Selagi hawa nafsu tidak ditundukkan, selagi itulah hawa nafsu itu akan menundukkan kita dan menyuruh kita melakukan maksiat dan kejahatan serta lalai dari mengingati Allah swt. “Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sgt menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang2 yg telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguh nya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah Yusuf:53). Diriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW telah mengatakan: “Hal yang paling ku takutkan pada umatku adalah menurut hawa nafsu dan panjang harapan (terhadap dunia). Menurut kehendak hawa nafsu memalingkan manusia dari Tuhan, dan harapan yang berpanjangan (terhadap dunia) membuat orang lupa kepada akhirat.” Kerana itu, ketahuilah bahawa melawan hawa nafsu adalah awal ibadah” (Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 13 - Imam Al-Qusyairi).
Dzun Nun Al-Mishri mengatakan: “Kunci ibadah adalah tafakur. Tanda tercapainya tujuan adalah perlawanan terhadap hawa nafsu dengan meninggalkan keinginan2”. Sahl bin Abdullah berkata: "Tidak ada ibadah bagi Allah selain yang lebih utama dari menentang hawa nafsu." (Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 13 - Imam Al-Qusyairi). Yahya bin Muadz berpendapat: “Lapar adalah pelita, dan memenuhi perut adalah api. Hawa nafsu adalah seperti kayu api yang darinya muncul api, yang tidak akan padam sampai ia membakar pemiliknya”. Malik bin Dinar berkata: “Syaitan takut kepada bayangan manusia yang telah menakluki hawa nafsu duniawi” (Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Bab 11 - Imam Al-Qusyairi).
Melawan HAWA NAFSU (mujahadatun nafs) perlu dilatih, di samping berdoa memohon pertolongan dari Allah swt agar menguatkan dan meneguhkan hati kita dlm melawannya, krn Dialah pemilik segalanya. Beserta dgn zikrullah. Dgn latihan2 yang tekun akan menyebabkan hati menjadi terbiasa tidak mengikut hawa nafsu. Perbuatan2 yg jahat pun jika selalu diamalkan dan dilatih, akan jadi terbiasa dan ketagih. Contoh spt jika kita selalu suka menipu, maka nanti menipu akan menjadi tabiat kita. Selalu suka mencuri, nanti mencuri akan menjadi tabiat kita dan sbgnya. Begitulah sebaliknya, jika mahu berbuat kebaikan, maka perlu diamalkan dan dilatih secara istiqomah, lama2 akan jadi terbiasa tanpa perlu menumpukan perhatian lagi. Utk mahir dan menjadi biasa dgn sesuatu, pada peringkat permulaan sahaja terasa berat dan sukar. Ttpi apabila sudah biasa, lama-kelamaan akan menjadi lebih mudah dan automatik insyaAllah.
Allah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s: “Wahai Daud, peringatkanlah Para Sahabatmu terhadap sikap menuruti hawa nafsu, sebab pemahaman hati yang terikat kepada hawa nafsu dunia terdinding dari Ku”. Dikatakan bahawa seseorang sedang duduk di udara, dan seseorang bertanya kepadanya, "Bagaimana engkau dapat melakukan hal ini?" Dia menjelaskan, "Aku meninggalkan hawa nafsu (hawaa), maka Allah menjadikan udara (hawaa’) tunduk kepadaku." (Kitab Risalah Al-Qusyairiyah, Imam Al-Qusyairi) Secara umum, sifat manusia ada 2: Pertama, tergesa-gesa. Kedua, tamak. Tergesa-gesa muncul kerana jahil. Sedangkan tamak muncul daripada sikap terlalu cinta. Kedua karakter tersebut merupakan fitrah nafsu. Petikan Kitab Qut al-Qulub (Syeikh Abu Thalib al-Makki).
No comments:
Post a Comment