Bacaan amalan ini berbunyi begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, SISIRKU SELEMBAR ANAN, DITARUH ORANG DIBASUH KALIN, MUKAKU SEPERTI BULAN YANG BANGUN DI PADANG, ORANG TIDAK KE LAIN, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Perkataan “anan” bermaksud “awan” sementara “kalin” bermaksud “kali” atau “telaga”. Ianya adalah sejenis jampi yg bermula dgn Bismillah disudahi dgn keberkatan 2 kalimah syahadah sementara ucapan doanya disampaikan dgn cara berkias, punyai maksud tersirat di balik kata2 yg tersurat.
Cara melakukan amalan ini spt berikut.
(1). Sbg pemanis (pengasih umum), bacakan jampi tersebut sebanyak satu atau tiga kali semasa menyikat rambut.
(2). Sbg pengasih khusus (ditujukan utk seseorang yg disukai). Bacakan doa tersebut sebanyak 1x atau 3x semasa menyikat rambut dgn sedikit beza bacaan di mana perkataan “org” yg terakhir digantikan dgn nama org yg kita minati itu.
Amalan ini adalah ringan namun mustajab bagi pengamalnya. Ini kerana sebelum diamalkan pun biasanya telah ada “ikatan semangat” di antara pengamal dan org yg dikehendakkinya atau dgn masyarakat di sekitarnya. Apalagi sekiranya pengamal merupakan org yg mustajab amalan dan makbul doanya (mencapai sekurang2nya tingkat 4 ruh manusia - ruh tenang), tentu akan menjadi lebih mudah lagi.
Kesan2 amalan ini diantaranya adalah spt berikut.
(1). Wajah kita menjadi bercahaya di mata masyarakat atau org2 yg memandang kita. Akan wujud tenang dan rasa sayang terhadap kita di hati mereka.
(2). Org tersebut akan sukar menjadi marah apb memandang, akan lembut hatinya, sejuk dan lapang dadanya, reda perasaan marahnya jika ada. Tuturkata akan berubah menjadi sopan terhadap kita.
(3) Org tersebut akan suka memandang kita, apalagi jika amalan tadi dikhusus kan utk seseorg yg kita suka. Org itu akan mudah mesra dan terpikat hatinya, menjadi cinta kasih kpd kita. Serba serbi berkaitan kita menjadi baik pada pandangan matanya.
(4). Pengamalnya akan mudah menjadi sahabat kpd org lain. Mereka akan tertarik dgn sopan santun pengamalnya, seri pada wajah, manis senyumannya dll. Org akan mudah ingin menekati dan bersahabat.
No comments:
Post a Comment