Monday, February 10, 2014

12 FADHILAT SEDEKAH YANG WAJIB KAMU TAHU

Allah swt benar2 memuliakan org2 yg bersedekah. Ia menjanjikan bnyk keutamaan dan balasan yg menakjubkan bagi org2 yg gemar bersedekah. Diantara keutamaan bersedekah antara lain:

1. Sedekah dpt menghapus dosa: Rasulullah saw bersabda: “Sedekah dpt menghapus dosa sbgmn air memadamkan api.” (Hr Tirmizi)

2. Org yg bersedekah akan mendptkan naungan di hari akhir: Rasulullah saw menceritakan ttg 7 jenis manusia yg mendpt naungan di suatu, hari yg ketika itu Tiada naungan lain selain dari Allah, iaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yg mendptkannya adalah: “Seorg yg bersedekah dgn tgn kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu smpi2 tgn kirinya tidak mengetahui apa yg disedekahkan oleh tgn kanannya.” (Hr Bukhari)

3. Sedekah memberi keberkatan pada harta: Rasulullah saw bersabda: “Harta tidak akan berkurang dgn sedekah. Dan seorg hamba yg pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya”. (Hr Muslim)

4. Allah melipatgandakan pahala org yg bersedekah: Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya org2 yg bersedekah baik lelaki maupun perempuan dan meminjamkan kpd Allah pinjaman yg baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kpd mrk dan bagi mrk pahala yg bnyk.” (QS Al Hadid:18)

5. Terdpt pintu syurga yg hanya dpt dimasuki oleh org yg bersedekah: “Org memberikan menyumbang kan dua harta di jln Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: “Wahai hamba Allah, kemarilah utk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan org2 yg suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yg berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan ya gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Hr Bukhari Muslim)

6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorg: Rasulullah saw bersabda: “Sedekah adalah bukti.” (Hr Muslim)

7. Sedekah dpt membebaskan dari siksa kubur Rasulullah saw bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dlm kubur.” (Hr Tabrani)

8. Sedekah dpt mencegah pedagang melakukan maksiat dlm jual-beli: Rasulullah saw bersabda: “Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa keduanya hadir dlm jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dgn sedekah.” (Hr Tirmizi)

9. Org yg bersedekah merasakan dada yg lapang dan hati yg bahagia: Rasulullah saw bersabda: “Perumpamaan org yg pelit dgn org yg bersedekah spt dua org yg memiliki baju besi, yg bila dipakai menutupi dada hingga kelengkangnya. Org yg bersedekah, dikrnkan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Smpi2 ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sdgkan org yg pelit, dikrnkan pelitnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya mrkt erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak boleh.” (Hr Bukhari)

10. Pahala sedekah terus berkembang: Rasulullah saw bersabda: “Sesungguh nya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dgn tgn kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya utk salah seorg dari kalian, sbgmn kalian mengembangkan seekor anak kuda. Smpi2 sedekah yg hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud” (Hr Tirmizi)

11. Sedekah menjauhkan diri dari api neraka: Rasulullah saw bersabda: “Jauhilah api neraka, walau hanya dgn bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka boleh dgn kalimah thayyibah” (Hr Bukhari Muslim).

12. Boleh iri hanya kpd org yg dermawan:  Rasulullah saw bersabda: “Tidak boleh hasad kecuali pada dua org: seseorg yg diberikan harta oleh Allah, kemudia ia belanjakan di jln yg haq dan seseorg yg diberikan oleh Allah ilmu dan ia mengamalkannya dan mengajarkannya” (Hr Bukhari Muslim)

No comments:

Post a Comment