Wednesday, January 20, 2010

PERTABALAN YDP ADONG

Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI. 

Alhamdulillah majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.Di dalam majlis pertabalan tadi saya tertarik dengan Alunan Nobat Terengganu. 

Bercerita mengenai Nobat, Asal usul Nobat Terengganu adalah diambil daripada Kerajaan Johor Pahang Riau Lingga. Ianya, mula kerap di pinjamkan dan di persembahkan semenjak zaman Sultan Zainal Abidin III (1881 -1918). Ianya pada asalnya di simpan di Pulau Penyengat kemudian hari ianya tersimpan di Istana Terengganu.

Dikenali sebagai Nobat Perak berikutan hampir keseluruhan peralatan nobat ini di hasilkan dari Perak dan kini ianya menjadi sebahagian dari alat kebesaran Kesultanan Terengganu. Manakala Nobat Perak merupakan Nobat dari Kesultanan MELAYU Melaka yang dikurniakan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya iaitu Raja Muda Mudzaffar Shah (Raja Muda Melaka) untuk merajai Perak.

Asal usul Nobat Kerajaan Johor Pahang Riau Lingga adalah daripada Nobat Kesultanan Pahang ianya dikurnikan oleh Paduka Seri Sultan Mansur Shah kepada Paduka Seri Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah (1455–1475) ketika dirajakan di Pahang sebagai Sultan Pahang Pertama. 

Peralatan Nobat Terengganu ini terdiri dari enam alat kelengkapan; Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara (Neggara atauNenghara), dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatang Serunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala serunainya pula diperbuat daripada gading yang mana di bahagian penghujungnya di sambung dengan perak.

Dengan ini saya Tengku Daeng Mawelle, merafak sembah tahniah di atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Daulat Tuanku.

Semoga Allah Merahmati Tanah MELAYU. 

"Raja muafakat dengan menteri,
   seperti kebun berpagarkan duri.
 Betul hati kepada raja,
   tanda jadi sebarang kerja.
 Hukum adil atas rakyat". 
   tanda raja beroleh inayat."

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment