Saturday, January 9, 2010

PANGLIMA LIDAH HITAM- BAPA SENI SILAT LINTAU

Panglima Lidah Hitam atau nama sebenarnya Al-Marhum Baginda Zahiruddin berasal dari Padang Pariaman, Minangkabau Pulau Sumatera Indonesia. Makam beliau boleh dijumpai di Kampung Parit Sakai Jalan Joned Muar. 

Pada hadapan makam ini jelas tertulis "PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU DI MALAYA".

Menurut sejarah, beliaulah orang yang pertama memperkenalkan silat Lintau di Sumatera dan seterusnya ke Semenanjung Tanah MELAYU pada abad ke 16.

Menurut ceritanya lagi, dalam perjalanan beliau ke Mekah untuk menunaikan haji, beliau telah singgah di Padang (nama asal kawasan Parit Sakai hingga ke Parit Jamil). Memandangkan cuaca agak buruk dan sementara menantikan angin yang baik beliau singgah agak lama di Padang. 

Di Padang beliau telah ditakdirkan bertemu dengan Orang kaya Bauk, Iaitu pemerintah Padang waktu itu. Orang kaya Bauk meminta pertolongan beliau mengajar seni silat Lintau kepada anak-anak muda di situ untuk belajar seni mempertahankan diri kerana waktu itu zaman lanun berleluasa, Kebetulan pula orang yang handal dalam persilatan Iaitu panglima lidah hitam singgah di padang.

Pada waktu itu lanun selalu membuat kekacauan dan bermaharajalela di perairan Selat Melaka. Orang kaya panglima Bauk meminta kerjasama Panglima Lidah Hitam untuk menghapuskan lanun-lanun ini. Pada tahun 1716, satu pertempuran hebat telah berlaku di muara sungai Muar diantara Angkatan Padang dengan lanun-lanun berlanjutan selama beberapa hari. Akhirnya angkatan Padang berjaya menumpaskan sebahagian besar dari lanun-lanun. Namun di akhir pertempuran kapal yang dinaiki Panglima Lidah Hitam berjaya dikaramkan oleh saki baki lanun. 

Beliau dan beberapa pengiringnya telah lemas. Kematian beliau tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya kerana sibuk bertempur. Sehinggalah setelah beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit Sakai telah ternampak dua mayat terapung tersangkut pada pokok Tuak di kuala parit tersebut. Memandangkan hari telah senja, mayat-mayat itu dibiarkan saja terapung. 

Pada keesokan pagi, barulah orang-orang kampung datang membawa mayat-mayat tersebut ke darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu.

Anehnya mayat ini tidak busuk dan reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut. Maka mereka pun menguruskan mayat itu untuk dikebumikan. Setelah dimakamkan satu perkara aneh telah berlaku pada keesokkan hari. Ada 1 batu telah timbul di atas kedudukan kepala makam tersebut yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah. (Batu tersebut dibungkus dengan kain kuning di dalam gambar kat bawah) 

Apabila malam bulan purnama, batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat.Oleh sebab keganjilan berlaku di makam itu, ia telah dianggap keramat oleh penduduk-penduduk di situ dan dipanggil "KERAMAT LIDAH HITAM".

Makam ini telah di akui sebagai lagenda sejarah dan pada tahun 1977, Dato Samad bin Idris, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu telah datang melawat dan merasmikan bangunan baru makam Lidah Hitam.

Jika Korang pernah ke pulau besar Melaka, Kalian akan jumpa 1 bongkah batu yang terbelah dua setinggi 3 meter, Mengikut cerita Lagenda Batu itu telah dibelah oleh Panglima Lidah Hitam dengan hanya menggunakan lidahnya, Wallahu'alam

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment