Hakikat diam sebenarnya ialah ibadah tingkat tinggi yang mendatangkan kebaikan kepada pemiliknya yang sentiasa memelihara lisan lidahnya.
Sabda Rasulullah S.A.W, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, Maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam”.
(HR Al-Bukhari no 6018 dan Muslim no 47).
Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan ummat ku ialah meraka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat, Tetapi dalam masa yang sama dia datang dengan dosa menghina orang, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang lalu diberi segala pahala amal-amal nya itu kepada orang yang pernah dizalimi dan dianiayai di dunia, Jika telah habis pahalanya sebelum dapat dibayar kepada orang-orang tersebut , Maka dosa-dosa orang yang dizaliminya tersebut akan dilemparkan kepadanya pula, lalu dia kemudian dicampakkan ke dalam api neraka. (HR Muslim)
Mulut yang jahat mencerminkan hati yang kotor. Tidak mungkin hati yang murni tergamak mengeluarkan kata-kata nista yang boleh menghiris perasaan hati orang lain. Allah jadikan mulut tempat lidah dan gigi pada manusia. Sebaris gigi di hadapan lidah sebagai tembok pagar yang mengawal lidah (lisan). Sepasang bibir di hadapan lidah sebagai kubu pintu yang menutupi lidah (lisan).
Bagi mereka yang mahu berfikir, Salah satu tujuan Allah jadikan gigi adalah sebagai pagar menahan lidah dari berkata keji dan bibir mulut sebagai pintu untuk menutup lidah dari berkata keji. Jauhilah dosa lidah (lisan) mengumpat, memfitnah yang tidak dipelihara sesama manusia, kerana dosa mengumpat , mengeji dan menghina tidak diampunkan melainkan manusia yang dihina itu memaafkan kita , dosa yang tidak sempat memohon ampun dari manusia yang dikeji dan dihina akan menyebabkan manusia dicampak ke dalam api neraka. Nauzubillahiminzalik.
Apabila manusia tidak mampu memelihara lidah (lisan) berterusan berkata keji, Allah akan menyiksa manusia dengan azab kesakitan yang tak terperi di dlm api neraka sepertimana yang disaksikan Rasulullah S.A.W ketika Israk Mikraj.
Rasulullah S.A.W melihat satu golongan manusia yg menggunting lidah mereka dgn besi yang panas membara. Setiap kali bibir dan lidah mereka digunting, bibir dan lidah itu akan tumbuh semula dan berterusan disiksa berulang kali. Mereka adalah pembicara yang menabur fitnah. Rasulullah S.A.W juga melihat satu golongan manusia yang mengerat daging rusuk mereka lalu menyumbatkannya ke dalam mulut mereka sendiri. Mereka adalah pengumpat dan penghina.
Dlm Kitab Nasaihul Ibad, Syeikh Nawawi Al-Bantani, Nabi S.A.W bersabda, “Solat itu tiang agama sedangkan diam itu lebih utama, Sedekah itu dapat memadamkan murka Allah sedangkan diam itu lebih utama, Puasa itu benteng neraka sedangkan diam itu lebih utama, Jihad itu adalah puncak agama sedangkan diam itu lebih utama”.
Sabda Nabi S.A.W lagi, “Bila pagi telah tiba, seluruh anggota badan Anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya akan berkata, hendaklah engkau wahai lidah bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini anggota badan tergantung kepada mu. Jika engkau lurus maka luruslah kami dan jika bengkok maka bengkok lah kami (HR Tarmizi).
Maka dengan itu, peliharalah lidah (lisan) dengan berkata benar atau berdiam diri. Di dunia ini kerana dua sikap inilah dapat memelihara diri dari dicampakkan Allah ke dalam api neraka. Sama ada Allah mengampunkan dosa, Allah tidak menjaminkan syurganya (dosa yang tidak dimaafkan sesama manusia), dosa mengumpat (ghibah) dan dosa memfitnah atau Allah mengampunkan dosa, Allah menjaminkan syurga Nya (dosa kepada Allah yang diampunkan Nya) kerana pada hakikatnya, “Diam adalah ibadah tingkat tinggi” (HR Ad-Dailami dari Abu Hurairah). Kerana “amal yang paling dicintai Allah S.W.T ialah menjaga lisan”. (HR Baihaqi).
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment