Saturday, January 16, 2010

TRADISI SEBENAR ORANG MELAYU SAMBUT MALAM RAYA

Tahukah anda, di Perak ada satu kampung yang terletak di bandar Kuala Kangsar. Nama kampung tu Kampung Talang. Setiap tahun di kampung tu wajib ada pesta bermain meriam pada malam raya setiap tahun yang lebih dikenali sebagai Meriam Talang. Di kampung Talang pesta meriam adalah satu acara tradisi yang diwajibkan semenjak 1937. Pada asalnya hanya meriam buluh, tapi semenjak 1970-an dah ditukar menggunakan meriam besi. 

Nama Meriam Talang diberi sempena nama Kampung Talang, Kuala Kangsar Perak. Kampung Talang pulak terbahagi kepada lima bahagian iaitu Talang Hulu, Talang Hilir, Talang Tengah, Talang Masjid dan Talang Changkat. Jadi setiap malam raya akan ada 5-6 pasukan meriam setiap kampung berentap menghasilkan bunyi siapa paling kuat. Tiap pasukan siap ada kapten untuk bagi arahan. Diorang akan mula main dari jam 10 sampai subuh. Masing-masing pasukan bawak karbait dalam 30kg. 

Disebabkan tradisi permainan meriam dilakukan setiap tahun sejak 1930-an lagi, lalu penduduk kampung Talang dah capai satu kata sepakat yang aktiviti main meriam taklah mengganggu ketenteraman penduduk, jadi maknanya penduduk Kampung Talang siap bagi restu lagi untuk aktiviti main meriam ni. Diorang dah tak kisah walaupun bunyi meriam tu bukan calang-calang bunyi dia, dah macam zaman perang. Dan sekitar tahun 1960-an diorang siap mintak kebenaran pada pihak berkuasa untuk main setiap tahun malam raya.

Sebenarnya memang seperti inilah sebetulnya orang melayu dulu sambut malam raya, tapi lama kelamaan tradisi pesta meriam ni dah ditelan zaman. Tak banyak kampung yang masih amalkan tradisi ni, Kampung siapa ada tradisi macam ni lagi?

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment