Thursday, January 5, 2012

AMALAN AGAR DIJAGA MALAIKAT SEMASA TIDUR


Ia adalah amalam Melayu lama jenis “isim seruan” juga dikategorikan sbg amalan jenis berkhadam ataupun bergimbar secara terus. Walaupun begitu, kebanyakkan org tidak akan dapat melihatnya kecuali org2 yg ada mengamalkan amalan2 pandangan makrifat atau pendangan tembus mata. 

Cara amalannya. Ia diamalkan semasa ingin tidur malam. Sebelum tidur sebaiknya berwudhuk kemudian bacalah isim seruan berikut secara jelas di lidah, bukan di hati. 

“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, YA QAIHAK ALAIHISSALAM! YA QAIHAK ALAIHISSALAM! YA QAIHAK ALAIHISSALAM!” 

Setelah membacanya sebanyak 3x kemudian sampaikan hajat dan keinginan kita contohnya 

“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, YA QAIHAK ALAIHISSALAM! YA QAIHAK ALAIHISSALAM! YA QAIHAK ALAIHISSALAM! ENGKAU GERAKKAN AKU PADA AWAL SUBUH PADA JAM 5 PAGI” ataupun begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, YA QAIHAK ALAIHISSALAM! YA QAIHAK ALAIHISSALAM! YA QAIHAK ALAIHISSALAM! ENGKAU TOLONG GERAKKAN AKU SEKIRANYA SESUATU YG BOLEH MEMUDARATKAN BAKAL TERJADI KEPADAKU, KELUARGAKU, RUMAHKU ATAU HARTA BENDAKU SEMASA AKU SEDANG TIDUR”. 

Amalan ini perlu diserasikan terlebih dahulu agar dia menjadi amalan darah daging kita. Caranya spt berikut. Sebelum tidur malam pasti kita tidak berhadas besar. Ambil wudhuk dan solat hajat 2 rakaat. Berdoalah agar amalan tersebut makbul dan kemudian berbaringlah utk tidur dan ucapkan isim seruan tadi sebanyak 3x bersama2 hajat kita. Lakukan sekurang2nya 40 mlm berturut2 agar amalan ini sebati dgn kita. Kita akan terbangun sepertimana yg kita hajatkan. Setelah 40 mlm mengamalkannya barulah boleh menyampaikan hajat yg lain pula. 

Sama ada yg sukar ataupun yg mudah sekalipun utk menghalau nyamuk semasa tidur. Jika yakin seekor nyamuk pun tidak menganggu walaupun tidak berkelambu. Apa lagi  sesuatu yg merbahaya spt gangguan haiwan berbisa, gangguan makhluk ghaib, risiko kebakaran, kecurian dll sesuai dgn hajat kita. Jika tiba2 kita terbangun semasa tidur, fahamlah bahawa ada sesuatu yg tidak kena, silakan diperiksa. 

Peringatan. Di sepanjang amalan ini, kita mungkin digerakkan semasa tibanya waktu solat subuh walaupun itu bukan hajat yg kita sampaikan pada malam itu. Bangunlah utk solat subuh. Jika telah berkali2 digerakkan utk solat subuh tetapi anda mengabaikannya, jadi hubungan kita dgn ‘penjaga’ tersebut mungkin tidak seerat yg diharapkan. Jangan hairan selepas itu nanti, amalan ini beransur2 meninggalkan kita.

No comments:

Post a Comment