Saturday, January 16, 2010

KENAPA BUAYA SUNGAI PAHANG TIDAK GANGGU ORANG?

Pernah melihat kelibat Buaya Sungai Pahang?

Setiap saban tahun akan ada sahaja berita korban buaya terutamanya di borneo. Tetapi sebaliknya dengan buaya di sungai Pahang.

Pernah tak kita semua terfikir, sejak dari dulu hingga kini sungai Pahang sentiasa dikunjungi orang ramai terutama bila tiba musim kemarau, siap mereka semua berpesta cari etok-etok di air yang cetek. Memang ramai netizen yang terserempak buaya di sungai pahang tapi buaya tersebut tak mengganggu orang.

Kalau zaman dahulu, memang banyak buaya boleh ditemui di sungai-sungai di Pahang. Misalnya, buaya di sungai Triang, saiznya MasyaAllah amatlah besar, tapi yang paling menghairankan, ia tak menganggu dan membaham manusia. Bukan buaya di sungai Pahang tak suka makan daging orang, cume buaya-buaya ini sebenarnye telah di larang keras sama sekali untuk memakan orang (dengan izin Allah)

Siapakah yang melarang buaya tersebut dari membaham penduduk yang turun ke sungai di Pahang?? Adakah ia kebetulan atau….Wallahua'lam.

Kehebatan ilmu orang dahulu kala dalam bab mistik dan paranormal adalah amat menakjubkan. Misalnya dalam zaman peperangan jepun dan komunis. kisah kehebatan pawang-pawang tidak dapat disangkal lagi. Pawang Kader, seorang tokoh yang disegani, namanye amat dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera, Temerloh, Jerantut dan lain-lain.

Pawang Haji Kader bin haji Awang.

Nama diberi Haji Abdul Kader bin Haji Awang manakala ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Beliau dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh atauBera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Dari cerite lisan, beliau adalah seorang pawang besar di Pahang.

Kebolehannye dalam menjinakkan dan mengarahkan buaya-buaya di Pahang adalah amat diluar logik akal manusia. Jasa beliau turut besar dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang. malah penglibatan beliau tidak dapat disangkalkan lagi.

Pernah terjadi ada seorang orang asli di Tasik Chini telah dibaham buaya dan sempat menyelamatkan diri, kemudian pawang kader telah memanggil buaya itu (dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum buaya tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia. Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu, termasuklah mangsa yang digigit buaya tersebut.

Nama-nama seperti Pawang Kader, Pawang Nong, Pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain. Tetapi jasa mereka kepada agama dan bangsa MELAYU terutamanya tak sepatutnye kite lupekan. Kisah mereka juga patut dibukukan supaye nama-nama mereka terus segar dalam ingatan sebagai orang-orang yang pernah berjasa kepada kita.

Semoga Allah tempatkan mereka-mereka semua ini bersama orang-orang yang beramal soleh dan mendapat rahmat Allah hingga ke hari kiamat. Sama-sama kita hadiahkan Al fatehah buat roh mereka.

Bissirril Al-Fatihah

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment