Azan bagi bayi baru lahir tradisi salaf. Pendpt ulama ttg azan bagi bayi baru lahir. Majoriti ulama mazhab yg empat, yakni mazhab Hanafi, Syafie, Hanbali dan sebhg ulama mazhab Maliki sepakat bahawa, azan bagi bayi yg baru lahir adalah bhg dari sunnah Nabi saw. dan Salaf telah melakukan itu.
Itulah salah satu sbb yg menjadikan Prof. Dr. Hisamuddin ibnu Musa Afanah, Profesor dlm bidang Fikih dan Ushul Fikih di Universitas al-Quds Palestina, berfatwa bahawa azan bagi bayi yg baru lahir adalah bhg dari sunnah Nabi saw. ketika beliau ditanya ttg hukum tersebut. Begitu juga dgn Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily, ulama ahli fiqih kontemporer abad 20 menuliskan dlm kitabnya Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh bahawa selain digunakan utk solat, azan juga dilaungkan pada beberapa event lain, salah satunya adalah utk mengazankan bayi yg baru lahir.
Para Fuqaha/Ulama Yg Menyatakan Sunnah
1. Ulama Mazhab Empat. Umumnya para ulama di dlm Mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dan sebahagian mazhab Maliki menyunnahkan azan utk bayi yg baru lahir, iaitu pada telinga kanan dan iqamat dikumandangkan pada telinga kirinya.
2. Umar bin Abdul Aziz (wafat 720 M). Diriwayatkan dlm kitab Mushannaf Abdurrazzaq bahawa Umar bin Abdul Aziz apb mendptkan kelahiran anaknya, beliau mengazaninya pada telinga kanan dan mengiqamatinya pada telinga kiri. Penjelasan ttg ini terdpt juga dlm kitab Nail al-Awthar.
3. Hasan al-Bashri, Ulama Salaf dari kalangan Tabi’in (wafat 728 M). Imam Hasan al-Bashri menyatakan bahawa, beliau melakukan pengazanan bagi bayi yg baru lahir. Telah diriwayatkan dari Ibnu alMundzir dari Umar ibnu Abdul Aziz bahawa jika anaknya lahir, Umar ibnu Abdul Aziz mengazankan bayinya di telinga kanannya dan mengiqamatkannya di telinga sebelah kirinya.
4. Ibnu Qudamah Pembesar Mazhab Hanbali. Sdg Ibnu Qudamah salah seorg ulama besar Mazhab Hambali, penulis kitab alMughni itu berkata pada jilid 7 halaman 46):
فَصْلٌ : قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْم : يُسْتَحَبُّ لِلْوَالِدِ أَنْ يُؤَذِّنَ
فِي أُذُنِ ابْنِهِ حِينَ يُولَدُ ؛ لِمَا رَوَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ
رَافِعٍ ، عَنْ أُمِّهِ ، { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ
فِي أُذُنِ الْحَسَنِ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ } .
Fasal: “Berkata sebhg ahli Ilmu,” Disukai (disunnahkan) bagi org tua utk meng azankan telinga anaknya ketika baru lahir, berdasar kpd riwayat Abdullah bin Rafi’ dari ibunya, bahawa Rasulullah saw. mengazani di telinga al-Hasan ketika ia dilahirkan oleh Fathimah”. Ibnu Qudamah sbg salah satu icon ulama mazhab Al-Hanabilah menuliskan ttg masalah ini di dlm kitab fiqihnya AlMughni.
قال بعض أهل العلم: يستحب للوالد أن يؤذن في أذن ابنه
حين يولد
حين يولد
Sebhg ahli ilmu berpendpt hukumnya mustahab (disunnahkan) bagi seorg ayah utk mengumandangkan azan di telinga anaknya ketika baru dilahirkan.
5. Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menuliskan dlm kitabnya, Tuhfatul Maudad bi Ahkamil Maulud, bahawa azan pada telinga bayi dilakukan dgn alasan agar kalimat yg pertama kali didgr oleh seorg anak manusia adalah kalimat yg membesarkan Allah SWT, juga ttg syahadatain, dimana ketika seseorg masuk Islam atau meninggal dunia, juga ditalqinkan dgn dua kalimat syahadat. Dlm kitab Tuhfat al-Maudud tersebut beliau membuat satu bab yg menyunnahkan azan bagi bayi yg baru dilahirkan sbg berikut:
“الباب الرابع في استحباب التأذين في أذنه اليمنى
والإقامة في أذنه اليسرى ”
والإقامة في أذنه اليسرى ”
“Bab IV mengenai disunnahkannya azan di telinga kanan dan iqamat di kiri.”
6. Syeikh Abdullah bin Baz. Syeikh Abdul Aziz ibnu Abdullah ibnu Baz ketika ditanya ttg mengazani bayi pada telinga kanan dan mengiqamati pada telinga kiri, beliau menjawab sbgmn tertuang dlm situsnya :
هَذَا مَشْرُوْعٌ عِنْدَ جَمْعٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ وَقَدْ وَرَدَ فِيْهِ بَعْضُ
اْلأَحَادِيْثُ وَفِيْ سَنَدِهَا مَقَالٌ فَإِذَا فَعَلَهُ
الْمُؤْمِنُ حَسَنٌ ِلأَنَّهُ مِنْ بَابِ السُّنَنِ وَمِنْ بَابِ التَّطَوُّعَاتِ
Ini perbuatan masyru’ (disyariatkan) menurut pendpt semua ahli ilmu dan mmg ada dasar hadisnya, meskipun dlm sanadnya ada perdebatan. Ttp bila seorg mukmin melakukannya maka hal itu baik, krn merupakan bhg dari pintu2 sunnah dan pintu2 tathawwu’at (amalan sunnah/mustahab).
7. Pendpt Syaikh Ibnu Utsaimin. Dlm bukunya berjudul Majmu Fatawa wa Rasa`il asy-Syaikh al-Utsaimin (kumpulan fatwa dan Risalah Syaikh Ibnu Utsaimin), Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya ttg hukum azan bagi bayi baru lahir spt ini teksnya
س177: سئل فضيلة الشيخ- رحمه الله-: يقوم بعض
الناس عندما يرزق بمولود بالتأذين في أذنه اليمنى والإقامة
في اليسرى فهل هذا ورد في السنة؟
الناس عندما يرزق بمولود بالتأذين في أذنه اليمنى والإقامة
في اليسرى فهل هذا ورد في السنة؟
“Pertanyaan nomor 177: Yg Mulia asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah ditanya: Sebhg org ketika dikurnia kelahiran bayi melakukan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri, apakah hal ini terdpt dlm Sunnah?”
فأجاب رحمه الله- بقوله: هو وارد في السنة لكن أحاديث
الإقامة ضعيفة، أما الأذان فهي أقوى، فلهذا نقول: يؤذن
في أذنه اليمنى أول ما يولد، وغالب الناس الآن أنهم لا
يتمكنون من هذا لأن الأولاد تولدهم الممرضات في
المستشفى، لكن إذا كان الإنسان قد حضر الولادة فإنه
ينبغي أن يؤذن في أذنه اليمنى، ولكن ليس بصوت مرتفع
حتى لا تتأثر الأذن، قال العلماء: من أجل أن يكون أول ما
يطرق سمعه الأذان والدعوة إلى الصلاة.
الإقامة ضعيفة، أما الأذان فهي أقوى، فلهذا نقول: يؤذن
في أذنه اليمنى أول ما يولد، وغالب الناس الآن أنهم لا
يتمكنون من هذا لأن الأولاد تولدهم الممرضات في
المستشفى، لكن إذا كان الإنسان قد حضر الولادة فإنه
ينبغي أن يؤذن في أذنه اليمنى، ولكن ليس بصوت مرتفع
حتى لا تتأثر الأذن، قال العلماء: من أجل أن يكون أول ما
يطرق سمعه الأذان والدعوة إلى الصلاة.
Lalu Syaikh Ibnu Utsaimin rah. menjawab dgn mengatakan, “Hal itu ada dlm Sunnah, ttp hadis-hadis iqamat (di telinga kiri) adalah lemah. Adapun (hadis2) azan (di telinga kanan bayi) lebih kuat. Oleh krn itu kami katakan, (bayi hendaknya) diazankan di telinganya yg kanan pada saat ia baru dilahirkan. Kebnykan org saat ini tidak sempat melakukan itu, krn mrk melahirkannya di rumah sakit oleh para doktor. Ttp jika seseorg dpt menghadiri kelahiran bayinya, maka hendaknya dia mengazankan (bayinya) di telinganya yg kanan, namun tidak dgn suara keras sehingga tidak merusak telinga bayi. Para ulama berkata, hal itu supaya suara yg pertama kali didgr oleh bayinya adalah azan dan panggilan utk solat.
8. As-Sayyid Sabiq Pengarang Kitab Fiqh as-Sunnah. As-Sayyid Sabiq yg kitab Fiqh Sunnahnya dijadikan acuan oleh beberapa Perguruan Tinggi Islam merupakan ulama yg menyunnahkan dibacakan azan ini bagi bayi yg baru lahir. Dlm kitabnya itu ia menulis:
الاذان في أذن المولود: ومن السنة أن يؤذن في أذن المولود
اليمنى، ويقيم في الاذن اليسرى، ليكون أول ما يطرق
سمعه اسم الله.
اليمنى، ويقيم في الاذن اليسرى، ليكون أول ما يطرق
سمعه اسم الله.
“Azan di telinga bayi yg baru dilahirkan: Termasuk sunnah utk mengazani telinga kanan dan mengiqamahi telinga kiri bayi yg baru dilahirkan, supaya yg pertama kali didgr telinga anak adalah Asma Allah swt.”
9. Pendpt Prof. Dr. Wahbah Zuhaily, Pakar Fikih Kontemporer asal Syria. Ulama kontemporer, Wahbah az-Zuhaily juga menyunnahkan azan ini dlm kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa adillatuhu.
يستحب للوالد أن يؤذِّن في أذن المولود اليمنى، وتقام
الصلاة في اليسرى حين يولد ) الفقه الإسلامي وأدلته
الصلاة في اليسرى حين يولد ) الفقه الإسلامي وأدلته
“Disunnahkan bagi org tua utk mengazani di telinga kanan bayi yg baru dilahirkan dan diiqamati spt iqamat utk solat di telinga kirinya.”
10. Imam an-Nawawi, ulama terkemuka Mazhab Syafie. Imam an-Nawawi dlm kitabnya al-Majmu’ pada jilid 8 halaman 443 menyatakan:
قال جماعة من أصحابنا يستحب أن يؤذن في اذنه اليمنى
ويقيم الصلاة في اذنه اليسرى
ويقيم الصلاة في اذنه اليسرى
“Berkata sekelompok ulama dari sahabat2 kami (ulama Syafieyyah), disukai utk diazani di telinga kanan dan diiqamahi di telinga kiri bayi yg baru dilahirkan.”
Diterangkan dlm kitab-kitab Fikih Mazhab asy-Syafie :
وَيُشْرَعُ الْأَذَانُ فِي أُذُنِ الْمَوْلُودِ الْيُمْنَى وَالْإِقَامَةُ فِي
الْيُسْرَى
“Disyari’atkan azan di telinga kanan bayi yg baru dilahirkan dan diiqamati di telinga sebelah kiri.”
11. Pendpt Imam asy-Syirazi, ulama ternama Mazhab Syafie. Imam asy-Syirazi dlm kitabnya alMuhazab berkata :
ويستحب لمن ولد له ولد أن يؤذن في أذنه
“Disunnahkan bagi org yg baru kelahiran anak utk mengazani di telinga bayi tersebut.”
Dlm kitab Kifayat al-Akhyar, pernyataan senada dpt kita temukan:
ويستحب أن يؤذن في أذنه اليمنى ويقيم في اليسرى
)كفاية الأخيار في حل غاية الإختصار
)كفاية الأخيار في حل غاية الإختصار
“Disunnahkan utk diazani di telinga kanannya dan diiqamati disebelah kirinya.”
Pernyataan senada juga dpt ditemukan dlm kitab al-Iqna jilid 2 halaman 246, Fathul Wahhab jilid 2 halaman 331, Asna al-Mathalib jilid 7 halaman 46, Syarh al-Bahjah al-Wardiyah jilid 19 halaman 172, Hasyiyah al-Jumal jilid 22 halaman 225 dan Hasyiyah al-Bujairmi ‘ala al-Manhaj jilid 16 halaman 65. Begitu juga dlm kitab Mathlab Aula an-Nahy fi Syarh Ghayat alMuntaha disebutkan :
(وَسُنَّ أَذَانٌ فِي يُمْنَى أُذُنَيْ مَوْلُودٍ) ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى حِينَ
يُولَدُ ، وَإِقَامَةٌ بِيُسْرَاهُمَا)
“Disunnahkan azan di telinga kanan bayi] baik lelaki maupun perempuan ketika baru dilahirkandan diiqamati di telinga kiri keduanya.”
Abdurrahman al-Jazairi, dlm Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah (Fikih Empat Mazhab) hlm.170. juga menyunnahkan azan bayi di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya. Sungguh masih sgt bnyk para ulama yg menyata kan bahawa azan bagi bayi yg baru lahir adalah sunnah dan ini merupakan pendpt Jumur Ulama (majoriti ulama islam).
No comments:
Post a Comment