Sunday, February 16, 2014

SIFAT2 ALLAH DALAM KITAB AQIDATUL AWWAM

Ketahuilah dgn yakin bahawa Allah itu mempunyai 20 sifat wajib

1. Sifat Wujud: 

Pengertiannya ttpnya sesuatu dan pasti adanya, sifat wujud ini wajib bagi Allah Taala Zatnya bukan Illat (Pengaruh Luar) maksudnya bahawa selain Allah (Makhluk) tidak dpt mempengaruhi adanya Allah. Adapun sifat wujud tanpa Zat itu terjadi spt keberadaan kita iaitu melalui perbuatan Allah Taala. Adapun bukti adanya Allah iaitu adanya makhluk ini, jika Allah swt Tiada, maka tidak akan ada satu makhlukpun. 

Allah Taala berfirman, “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku”. (QS Thaha:14)dan firman Allah Taala, “Tidaklah mrk memikirkan ttg kejadian diri mrk? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yg ada diantara keduanya melainkan dgn kebenaran dan waktu yg dittpkan. Dan sesungguhnya kebnykan diantara manusia benar2 ingkar akan pertemuan dgn Tuhannya”. (QS Ar Rum:8). 

Seorg badui ditanya ttg bukti adanya Allah. Dia menjawab: kotoran unta itu menunjukkan adanya unta dan kotoran haiwan keldai menunjukkan adanya haiwan keldai dan bekas kaki itu menunjukkan adanya org yg berjln, maka langit itu mempunyai bintang dan bumi mempunyai jln yg terbentang dan laut mempunyai ombak yg bergelombang, apakah semua itu tidak menunjukkan atas adanya pencipta yg bijak, lagi Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui?.

2. Sifat Qidam: 

Adalah Tiada permulaan pada wujudnya Allah Taala maksud nya bahawa Allah tidak mempunyai permulaannya krn Allah Zat yg agung, pencipta alam semesta dan pencipta makhluk yg ada, maka sudah pasti Allah yg mendahuluinya. Allah Taala berfirman “Dialah Allah yg Awal, yg Akhir, yg Zahir dan yg Batin dan dia maha mengetahui ada segala sesuatu”. (QS. Ql Hadid : 3)

3. Sifat Baqa’: 

Adalah Tiada pengakhiran pada wujudnya Allah bahawa Allah Taala sentiasa ada tanpa ada ujung dan sentiasa kekal tanpa ada akhirannya. Allah Taala berfirman “Semua yg ada dibumi ini akan binasa dan ttp kekal wajah Tuhanmu yg mempunyai keagungan dan kemuliaan”. (QS. Ar Rahman:26-27). Allah Taala berfirman, “Setiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah. BagiNya sesuatu itu ditentukan dan padaNya pula kamu semua kembali”. (QS Al-Qashas:4)

4. Sifat Mukhalafatuhu lilhawadist: 

Adalah Tiada makhluk yg menyamai Allah swt. Allah Taala berfirman, “Tiada sesuatupun yg serupa dgn Diadan Dialah yg Maha Mendgr lagi Maha Melihat”. (QS As Syura:11). Allah Taala berfirman, “Tiada satupun yg menyamainya”. (QS Al Ikhlas:4)

5. Sifat Qiyamuhu Binafsihi: 

Adalah Allah tidak perlu pada tmpt yg menetap padanya atau tmpt yg ditmptinya atau pencipta yg mewujudkannya. Ttp Dia Maha Kaya dari segala sesuatu selainnya (makhluk). Allah Taala berfirman, “Dan tunduklah semua (maksudnya merendah diri) pada Allah yg kuasa hidup lagi sentiasa mengurus (makhluknya)”. (QS Taha:111). Dan Allah Taala berfirman, “Wahai manusia, kamu sekalian memperlukan Allah, sdgkan Allah Maha kaya (Tidak memperlukan) lagi maha terpuji”. (QS Faathir:15). Dan Allah Taala berfirman, “Sesungguhnya Allah sungguh Maha Kaya (Tidak memerlu kan) dari alam semesta” (QS Al Ankabut:6)

6. Sifat Al Wahdaniyah: 

Adalah tidak berbilang dlm Zatnya, sifatnya dan perbuatannya. Dan pengertian Esa zat Allah itu tidak tersusun dari bhg2 dan Dia tidak bersekutu dlm kerajaanNya. Pengertian Esa sifatnya adalah bahawa tidak satupun bersifat spt sifatnya Allah. Dan pengertian Esa dlm perbuatan adalah bahawa tidak satupun berbuat spt perbuatan Allah Taala. Maka Allah adalah pencipta segala sesuatu dan pembuat segala sesuatu. Maka Allah Taala berdiri sendiri dlm penciptaanya dan pembuatannya. 

Allah Taala berfirman, “Maha suci Allah Dialah yg Maha Esa lagi Maha Pemaksa (QS Az-Zumar:4)”dan Allah Taala berfirman, “Dan Tuhanmu sekalian adalah tuhan yg maha Esa Tiada Tuhan kecuali Dia yg maha Pengasih lagi Maha Penyayg” (QS Al-Baqarah:163). Dan Allah Taala berfirman, “Katakanlah bahawa Allah itu Esa” (QS Al-Ikhlas:1). “Allah tidak membuat anak dan Tiada (Tuhan yg lain) menyertaiNya, jika ada Tuhan beserta Nya maka tuhan itu membawa makhluk yg dicipta kannyadan sebhg dari Tuhan2 itu akan mengalahkan sebhg yg lain, Maha Suci Allah dari apa yg mrk sifatkan itu” (QS Al Mukminun:91).

7. Sifat Qudrah: 

Adalah sifat Qodim yg menetap pada Zat Allah Taala dlm menciptakan (sesuatu) dan meniadakan (sesuatu). Allah berfirman, “Sesung-guhnya Allah itu maha kuasa atas segala sesuatu” (QS An Nur:45)dan Allah Taala berfirman, Tiada sesuatupun yg dpt melemahkan Allah baik dilangit maupun dibumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa” (QS Faathir)

8. Sifat Iradah: 

Adalah sifat Qodim yg menetap pada Zat Allah Taala. Sifat Iradah ini khusus terjadi pada hal2 yg boleh terjadi pada setiap sesuatu yg boleh terjadi. Dgn demikian Allah swt mengatur alam semesta ini menurut keinginan, kehendak dan ketentuan2Nya. Maka Allah Taala menjadikan sesuatu ini pjg, pendek, baik dan buruk, alim atau bodoh pada tmpt ini dan lainnya. “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apb Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kpdnya: Jadilah maka jadilah ia” (QS An Nahl:40). “Dan Tuhanmu menciptakan apa yg dia kehendaki dan memilihnya, Tiada bagi mrk suatu pilihan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yg mrk perse-kutukan” (QS Al Qashas:68). 

“Katakanlah Wahai Tuhan yg mempunyai kerajaan, kamu berikan kerajaan pada org yg Kamu kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari org yg Engkau kehendaki. Di tgn Mu lah segala kebaikan. Sesungguhnya Kamu Maha Menguasai atas segala sesuatu. (QS Ali-Imran:26). “Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yg Dia kehendaki. Dia memberikan anak2 perempuan kpd siapa yg dia kehendaki dan memberikan anak2 laki2 kpd siapa yg dia kehendaki. Atau Dia menganugerah kan kedua jenis lelaki dan perempuandan menjadikan mandul siapa saja yg Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”. (QS Asy-Syuura:94-50).

9. Sifat Ilmu: 

Adalah sifat Qadim yg menetap pada Zat Allah Taala dlm mengetahui segala sesuatu. “Sesungguhnya Allah Taala itu maha mengetahui atas segala sesuatu” (QS Al Mujadalah:7) “Dan sesungguhnya Ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu” (QS At-Thalaq:12) “Dan di sisi Allah kunci2 yg Ghaib, Tiada yg mengetahui kecuali Dia sendiridan Dia mengetahui apa yg didaratan dan dilautan dan tiada sehelai daun pun yg gugur melainkan Dia mengetahui nya dan tidak jatuh sebiji pun dlm kegelapan bumi dan tidak sesuatu yg basah atau kering melainkan tertulis dlm kitab yg nyata” (QS. Al Anam:59). “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dkt dpd urat lehernya” (QS Qaaf:16)

10. Sifat Hayat (Hidup): 

Adalah sifat Qadim yg menetap pada Zat Allah Taala. Sifat berkuasa, berkehendak, ilmu, mendgr, melihat dan berbicara. Maka jika Allah itu tidak hidup, maka sifat2 tersebut tidak akan ttp (ada). “Dan bertaqwa lah pada Allah yg Hidup dan tidak Mati” (QS Al-Furqon:58). “Dialah yg hidup Tiada Tuhan selain Dia, maka sembahlah Dia dgn ikhlas krn beragama pada Nya” (QS Al Mukmin:65). “Dan tunduklah semua pada Allah yg Maha Hidup lagi sentiasa mengurus (MakhlukNya)” (QS Thaha:111).

11 dan 12 Samak dan Basar (Sifat Mendgr dan Melihat):  

Adalah keduanya sifat yg menetap pada Zat Allah Taala yg dpt menyingkap (membuka) sesuatu yg ada. Maka Allah Taala Maha Mendgr segala sesuatu hingga mampu mendgr jlnnya semut dipadang pasir yg hitam dimlm yg gelap dan Maha Melihat segala sesuatu yg tampak secara keseluruhan yg meliputi segala yg tampak (dpt ditemukan). “Sesungguhnya Allah telah mendgr ucapan seorg wanita yg mengajukan gugatan kpdmu ttg suaminyadan mengadukannya kpd Allahdan Allah mendgr soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendgr lagi maha Melihat” (QS Al Mujadilah:1). 

“Pergilah kamu berdua kpd Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kamu berdua kpdnya dgn kata2 yg lemah lembut, mudah2an ia ingat atau takut”, mrk berdua berkata, “Ya tuhan kami, sesungguhnya kami khuatir bahawa ia segera menyiksa kami atau akan bertambah melampaui batas”, Allah berfirman, “Jgnlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendgr dan melihat”. (QS. Taha:43-46).

13 Sifat kalam: 

Adalah sifat Qadim yg menetap pada Zat Allah Taala bukan berupa huruf atau bukan berupa suara yg menunjukkan pada seluruh maklumat. “Dan Allah telah berbicara pada Musa dgn langsung”. (QS. An Nisa :164). “Dan tatkala Musa dtg utk (munajat) pada waktu yg telah kami tentukan dan tuhanNya telah berbicara langsung kpdnya”. (QS Al A’raaf:143). “Dan Tiada seorg manusiapun bahawa Allah berbicara dgn dia kecuali dgn perantra wahyu”. (QS Asy-Syura:51). Dan jika Allah Taala mempunyai sifat berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, mendgr, melihatdan berbicara maka secara otomatis Allah Taala mempunyai sifat2 berikut ini :

14. Qadiran (Dialah Yg Maha Kuasa).
15. Muriidan (Dialah Yg Maha Berkehendak).
16. Aaliman (Dialah Yg Maha Mengetahui).
17. Samii’an (Dialah Yg Maha Mendgr).
18. Hayyan (Dialah Yg Maha Hidup).
19. Bashiiran (Dialah Yg Maha Melihat).
20. Mutakalliman (Dialah Yg Maha Berbicara).

No comments:

Post a Comment