Ustaz Muhammad Qasim At-Timuri menukilkan asas2 usaha dakwah spt yg terdpt di dlm buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah, cetakan pertama:
1. Usaha melalui individu atau usaha berjamaah dan bukan usaha ijtima besar2an. Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dlm berbicara akan ttpi kerja, zuhud. Inilah usaha yg mesti dikerjakan oleh setiap individuatau mesti dilakukan dlm berjemaah.
2. Usaha melalui hati dan bukan pikiran. Sejauh mana hatimu menangis, sejauh mana hatimu risau atau sejauh mana terbakarnya hati atau sejauh mana risau runsingnya hati bukan bgmn pemikiranmu bekerja atau bgmn pemikiranmu membuat rancangan atau bukan bgmn pemikiranmu mem buat rencana atau bukan bgmn pemikiran filosofi yg tinggi2 utk mendptkan gagasan2.
3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Azas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauh mana kakimu bergerak, sejauh mana anda bergerak melalui kaki2mu. Sbb anda mesti pergi kpd khalayak ramai. Mrk yg sudah dtg ke masjid mrk mencintai agama. Sdgkan mrk yg blm dtg ke masjid blm mencintai agama. Oleh krn itu maksud dakwah adalah utk org2 ini. Jamaah yg sudah dtg ke masjid kita beri taklim. Usaha taklim dgn duduk dlm majlis. Akan ttpi dakwah dgn terjun ke bwh, kita dtg dari org ke org, dari toko ke toko, maksudnya sejauh mana anda bergerak dgn kaki2mu, krn kerja ini bukanlah kerja ‘sastrawan’. Anda harus berenang dlm lautan manusia, menyelam dlm laut dan mendptkan mutiara2. Kita berusaha mendptkan sedemikian org yg dpt menerima fikir iman dan amal.
4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal utk kesenangan kita. Sbg umpama: jika anda hendak menghafalkan surah Fatihah, apakah anda mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit utk menghafal? Tentu tidak! yg diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Krn itu tasykil (ajakan) kita adalah orgnya bukan wangnya atau hartanya. Apb anda hendak mentasykil, seseorg katakan bahawa “kami memerlukan diri anda dan bukan wang anda”.
5. Usaha dgn tawadhu dan bukan aninah. Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa Tiada apa-apanya. Saya ini kecil. Kita mesti merendah. Sbgmn pohon apb sarat dgn buahnya maka ia merunduk. Atau spi timba apb hendak menimba air, maka harus dicemlungkan. Demikian pula apb anda hendak merunduk hatinya maka anda akan dpt buat usaha dlm semua kalangan masyarakat, jika tidak anda akan mengalami berbagai kesulitan.
6. Usaha dakwah dgn damai dan bukan perang (bermusuhan). Anda mesti berdamai dgn semua org baru anda akan dpt buat usaha.
7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf. Asas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbezaan2. Anda berusaha menjauhi perbezaan2. Bnyk perkara yg dpt kita cari yg membawa pada persatuan. Jikalau anda hendak menyatukan umat, maka sedpt mungkin menjauhkan hal2 yg membawa kpd perpecahan.
8. Usaha melalui mesyuarat dan bukan melalui kediktatoran. Mesyuarat adalah mengambil usulan (cadangan) atau pendpt seblm membuat keputusan. Apb sudah diambil keputusan maka semua bersifat “sami’na waatho’na”. Ttpi seorg diktator tidak memerlukan mesyuarat, tidak memerlukan pendpt org lain. Dlm perkara2 kolektif yg menygkut umat, maka mesyuarat adalah sgt penting.
9. Usaha melalui amru bil ma’ruf dan bukan nahi anil munkar. Asas usaha dakwah kita adalah yad’una ilakhoir, menyeru kpd yg baik. Sbgmn enam sifat kita semua ma’ruf. Apb gelap maka adakanlah lampu. Apb amal yg baik hidup maka amal2 buruk akan pergi. Ketika muazin melaungkan azan, apa yg ia serukan? Ia tidak membuat larangan2 atau jgn buat ini atau itu. Dgn demikian usaha dakwah kita iaitu mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke masjid, mari duduk ta’lim, mari hadir dlm mesyuwarah, mari duduk dlm majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jln Allah, inilah dakwah kita. Bayi yg baru lahir memerlukan air susu ibu) yg segar dari ibunya bukan daging dan buah2an.
10. Usul dan bukan Furu. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang2nya.
11. Asas usaha dakwah kita adalah Qulyah dan bukan Juz’iyah. Hal-hal yg bersifat universal, hukum2 yg umum akan diterima oleh semua org, ttpi hati-hati krn diantaranya terdpt bnyk masalah yg membawa kpd khilafiah. Sbg contoh: mengajak kpd solat dpt diterima oleh semua org, ttpi bahasan solat secara detail terdpt masalah masail.
12. Asas usaha dakwah kita adalah Ijmal dan bukan Tafshil. Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir ertinya uraian2 secara pjg lebar, penjelasan, argumentasi secara mendetail. Usaha dakwah adalah deklarasi (keterangan atau maklumat), krn itu mesti pendek, tepat dan ringkas.
13. Asas usaha kita adalah Tamsir bukan Tanfir. Tamsir ertinya khabar gembira dan bukan tanfir ertinya khabar buruk, kebencian. Dlm usaha dakwah ini kita smpikan khabar gembira. Memberitahukan keutamaan2, pahala2, fadhilat2, menyampaikan perkara2 yg manis, supaya semua org dpt menerimanya. Jgn kita mengkritik, menyakiti perasaan org lain dan kita mencerca atau melukai.
14. Asas usaha dakwah kita adalah Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap2 dan bukan Ishtihar ertinya propaganda dgn publikasi utk pamer kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: “Sekiranya usaha ini telah berjln 1000 km ttpi kita mesti merasa masih pendek.” Usaha ini adalah kerja kerohanian yg berkaitan dgn iman yakindan ikhlas. Sifat2 ini ada di dlm hati dan bukan utk kemasyhuran.
15. Asas usaha dakwah kita adalah Akhirat dan bukan Dunia. Setiap org berfikir utk memperbaiki kehidupan dunia mrk, kebalikan dari ini dimana semua nabi memberitahu manusia ttg kesenangan akhirat. Setiap org berfikir bgmn dunia saya dpt lebih baik, kebalikan dari ini, Da’i berfikir bgmn akhirat saya menjadi lebih baik. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment