Thursday, January 5, 2012

ILMU PAGAR LAUT: AMALAN PENJAGA RUMAH


Ilmu ini bertujuan menjaga rumah semasa meninggalkannya. Ianya amalan yg berasaskan kalimah, auay2 tertentu, jampi dan doa. Jika sesebuah rumah yg ditinggalkan telah disimpan amalan ini padanya melalui tatacara khusus, insyaAllah rumah tersebut akan terpelihara dpd sebarang pencerobohan oleh org2 yg berniat jahat dgn izin Allah. Apa jua niat jahat di hati pencerobohnya spt merompak, mencuri, membuat aniaya dan seumpamanya segera terbatal. 

Ini terjadi kerana pandangan mata mereka akan ditutupi oleh amalan tadi (dgn izin Allah). Apa yg mereka nampak adalah mereka sdg berada di sebuah lautan yg luas. Akan berenang2lah mereka di atas lantai rumah kita nanti sehinggalah kita kembali dan mereka dikeluarkan dari rumah kita. Kerana itu tadi lah amalan ini dinamakan Ilmu Pagar Laut. 

Namun harus diingatkan bahawa memaafkan adalah lebih baik dpd menghukum. Maafkanlah sekiranya mereka sedar dan insaf, mudah2an mereka mendapat petunjuk dan tidak mengulangi perbuatan yg serupa. 

Bacaan2 dlm amalan ini adalah spt berikut. 

(1). “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM (1x). 

(2). ASYHADU AN LAAILAAHAILLALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADDUR RASULULLAH (1x). 

(3). SELAWAT NABI (3x). 

(4). AYATUL KURSI (1x). 

(5). Ayat 9, Surah Yassin (Wajalna Mim Baini… yubsiruun) (3x). 

(6). BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALALLAH WALA KHAULAWALA QUWWATA ILLABILLAHIL ‘ALIYIL AZIM” (3x). 

(7). Jampinya berbunyi begini: “INNAHU MIN SULAIMAN, WA INNAHU BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, INI TEMBOK NABI SULAIMAN, LUARNYA KOTA DALAMNYA LAUT, KALAU KAMU PECAH KOTA INI, KAMU AKAN BERENANG DI DALAM LAUT, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH” (1x). 

Bahan2 yg diperlukan pula adalah spt berikut: 

(1).  Paku 4 batang (sebaik2nya paku besar atau paku belian). 

(2). Tukul besi (utk menukul paku kemudiannya). 

(3). Garam kira2 setangah mangkuk kecil. Lakukanlah amalan ini semasa ingin keluar rumah atau berpergian dlm jangka masa yg lama atau sekejap. 

Caranya adalah spt berikut. 

(1). Sebelum keluar rumah, lakukan solat sunat hajat 2 rakaat dan berdoalah agar amalan kita menjadi makbul. 

(2). Setelah itu bacakan 7 bacaan tadi pada 4 batang paku dan setengah mangkuk garam tadi. Tiuplah sehabis nafas pada kedua2nya. 

(3). Setelah menutup segala suis, menutup tingkap2 dan mengunci rapi pintu2, letakkan telapak tangan kanan kita pada pintu depan atau dinding depan rumah tersebut. Kemudian bacakan lagi 7 bacaan tadi dan tiup sehabis nafas ke pintu atau dinding tadi. 

(4). Skrg kita akan memaku 4 penjuru rumah kita (sedikit di luarnya). Bergeraklah dahulu ke penjuru sebelah kanan rumah (dihadapan), kemudian tanamkan paku tadi (1 paku sahaja) dgn menggunakan tukul besi sehingga tenggelam sepenuhnya. Bacakan lagi 7 bacaan tadi dan tiupkan sehabis nafas ke paku tersebut. Selepas itu taburkanlah garam di sekeliling paku tersebut dalam bentuk bulatan, sambil memakrifatkan (membayangkan) bahawa tiang ghaib yg tinggi terbentuk di situ. Garam digunakan juga agar amalan tersebut tidak dapat dipatahkan oleh penceroboh2 yg mungkin memilikki ilmu2 pembatal. 

(5). Teruskan lagi ke penjuru sebelah kiri rumah (di hadapan juga) kemudian tanamkan 1 paku lagi dgn tukul besi sehingga tenggelam sepenuhnya dan lakukan bacaan seperti yg pertama tadi. 

(6). Teruskan lagi ke penjuru sebelah kiri belakang, lakukan yg sama juga sambil memakrifatkan tiang dan tembok ghaib yg tinggi terbentuk di situ. 

(7). Teruskan lagi ke sebelah kanan di belakang rumah (penjuru terakhir dpd 4 penjuru). Lakukan yg sama seperti paku2 yg lain tadi. Di dlm tembk yg terbentuk tadi, makrifatkan sebuah lautan yg luas di dalamnya (di dlm rumah kita). Setelah selesai semuanya, bolehlah kita meninggalkan rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment