Wednesday, January 20, 2010

MUSKAT

Pengaruh Turki Uthmaniyah - MELAYU 

Muskat (baju hitam bersulam benang emas) adalah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istiadat Istana Negara.

Namanya diinspirasikan dari negara Muskat (kini Oman) dan ia diubah suai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai KERAJAAN NEGERI KEDAH.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga sehingga Yang di-Pertuan Agong terkini. Ia diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.

Baju ini akan dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan, Hari Ulangtahun Keputeraan baginda, lawatan-lawatan rasmi ke negeri-negeri seluruh Malaysia, dan semasa Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment