua-duanya menjadi Pegawai Tentera Perancis.
Dalam kajian saya, salah satu dari anak Daeng Mangalle yang tinggal di Perancis ini adalah Datuk kepada "Napoleon Bonaparte". Korang kenal kan siapa Napoleon Bonaparte? Dan itulah sebabnya Napoleon ini bertubuh kecil dan tidak tinggi. Napoleon ni terkenal di Amerika dan Perancis. Michael H Hart mencatatkan Napoleon adalah orang ke-34 yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Beliau dimakamkan oleh Raja Louis XIV di tempat terhormat Gereja saint louis de brest.
Saya yakin Napoleon Bonaparte di akhir hayatnya telah memeluk agama Islam dengan beberapa sumber yang saya temui. Dalam Buku ‘Satanic Voices – Ancient and Modern’ penulisnya David M. Pidcock (1992) pada halaman 61 * Surat Khabar Perancis ‘Le Moniteur’, yang menulis bahwa beliau (Napoleon Bonaparte) masuk Islam pada tahun 1798.
Dalam buku lain yang berjudul ‘Bonaparte et I’Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105’, Napoleon Bonaparte berkata seperti berikut: “I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur’an wich alone can lead men to happiness.” (Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip–prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur’an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan)
Dan sumber lain adalah majalah Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura pernah mencetak berita mengenai catitan Bonaparte Bonaparte seperti berikut “I read the Bible, Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters?” The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion. Joshua stops the sun! One shall see the stars falling into the sea, I say that of all the suns and planets” (Saya membaca Bible, Musa adalah orang yang hebat, manakala orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Luth beserta kedua puterinya?” (Lihat Kejadian 19:30-38) “Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahwa bumi bukanlah pusat tata surya, dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristian. Yosua menghentikan matahari (Yosua 10: 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang berjatuhan kedalam laut…. saya katakan, semua matahari dan planet-planet ….)
Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata: “Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters.” (Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas yang sulit dipahami. Yesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari ritual karut seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian), Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa)
Selanjutnya: “Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans.” (Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap ceramah, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam)
Akhirnya ia berkata: “In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner.” (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping)
Napoleon Bonaparte mengagumi Al-Quran setelah membandingkan dengan semua kitab suci agama lain dan meyakini hanya Al-Quran adalah kitab yang benar dan tidak pernah digubal oleh manusia. Seperti mana kitab lain yang sudah diubah oleh individu tertentu. Wallahu'alam..
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment