Rasa janggal tengok Mekah kosong. Sebenarnya ni bukan pertama kali Mekah dikosongkan kerana wabak penyakit yang boleh membawa maut.
1). Wabak Taun: Terjadi sekitar tahun 1814, dianggarkan sekitar 8.000 orang meninggal dunia akibat wabak thaun di wilayah hijaz.
2). Wabak Hindi: Terjadi sekitar tahun 1831, dianggarkan sekitar 3 atau 4 jemaah haji meninggal dunia akibat wabak hindi yang dipercayai berasal dari india.
3) Wabak Tidak Dikenal Pasti: Terjadi sekitar tahun 1837 dan Tiada Ibadah Haji ketika ini sehingga 1840. Kerana Wabak Ini membawa maut.
4). Wabak Kolera: Terjadi sekitar tahun 1846, Tiada Ibadah Haji pada tahun ini. Dan pada Tahun 1850 dan 1883.
5). Wabak Kolera: Terjadi sekitar tahun 1864, Dianggarkan sekitar 1.000 orang jemaah haji meninggal perhari. Kota Mekah ditutup hingga 1865. Dan sekali lagi pada Tahun 1883.
6). Wabak Kolera: Terjadi sekitar tahun 1892, Tidak dapat dianggarkan kematian sebab terlalu ramai korban nyawa bertambah setiap hari. Wabak ni tersebar hingga ke Arafah dan puncaknya di Mina.
7). Wabak Typus: Terjadi pada tahun 1895, Wabak ini hampir sama dengan demam tifoid atau disentri. Virus diduga bersumber dari kafilah yang datang dari Madinah.
8). Wabak Kolera: Sekali lagi Wabak Kolera tersebar pada Tahun 1920, Pemerintah Arab Saudi melarang siapapun untuk menunaikan ibadah haji. Wabak ni tersebar dari Eropah hingga semenanjung Arab.
9). Wabak Meningtis: Terjadi sekitar tahun 1987, Dianggarkan seramai 10.000 jemaah haji yang terjangkit, Tapi Alhamdulillah tiada kematian.
10). Wabak MERS: Terjadi sekitar tahun 2014, Wabak MERS merebak hingga di Timur Tengah. Sempat diwacanakan untuk menutup sementara kota Mekah ketika itu, Kerana sudah ada kematian seramai 181 orang. Tapi penutupan kota Mekah dibatalkan kerana terjadi wabak ni dapat dikawal dan cegah.
11). Wabak Covid-19: Tahun 2020, Semoga Tahun ini ibadah Haji tidak ditutup disebabkan Wabak ini.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment