Sungguh beruntungnya menjadi umat Islam. Betapa besar kasih sayang Allah setiap kali hadirnya Jumaat. Selain rahmat, Allah turut menawarkan tawaran-tawaran hebat:
1. Jumaat penghulu segala hari: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yg paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yg lebih besar dpd Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam a.s dan Baginda di turunkan dpd Syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam a.s, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
2. Membaca Surah Al-Kahfi disinari cahaya dua Jumaat: Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
3. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah memberi rahmat 10 kali: Rasulullah bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kpdnya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)". (HR Al Baihaqi)
4. Diampuni dosa: “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
5. Doa tidak ditolak: Rasulullah bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar.” (HR Abu Daud).
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku: Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
7. Diselamatkan daripada fitnah kubur: Rasulullah bersabda, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (HR At-Tirmizi)
8. Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari Syurga: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”
9. Berlakunya Hari Qiamat: “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
“Hari yg dijanjikan ialah Hari Kiamat. Hari yg disaksikan ialah Hari Arafah dan hari yg menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana2 hari yg lebih mulia dan afdal dpd hari Jumaat.”
No comments:
Post a Comment