Saturday, January 16, 2010

MUSUH DALAM SELIMUT

Mengapa ramai yang cuba memburukkan Raja-raja Melayu dari dahulu hingga sekarang dan tidak kurang juga yang pertikaikan kuasa Raja Melayu? Seperti yang kalian ketahui Kesultanan Raja-raja Melayu sekarang yang masih kekal hanyalah di Malaysia dan Brunei. 

Kita bertuah sebenarnya kerana mempunyai “Perlembagaan". Dengan adanya Perlembagaan mereka tidak boleh berbuat apa, namun mereka takkan mudah berputus asa. Jarum-jarum halus yang sedang dicucuk di negara ini adalah perancangan jahat Dajjal dan tangan-tangan ghaib yang ribuan tahun membuat rencana untuk meruntuhkan sistem Raja-raja di Tanah Melayu ini.

Kalian patut berbangga berapa ramai musuh-musuh kita semenjak dahulu cuba menghapuskan Raja-raja Melayu, tetapi ianya tidak semudah ABC. Kita mempunyai ramai pejuang Tauhid dan para Ulama hakikat serta para Waliyullah yang sentiasa melindungi Alam Melayu dan tidak pernah lari walaupun kalah dalam perang. Sebab itulah orang luar gelar kita sebagai Bangsa yang DEGIL! Degil kenapa? Sebab terlalu degil berpegang dengan Islam dan Raja-raja Melayu. 

Kalau kalian jenis mengkaji sejarah pasti kalian akan jumpa Hint. Bagaimana agenda mereka di Tanah Melayu. Tapi sayang Melayu kini semakin sayu tidak seperti dulu, Melayu akan kuat bila kembali ke akar Tauhid dan gandingan umara dan para ulama seperti di era Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu. Mereka langsung tidak berani selagi Tokku Paloh masih hidup, manakala Sultan pula senantiasa merujuk pada Ulama Hakikat. 

Jadi seperti yang saya katakan mereka takkan berputus asa dan mereka terus merancang untuk meruntuhkan sistem beraja, mereka memperkenalkan demokrasi berparlimen, namun mereka masih lagi tidak mampu membuang terus kuasa raja-raja kerana sistem kita di Malaysia ada raja berpelembagaan. Strategi kedua ialah dengan membuat dan mencipta persepsi negatif terhadap Raja-Raja dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memanipulasikan banyak perkara. 

Para ahli politik pembangkang juga menyerang institusi Raja dan hak-hak keistimewaan Raja dan orang Melayu. Semakin hari rakyat mulai membenci Raja, itulah yang mereka mahu! Sepertimana yang kita lihat hari ini! Faktor sampingan lain seperti perebutan takhta, terlibat dengan skandal tertentu, pembaziran dan sebagainya oleh anak-anak Raja sendiri menambahkan lagi api kebencian rakyat kepada Raja dan rakyat mulai hilang rasa hormat dan mulai menjauhi Raja.

Untuk menghancurkan Daulat Raja, Ulamak tulen bertaraf wali berfahaman ahli Sunnah WalJamah yang selama ini menasihati raja dalam banyak perkara terutamanya hal-hal agama menjadi bertambah sedikit dan telah digantikan dengan Ulamak berfahaman WAHABI. 

Fahaman Wahhabi ciptaan gandingan Dajjal-The Hidden Hand telah berjaya menghancurkan kekuasaan para Syarif Mekah dan keturunan ahlul bait lalu mengangkat Bani Saud menjadi raja boneka mereka sehingga kini. Di Negara ini, apa yang membimbangkan kita ialah bila Ulamak Wahhabi akan mempengaruhi istana dan secara tidak langsung, rakyat akan diwahabikan secara tidak sedar. Maka Daulat Raja akan luntur dan hilang sirnanya!

Sebab itulah saya terus menerus kongsi pasal sejarah! Saya nak anak bangsa hari ini kenal sejarah, kenal siapa musuh mereka sebenarnya, kenal siapa ulama yang boleh pakai! Kalau saya sebut nama-nama ulama wahabi kat Malaysia ni, pasti saya kena hentam. Sebab pengikut mereka semakin ramai. Sepertimana yang saya katakan, mereka tidak sedar mereka telah mengikut telunjuk dan menjadikan wahabi sebagai rujukan. Yang Haq dikata bathil, yang Bathil dikata Haq! 

Perkara ni benar-benar merisaukan saya. Mereka berpegang kuat pada Islam tapi sayang Akidah mereka lari dari landasan akidah yang Haq. Jadi mereka berjuang konon atas nama Islam, maka timbullah wahabi ekstrimis! Seperti di Arab Saudi yang mengancurkan makam Keluarga Nabi dan membunuh keluarga Nabi, tapi Allah itu Maha Kuasa keturunan Rasulullah S.A.W bertebaran di Alam Melayu ataupun Nusantara. Termasuk para Ulama dan Raja-raja Melayu yang mempunyai salasilah sehingga Rasulullah S.A.W. 

Satu perkara yang saya selalu kecewa bila ada orang Melayu yang mengaku dan tidak berbangga menjadi Melayu. Dikatanya bangsanya sendiri lemah sedangkan dia yang buta sejarah! Ini adalah satu kebodohan sehingga mereka lupa apa yang ditakrifkan dengan Melayu itu sendiri. Ia bukan sahaja mentakrifkan bangsa sahaja tetapi mencakupi agama Islam. Jika mereka tidak merasa bangga menjadi Melayu, bermakna tanpa sedar dia tidak berbangga menjadi seorang muslim, Sebab apa? Sebab syarat Melayu adalah Islam. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Jadi mereka bangga menjadi apa? Jadi Wahabi? Jadi balaci DAP? Jadi Pengkhianat? Jadi Boneka Freemason? 

Tolonglah anak-anak bangsaku, sedarlah! Pelajarilah sejarah kita, Kenalilah diri sendiri! Belajarlah sifat 20 Allah, belajarlah mendalami Ilmu Tauhid dan Tasawuf. Jangan biarkan diri kalian menjadi boneka yang menghancurkan bangsa dan agamanya sendiri tanpa sedar. Ambil iktibar dan pelajaran dari sejarah Keruntuhan Turki Uthmaniyyah. Belajar dari Keruntuhan Institusi Kesultanan Melayu di Indonesia. Teguhkan Akidah masing-masing. Berpegang teguh pada akidah ahli sunnah wal Jama'ah. Jangan terpedaya dengan mereka yang menyamar Ahli Sunnah yang sibuk kafirkan dan bidaahkan orang-orang kita. Waspadalah dengan mereka.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment