Hobi memancing ada adab, petua, pantang larangnya agar tidak pulang dgn tangan kosong. Amalan ini dibahagikan kpd 5 langkah. Setiap langkah dipanggil “adab”. Dlm setiap adab pula ada amalan2, doa, petua atau pantang larang tertentu yg khusus. Lima langkah (adab) memancing adalah Adab Berniat, Adab Bersedia, Adab Melangkah, Adab Mengumpan, Adab Bermenung dan Adab Beroleh.
(1). ADAB BERNIAT: Ianya tertumpu pada niat seseorang pemancing. Ada yg menjadikan memancing sebagai sumber rezeki keluarga sepenuh masa. Ada yg menjadikannya kerja sambilan di hujung minggu utk menambah menu harian atau utk diniagakan. Malah ada juga memancing utk suka suka memenuhi masa lapang bersama rakan2 pemancing. Apa pun juga sbbnya jadikan ia suatu niat yg menuju kebaikkan dan “lillahi taala”.
Contoh niat yg baik adalah agar dapat memberi makan anak isteriku lillahi taala, aku ingin memancing agat bertambah pendapatan keluargaku lillahi taala, aku ingin memancing agar dapat disedekahkan hasilnya nanti lillahi taala dsb. Elakkan niat yg kurang baik spt memancing supaya banyak ikan hiasan di akurium, agar mereka tahu aku handal memancing, utk hilangkan bosan di rumah dll. Setelah betulkan niat utk kebaikkan dan lillahi taala, kita lanjutkan langkah adab ke dua.
(2). ADAB BERSEDIA: Langkah kedua ini menumpi pada ketika persediaan sebelum urusan memancing dilakukan. Ada doa dibacakan pada langkah ini. Ia dinamakan “Doa Memancing Nabi Sulaiman” kerana doa inilah yg dibacakan semasa memancing atau memburu seekor ikan yg menelan cincin Baginda setelah dicampakkan oleh jin ifrit ke laut (yg menyamar) ketika melarikan diri.
Doa memancing Nabi Sulaiman berbunyi begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, QALA RABBIGHFIRLI WAHABLI MULKALL LA YAMBAGHI LIAHADIM MIM BA’ DII, INNAKA ANTAL WAHHAAB” (Ia berkata “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerakanlah kepadaku kerajaan yg tidak dimilikki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi. QS Saad:35).
Bacakan doa ini 3x semasa mula utk membuat persediaan peralatan keperluan memancing atau memukat atau menangkap ikan. Berikut pula petua2 yg harus diikuti pada langkah kedua ini.
(a). Mulakan setiap sesuatu dgn Bismillah.
(b). Jgn melangkah batang pancing sesuka hati.
(c). Tidak digalakkan membawa kaki pancing yg panas baran mahupun bermulut celupar.
(d). Jika ada anak atau isteri yg kurang sihat, jiran tetangga yg tenat atau kematian, batalkan rancangan memancing itu.
(e). Memakai cincin berbatu selalunya dilarang oleh org2 tua kaki pancing namun saya menggalakkan memakai cincin berbatu yg mengandungi unsir “air” di dalamnya spt aquamarine, batu embun, moon stone, coral dan opal. Tenang adalah satu elemen di dlmnya. Doa Nabi Sulaiman juga boleh ditulis dan diselitkan di bawah batu cincin tersebut (jika mahu). Elakkan cincin berbatu jenis lain (yg kekurangan unsur air atau elemen tenang) spt delima, zamrud, nilam, garnet, tourmaline, citrine, topaz dll.
(f). Jika ada si isteri atau saudara mara yg mengandung atau mengidam sesuatu, rahsiakan aktiviti memancing tersebut. Ini pantangan yg paling ditakuti oleh pemancing atau nelayan veteran. Ia boleh mempengaruhi keseluruhan aktiviti memancing nantinya. Ketenangan dan kesabaran dlm memancing akan bertukar menjadi kegelisahan, tak sabar, tergopoh gapah dan kelam kabut. Setelah memperhatikan semua perkara ini baru lah diteruskan langkah ketiga.
(3). ADAB MELANGKAH: Langkah ini menumpu ketika kita berangkat dari rumah menuju ke tempat memancing ke perahu, bot atau kapal nelayan. Ada doa dibacakan pada langkah ini. Ia dinamakan “Doa Memancing Nabi Khidir”.
Bacaannya berbunyi begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, ALLAHUMMA INNI AS ALUKA AN TAR ZUQONI RIZQAN HALALAN WASI’AN THOYYIBAN MIN GHAIRI TA’ABIN WALA MASYAQQATIN WALA DHOIRIN WALA NASHABIN, INNAKA ‘ALA KULLI SYAIIN QADIR” (Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar diberikan rezeki yg halal, luas, baik tanpa kesukaran, tanpa kemelaratan dan tanpa keberatan. Sesungguhnya Engkaulah yg berkuasa ke atas segala sesuatu).
Bacakan doa ini 3x semasa mula melangkah atau berangkat menuju ke tempat memancing, ke perahu, bot atau kapal nelayan. Berikut adalah petua2 yg harus diikuti pada langkah ini.
(a). Mulakan setiap sesuatu dgn Bismillah termasuk ketika melangkah keluar rumah.
(b). Mulakan melangkah keluar rumah dgn kaki sebelah kanan.
(c). Berzikirlah selalu di dlm hati agar perjalanan mencari rezeki menjadi berkat. Setelah membaca doa dan melakukan di atas tadi, lanjutkan dgn langkah (adab) yg ke empat.
(4). ADAB MENGUMPAN: Langkah ini menumpu pada ketika kita memasang umpan di mata kail. Ada ayat yg harus dibacakan pada langkah ini (semasa memasang umpan ke mata kail).
Bacaannya berbunyi begini: “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WAHUWALLAZI SAKH-KHARAL BAHRA LITA KULU MINHU LAHMAN THARIYYAU WATASTAKHRIJU, MINHU HILYATAN TALBASUNAHA. WATARAL FULKA MAWAKHIRA FIIHI WA LI TABTAGHU MIN FADHLIH, WA LA’ALLAKUM TASYKURUN” (Dan Dialah Allah yg menundukkan lautan (utkmu), agar kamu dapat memakan dpdnya daging yg segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yg kamu pakai dan kamu melihat bahtera belayar padanya dan supaya mencari (keuntungan atau rezeki) dari kurniaNya dan supaya kamu bersyukur: QS An-Nahl:14).
Bacakan satu kali (sekurang2nya) semasa memegang umpan ke mata kail kemudian ludahkan pada umpan tersebut tadi (mengikut petua org tua2) kemudian barulah lemparkan ke sungai, tasik, kolam atau laut. Petua2 yg harus diikuti pada langkah ke 4 ini adalah.
(a). Mulakan memasang umpan dgn Bismillah.
(b). Jgn melangkah atau memijak batang pancing sesuka hati.
(c). Jgn bercakap banyak atau bermulut celupar, menyanyi2 atau bergurau senda. Diam saja atau berzikir dlm hati lebih baik. Setelah itu lanjutkan dgn langah ke lima.
(5). ADAB BERMENUNG: Langkah ini menumpu pada tempoh menunggu sebelum kail mengena atau umpan disambar ikan. Ada ayat yg harus dijadikan zikir (diucap berulang2 dlm hati) pada tempoh ini. Ayatnya ialah “BISMILLAHHIRRAHMANNIR RAHIM, INNAKA ANTAL WAAHHAB” (Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi: QS Saad:35… potongan terakhir ayat tersebut). Jika kita lihat, ia adalah potongan terakhir Doa Memancing Nabi Sulaiman as sebelum ini. Di dalamnya terdapat sebuah isim “Al-Wahhaab) (Allah Yang Maha Pemberi). Zikirkan ia, insyaAllah akan mendekat ikan2 yg berada di sekitar dgn izinNya. Petua2 yg harus diikuti pada langkah ini adalah
(a). Tetapkan berzikir di dlm hati (innaka antal wahaab).
(b). Jgn bercakap banyak, bermulut celupar, menyumpah2, menyanyi2, menjerit2 memanggil ikan dll. Tutup mulut dan berzikir dlm hati.
(c). Zikir akan menenangkan hati.
(d). Jgn mengeluh.
(e). Jika ada kawan memancing yg berperangai buruk, membuat bising, celupar dsb, jgn lagi memancing bersama dia. Ikan akan menjauh.
(f). Jgn menjuntaikan kaki ke laut dan bermain2 dgn air di permukaan laut. Itu dilarang. Begitu juga di sungai, tasik dll.
(g). Jgn membuang sisa makanan terus ke laut atau sungai, simpanlah ke dalam beg plastik dan buang ke tempat lain.
(h). Jgn membuang air terus ke laut atau sungai. Pergilah ke tempat yg sesuai dahulu spt di tepi pokok atau ke dalm bekas (atas sampan), kemudian barulah membuangnya.
(i). Jgn menanggalkan kasut semasa memancing.
(6). ADAB BEROLEH: Langkah ini menumpu pada ketika dimana umpan telah disambar oleh ikan, kail telah mengena. Sehinggalah ikan tersebut dinaikkan ke perahu atau kapal atau dimasukkan ke dlm bekas (mengail di sungai).
(a). Ucapkan “Alhamdulillah” berulang2 di dlm hati. Jgn juga bercakap banyak atau terlalu gembira. Masih panjang lagi perjalanan dlm mengail.
(b). Jangan bercakap yg pelik2 spt “Wahh!! Ini ikan kerapu terbesar sekali”, “Ini 20 kilo ada ni” atau lain2. Banyakkan berdiam dan berzikir dlm hati.
(c). Jgn membanding2kan kehebatan kita dgn rakan2 yg lain, menyombong diri. Menyombong diri atau menganggap diri telalu hebat soal memancing. Ini dilarang, bersyukur pada pemberianNya.
No comments:
Post a Comment