Thursday, March 13, 2014

UJIAN HIDUP

Hidup ini sememangnya penuh dengan ujian, Siapakah kita sebagai Hamba Allah untuk mempertikaikan Ujian yang diberikan Allah. Jangan sesekali bertanya pada diri atau Siapapun Mengapa dan Kenapa aku diuji. 

Ianya seolah kita mempertikaikan Takdir Allah buat kita. Bukan kita saja diuji, Siapapun akan diuji Hatta Nabi sekalipun, Allah menguji kita sesuai dengan tahap kemampuan kita, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, DIA tidak akan sesekali menguji Hamba-Nya di luar Kemampuan kita. 

Tapi Bezanya adalah cara kita memandang ujian itu dengan sudut apa. Maka bila berlakunya sebarang ujian ataupun musibah, Pandanglah Allah di setiap segala sesuatu yang terjadi. Tidak ada yang terjadi melainkan ada hikmah dan pelajaran yang boleh kita ambil. 

Jangan menyangka jika kita diuji, Allah tidak sayang kita. Lihat saja kehidupan Firaun dan qarun Allah berikan dia kesenangan dunia tapi dia tidak beriman dan dilaknat Allah. Lihat saja kehidupan LGBT hari ini. Mereka hidup mewah bukan kerana Allah redha tetapi kerana Rezeki itu adalah ISTIDRAJ. 

Kemewahan dan Kekayaan bukanlah hakikat Rezeki. Rezeki itu meluas. Di dalam Al-Quran sudah dinyatakan Tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuj dan jangan sesekali kita beramal kerana mahukan kesenangan dunia. Lakukan lah Amal kerana Rasa Kehambaan Diri. 

Allah Maha Mengetahui, Allah Sebaik-baik Perancang. Boleh jadi sesuatu yang buruk itu baik untuk kita dan Boleh jadi sesuatu yang baik itu buruk Buat kita. 

Roh, Jasad, Nyawa, Nafas, Ibu Bapa, Suami, Isteri, Anak, Keluarga, Sahabat, Pekerjaan, Harta, Kesihatan, Kebahagiaan. Semuanya Milik Allah Belaka. Mana ada milik kita. 

Ada Yang Diuji Dengan Kemiskinan.
Ada Yang Diuji Dengan Kekayaan.
Ada Yang Diuji Dengan Ilmu.
Ada Yang Diuji Dengan Akhlak.
Ada Yang Diuji Dengan Amalan.
Ada Yang Diuji Dengan Pasangan.
Ada Yang Diuji Dengan Anak Anak.
Ada Yang Diuji Dengan Pekerjaan.
Ada Yang Diuji Dengan Kasih Sayang. 
Ada Yang Diuji Dengan Kesihatan. 

Setiap ujian sudah ada jawapan penyelesaian di dalan Al-Quran. Setiap Ujian dan Musibah Nabi kita dahulu sudah melaluinya. Jalan, Usaha dan Doa setiap Nabi yang diceritakan ialah jalan penyelesaian utk panduan kita. Baca dan fahami Al-Quran. 

Jangan sekadar membaca dengan lenggok dan alunan suara yang merdu, Al-Quran itu adalah panduan bukan sekadar bacaan tanpa memahami isi kandungannya. Segala Jawapan yang kita perlukan ada di dalam mukjizat Rasulullah saw iaitu mukjizat Teragung "Al-Quran".

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment