Wednesday, January 20, 2010

TUJUH WALIYULLAH MELAYU

Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Nor al Kholidi (1874-1932). Nama beliau terukir sebagai salah seorang dari wali Allah Alam MELAYU disamping 6 wali Allah yang lain. 

Mereka adalah:

1. Al Allamah Arif Billah Tok Ku Paloh
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Hussin Kedah
3. Al Allamah Arif Billah Tok Kenali
4. Al Allamah Arif Billah Habib Noh
5. Al Allamah Arif Billah Syeikh Said al Linggi
6. Al Allamah Arif Billah Tuan Tulis

Syeikh berasal daripada Penyambongan, Sumatera Utara dan berketurunan Mandiling. Beliau berhijrah ke Tanah MELAYU pada tahun 1884 bersama adik beradiknya seramai 4 orang. Beliau dan adiknya yang juga merupakan seorang ulamak sufi bernama Syeikh Zainal Abidin menetap di Gombak.

Diantara guru beliau ialah Al Allamah Arif Billah Syeikh Abdul Wahab Rokan Babussalam al Kholidi. Seorang penyebar utama Tarekat Naqshabandiah di Nusantara.

Beliau ialah khalifah tarekat Naqshabandiah yang ke 35. Diantara anak murid beliau ialah:

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Haji Nurut
2. Syeikh Yahya Laksamana
3. Syeikh Muhammad Tahir - Anak beliau

Syeikh Muhammad Nor merupakan pembuka Kampung Sungai Cincin di Gombak. Tapak tanah kampung tersebut diwakafkan oleh Sultan Sulaiman Shah yang alim lagi warak. Berkat alim, warak dan kezuhudan syeikh, Allah Taala telah kurniakan berbagai bagai nikmat keatas kampung tersebut. 

Syeikh Muhammad Nor telah berjaya mendidik masyarakat dan membentuk sebuah kampung yang patuh syariat serta mengamalkan tarekat mendekatkan diri dengan Allah Taala. 

Syeikh Muhammad Nor selalu berpegang kepada kata-kata, “Cukuplah mati sebagai pengajaran.” Beliau mengukir kalam ini di sekeping duit syiling dan beliau akan bawa duit ini kemana mana sahaja beliau pergi.
Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun dan disemadikan jasad beliau di Kampung Sungai Cincin, Gombak.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin. Bissirril Al-Fatihah

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment