Wanita ibarat rama-rama. Apabila jari tersentuh di bahagian sayapnya, Maka hilanglah dan rosaklah coraknya. Begitulah juga dengan wanita, apabila lelaki bukan mahram, dibiarkan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, Maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan dan keindahan diri wanita itu.
Wahai wanita, Jagalah sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah dan malu itu sebahagian dari iman. Allah jadikan wanita itu sebagai perhiasan dunia yang digandingkan bersama lelaki sebagai peneman hidupnya.
Indahnya wanita itu sekiranya dirinya terpelihara dari pandangan mata-mata ajnabi. Susahnya untuk lelaki dekati kerana dirinya benar-benar dijaga malah pintu-pintu kemaksiatan ditutup rapat asbab cantik dan mahalnya diri seorang wanita itu.
"Dekatkan diri pada Allah, raihlah cinta dan redhaNya. Hidup di dunia hanya sekali. Jangan di sia-siakan.Sekali silap, tidak bermakna anda sudah tiada peluang untuk berubah".
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment