Saturday, January 16, 2010

PERINGATAN UNTUK ORANG MELAYU

Orang Melayu jangan hanya ghairah membaca sejarah dan kehebatan ilmu orang melayu terdahulu. Jangan hanya semangat tahi-tahi ayam, tapi persiapan diri sendiri dari segi jasmani dan rohani tiada. Bila disuruh belajar ilmu pertahanan diri malas. Bila disuruh membersihkan diri dari sifat keji malas. Bila disuruh kukuhkan Tauhid dan luruskan akidah buat tak tahu je.

Biasanya orang seperti inilah dahulu yang menjadi “Tali Barut”. Membaca sejarah melayu memang elok untuk menaikkan semangat dan jatidiri sebagai seorang melayu. Saya bukannya saja-saja menulis dan menyebarkan sejarah dan kehebatan orang melayu melainkan saya berharap agar kalian kenal sejarah, agar jatidiri kalian sebagai seorang berbangsa melayu teguh, agar anak-anak bangsa hari ini tidak leka dengan hiburan yang disajikan illuminati, agar kalian tidak menjadi pengkhianat satu hari nanti. 

Sejarah kehebatan tok nenek moyang kita bukan sekadar dibaca dan dimegahkan tetapi kita juga harus mengambil jalan yang sama seperti mereka, mencari dan menuntut ilmu, belajar kenal diri dan menundukkan nafsu, belajar untuk menggunakan senjata, belajar untuk memanfaatkan segala energi alam yang ada, belajar untuk mengenal dan mengolah nafas, belajar untuk memulangkan sifat wujud kepada empunya sifat, belajar untuk menghapuskan segala sifat keakuan yang membinasakan diri dan lain-lainnya. 

Kita tak boleh hanya mengharapkan bantuan orang lain untuk melindungi diri dan keluarga kita. Kita juga patut menjadi orang yang membantu saudara yang lain. Jadilah orang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air. Jangan jadi orang yang hanya mementingkan keselamatan diri sendiri. Para pejuang kita dahulu tinggal anak bini untuk melindungi agama kita, melindungi tanah air dan keturunan kita. 

Kualiti sememangnya lebih penting daripada kuantiti, tetapi alangkah lebih baiknya jika kita menjadi berkualiti untuk menambahkan kuantiti para pejuang yang sedia mengorbankan nyawa. Sekurang-kurangnya kita berjasa dan menjadi kebanggaan dan ikutan pada anak cucu cicit kita kelak. Ingat pesanan saya ni terutamanya orang lelaki, jangan buat malu sedangkan nenek moyang kita pun persiapan diri turun perang dan korbankan nyawa, takkan kita yang lelaki ni pula duduk kat rumah jaga anak dan isteri yang pergi berjuang? Sedangkan dah ramai pejuang wanita semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi. So Fikir-fikirkanlah ye kaum adam. 

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment