Pendekar atau Pahlawan atau Pejuang MELAYU dahulu jika orang sudah menjual dengan pantas mereka bangun membeli. Tetapi pada zaman sekarang ianya semakin hilang kerana tidur lena sangat dibuai mimpi duniawi. Terlalu lena sehingga di pijak-pijak oleh bangsa lain.
Pendekar MELAYU dulu rajin berselawat dengan berzikir berjam-jam sehari. Berbeza dengan Pendekar MELAYU hari ini berwhatsapp, Fb, Insta, Twitter, Wichet, Televisyen Berjam-jam.
Hang Tuah Bila keluar dari pertapaan hanya takut pada ALLAH bukan makhluk. Apabila Pendekar Majapahit menjual untuk bertarung dengan orang kuat Melaka, Hang Tuah terus membeli. Padanya ALLAH lebih berkuasa bukan makhluk, sehinggalah Taming Sari tewas ditangan Hang Tuah.
Hang Tuah lebih tahu apabila orang menjual atau mencabar selalunya pasti kalah kerana itu adalah salah satu tektik untuk menakutkan musuh sahaja di samping riak yang cuba di tonjolkan. Ia pasti akan kalah. Perang Psycology la katakan.
Taming Sari cuma sebatang besi bengkok. Tetapi keris taming sebenar adalah di dalam diri iaitu Tulang belakang kita yang berbentuk alif, alif itupun bengkok hujungnya, kalau berdiri tegak lurus dah salah arah tu, bengkok sangat pun tak menjadi jugak. Bengkok bukan sebarang bengkok, bengkok ada makna, bengkok bukan bengkok, tapi bengkok satu kalimah bermakna.
Hidupkan lah ALIF dalam diri itu dengan Amalan Tauhid, sudah pasti terpancar pancar kursani di dalam diri. MELAYU hanya akan kembali GAH seperti dulu hanya bila semuanya kembali pada ajaran Tauhid. Itulah kunci utama para pendekar dahulu sehingga cerita kehebatan mereka terus bermain di mulut kita hari ini, walaupun beratus tahun telah berlalu.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment