Wednesday, February 4, 2015

KHULASAH DARIPADA BAYAN MAULANA SYAMIN

7/12/2016 - Sri Petaling.

1. Pada zaman ini, hanya Maulana Saad dan Hj Abdul Wahab sahaja syura alami yang masih hidup. Jika salah seorang antara mereka meninggal, maka seorang akan jadi amir alami.

2. Lain-lain syura dilantik di markaz Nizamuddin, Raiwaind, Kakrail dan lain-lain untuk negara masing-masing tapi bukan sebagai pengganti Maulana Saad atau Hj Abdul Wahab.

3. Selepas Maulana Ilyas wafat, Maulana Yusuf menjadi hadraji. Selepas Maulana Yusuf meninggal, dilantik Maulana Inaamul Hasan. Pelantikan Maulana Yusuf dan Maulana Inaamul Hasan diputuskan oleh Maulana Zakariyya kerana Maulana Zakariyya dianggap sebagai penaung kepada usaha ini.

4. Sewaktu Maulana Inaamul Hasan dilantik, ada dalam kalangan buzruq yang tidak setuju kerana mereka merasakan bahawa mereka lebih layak. Jadi, golongan yang tidak setuju ini telah keluar dari markaz dan meninggalkan usaha. Apa yang berlaku, apabila seseorang itu memisahkan diri daripada usaha, maka kemuliaan dan penghormatan yang sebelum ini diterima asbab kerja dakwahnya, hilang daripada dirinya. Jika dulu orang takjub mendengar bayannya, percakapannya ada rohaniat, orang berebut bersalaman dengannya, tapi selepas mereka memisahkan diri daripada jemaah, semua itu tidak ada lagi.

5. Maulana Yusuf terkenal sebagai orang yang suka bayan dan bayannya memang berkesan. Ada majmak yang pengsan mendengar bayannya. Ada orang yang mengoyak-ngoyak bajunya lalu berlari masuk ke hutan selepas mendengar bayan Maulana Yusuf. Maulana Syamim kata, selain Syaikh Abdul Qadir Jailani, orang yang paling banyak meninggalkan kesan dalam Tauhid ialah Maulana Yusuf.

6. Tapi, Hadraji Maulana Inaamul Hasan, beliau bukan seorang yang pandai bayan. Seumur hidup, beliau tidak pernah beri bayan panjang-panjang. Tapi Allah nak tunjuk, walaupun amir tu tak pandai cakap, pada zaman beliau usaha berkembang ke seluruh dunia lebih daripada zaman sebelumnya.

7. Hadraji Maulana Inaamul Hasan meninggal dunia tanpa melantik pengganti. Beliau hanya melantik Meiji Mihrab sebagai amir mesyuarat. Jadi, semasa bermesyuarat di Nizamuddin, ahli mesyuarat telah membuat keputusan: Apabila Maulana Inaamul Hasan meninggal, dilantik 10 orang syura. Daripada 10 orang syura tu, 5 orang dari Nizamuddin. Daripada 5 orang syura itu, 3 orang saja jadi faisalat. 7 yang lain sekadar ahli syura, bukan faisalat. 3 faisalat itu ialah Maulana Izhar, Maulana Zubair dan Maulana Saad. Dalam masa yang tidak lama, syura-syura ini dijemput kembali ke rahmatullah. Semasa Maulana Zubir masih hidup, beliau bersama-sama Maulana Saad membuat keputusan dalam mesyuarat. Maulana Syamim kata, sehinggakan kami tidak tahu siapakah sebenarnya yang buat keputusan (kerana mereka mencapai kata sepakat dalam memutuskan sesuatu). Urusan mesyuarat berjalan dengan lancar.

8. Sekarang, daripada 10 orang syura, yang tinggal 2 orang saja: Maulana Saad dan Haji Abd Wahab. Manakala dari 3 faisalat: yang tinggal 1 orang saja iaitu Hazratjee Maulana Saad db.

9. Sepatutnya tak timbul isu ada syura dunia selain daripada Maulana Saad dan Hj Abd Wahab. Hanya ada dua nama ini sahaja yang telah dilantik semasa hadraji masih hidup. Jika mereka berdua bersepakat atas satu keputusan, maka jadilah keputusan.

10. Di Nizamuddin ada syura sendiri. Di Raiwind pun ada syura sendiri. Begitu juga di Kakrail. Setiap kali Nizamuddin bermesyuarat, mereka akan hantar salinan mesyuarat kepada Raiwind dan Kakrail. Tidak pernah mereka hantar apa-apa dalam bentuk Whatsapp atau guna Internet.

11. Segala keputusan dalam usaha ini, adalah perlu rujuk kepada Nizamuddin. Inilah markaz dunia. Di sinilah usaha ini dimulakan.

12. Sekarang, apa yang perlu kita buat ialah teruskan buat usaha. Jangan pecah hati disebabkan hal-hal yang seperti ini. Jika hendak difikirkan isu-isu sebegini, sejak zaman Maulana Ilyas lagi dah ada pelbagai isu sensasi. Tapi, usaha tetap berjalan. Sebab, usaha ini berada di bawah jagaan Allah SWT.

Olahan, Al Faqir Al Qadahi (doakan saya kekal dalam usaha ini).

No comments:

Post a Comment