Thursday, January 5, 2012

ILMU PENGASIH MELALUI HADIAH/PEMBERIAN


Bacaan amalan ini berbunyi begini 

“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WALAQAD FATANNA SULAIMANA WAALQAINA ‘ALA KURSIYIHI JASADAN TSUMMA ANAAB (Dan sesungguhnya Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dgn satu kejadian) dan Kami letakkan di atas tahta kebesarannya satu jasad, kemudian ia kembali (merayu kpd Kami): QS As-Saad:34)”.


Ianya adalah sepotong ayat Al-Quran. Beberapa tafsiran berbeza ttg ayat ini dan ini adalah salah satu dpdnya. Kisah cicin Nabi Sulaiman as yg hilang. Wahab bin Munabbih mengatakan, Baginda as sentiasa memakai cincin dijarinya, tidak pernah melepaskannya siang dan malam kecuali jika ingin memasukki kamar mandi (tandas).  Apb masuk ke tandas, Baginda as menanggalkannya dan memberikan kpd seorang hamba sahaya wanita yg paling dipercayai. Pada cincin tersebut tertulis Ismul Azam (nama Allah Yang Maha Agung). 

Pada suatu ketika, Baginda as menanggalkan dan memberikan cincin tersebut kpd hamba sahaya tadi kerana ingin masuk ke tandas. Tidak lama selepas itu, keluarlah jin ifrit yg menyamarkan diri spt Baginda as dan meminta diserahkan cincintersebut. Hamba sahaya tidak meraguinya lalu menyerahkan cincin itu. Setelah menganakan pakaian kebesaran, jin ifrit itu lalu duduk di tahta kerajaan. Tatkala Baginda as keluar dari tandas, Baginda as meminta cincinnya dari si hamba sahaya. Si hamba sahaya memandang Baginda as dan melihat rupa Baginda as telah berubah. Kemudian dia bertanya “Kamu siapa?”.  Baginda menjawab “Aku adalah Sulaiman bin Daud”. Si hamba sahaya berkata, “Sulaiman telah mengambil cincinnya lalu pergi dan duduk di atas tahtanya. 

Mendengar itu, tahulah Baginda as bahawa jin ifrit telah memperdayakan si hamba sahaya lalu mengambil cincin darinya. Baginda as lari ke padang pasir dan tempat yg sunyi. Apb berasa lapar, dahaga, kadang2 Baginda as meminta kpd org di sekitar utk memberikan makanan. Baginda as berkata, “Aku adalah Sulaiman bin Daud” tetapi org2 di sekitar tidak mempercayainya. Baginda as menjalani keadaan spt itu selama 40 hari dgn perut lapar, baju lusuh dan tidak bertutup kepala. Selanjutnya Baginda as dtg ke sebuah pantai, melihat sejumlah nelayan, menemani mereka dan bekerja bersama mereka. 

Pada ketika itu Asif bin Barkhiya berkata, “Wahai Bani Israel, sesungguhnya cincin Sulaiman as telah dicuri oleh jin Ifrit. Sulaiman as sendiri telah melarikan diri jauh dari kita. Tatkala jin Ifrit mendengar perkataan itu, dia lari menuju ke laut dan cincin tersebut dilemparkan ke laut. Cincin itu telah ditelah oleh seekor ikan. Baginda as telah diperintahkan oleh Allah swt utk memburu ikan tersebut dan akhirnya Baginda as menemukan ikan tersebut, membelah perutnya dan ternyata ada cincin di dalamnya. Diambil cincin itu dan disarungkan semula ke jarinya. Baginda as bersujud bersyukur kpd Allah swt lalu kembali ke tahta kerajaannya. Sebentuk cincin dan sebuah kerajaan yg agung merupakan suatu hadiah dan pemberian dpd Allah kpd Baginda as. 

Cara melakukan amalan ini (Pengasih melalui Hadiah) adalah spt ini. 

(1). Sbg pengasih khusus yg ditujukan utk seseorang yg disukai. 

(i). Niatkan dlm hati agar org tersebut menjadi kasih sayang terhadap kita apb menerima hadiah (pemberian) dpd kita nanti (spt bunga, kad ucapan, pakaian, cincin dsb). 

(ii). Bacakan ayat tadi sebanyak 7x dan  tiupkan sehabis nafas pada hadiah tersebut. 

(2). Sbg pemanis (pengasihan umum). 

(i). Niatkan di dlm hati agar menjadi kasih sayang masyarakat kpd kita apb menerima sesuatu yg kita hulurkan kpd mereka. 

(ii). Bacakan 7x ayat tersebut dan tiupkan sehabis nafas pada hadiah atau pemberian tersebut sebelum memberinya. 

(iii). Amalan ini juga boleh dibacakan pada minyak wangi, bedak, lipstik atau lain2nya. Mudah2an akan wujud rasa senang dan kasih org di sekeliling apb menghidu haruman, memandang atau mendekali kita. Bacakan 3x pada bahan2 tadi dan niatkan di hati. 

Amalan ini adalah ringan namun mustajab bagi pengamalnya. Ini kerana sebelum diamalkan pun biasanya telah ada “ikatan semangat” di antara pengamal dan org yg dikehendakkinya atau dgn masyarakat di sekitarnya. Apalagi sekiranya pengamal merupakan org yg mustajab amalan dan makbul doanya (mencapai sekurang2nya tingkat 4 ruh manusia - ruh tenang), tentu akan menjadi lebih mudah lagi. 

Kesan2 amalan ini diantaranya adalah spt berikut. 

(1). Wajah kita menjadi bercahaya di mata masyarakat atau org2 yg mendapat pemberian dpd kita. Akan wujud tenang dan rasa sayang terhadap kita di hati mereka. 

(2). Org tersebut akan sukar menjadi marah apb memandang, akan lembut hatinya, sejuk dan lapang dadanya, reda perasaan marahnya jika ada. Tuturkata akan berubah menjadi sopan terhadap kita. 

(3) Org tersebut akan suka memandang kita, apalagi jika amalan tadi dikhususkan utk seseorg yg kita suka. Org itu akan mudah mesra dan terpikat hatinya, menjadi cinta kasih kpd kita. Serba serbi berkaitan kita menjadi baik pada pandangan matanya. 

(4). Pengamalnya akan mudah menjadi sahabat kpd org lain (terutama org2 yg menerima pemberian kita, menghidu wangian atau memandang kita). Mereka akan tertarik dgn sopan santun pengamalnya, seri pada wajah, manis senyumannya dll. Org akan mudah ingin menekati dan bersahabat. 

No comments:

Post a Comment