Sunday, January 19, 2014

DIAM MENGANDUNGI 7000 KEBAIKKAN

Ada yang mengatakan bahawasanya diam itu merupakan emas. Kenapa pulak ya? Ternyata diam itu memberikan banyak kebaikan. Tapi, diam di sini bukan bererti tidak melakukan apa pun atau bahkan tidak berbicara. Melainkan, diam di sini lebih memilih untuk tidak banyak berbicara hal-hal yang memang seharusnya tidak untuk dibicarakan.

Akibat perbuatan diamnya itu seorang cendekiawan mengatakan bahwa diam itu mengandung 7000 kebaikkan, dan kesemuanya itu dirangkum dalam tujuh kalimat yang masing-masing kalimat terdapat seribu kebaikan. Ketujuh kalimat itu adalah:

1. Diam itu merupakan ibadah yang tanpa susah payah.

2. Diam itu merupakan perhiasan yang tanpa emas permata.

3. Diam itu merupakan kewibawaan yang tanpa kekuasaan.

4. Diam itu merupakan benteng yang tanpa pagar.

5. Diam itu merupakan kekayaan yang tanpa merendahkan orang lain.

6. Diam itu merupakan istirahat bagi malaikat pencatat amal.

7. Diam itu merupakan penutup aib.

Ada yang mengatakan pula bahwa diam itu merupakan hiasan bagi orang yang pandai, dan merupakan tirai bagi orang yang bodoh.

Ternyata sungguh besar kebaikan yang akan diperoleh bagi orang yang diam. Yang sentiasa menjaga dirinya dari perbuatan atau pun perkataan-perkataan yang tidak seharusnya dilakukan atau diucapkan. Dengan begitu, memang benarlah kebaikan itu akan menimpa dirinya, tapi khusus bagi orang-orang yang diam untuk membenteng dirinya, bukan diam karena rasa malu yang berlebihan.

Sumber: Terjemah Tanbihul Ghafilin Peringatan bagi Orang-orang yang Lupa 1 Karya: Abu Laits as Samarqandi

TANDA-TANDA HUSNUL KHATIMAH

Setiap ada kehidupan pasti ada kematian. Begitupun dengan yang bernyawa pasti akhirnya akan mengalami kematian. Yang bernyawa pasti akan kembali lagi pada Allah s.w.t. Tuhan yang pertama kali menciptakan kita. Di akhir kematian nanti hanya ada dua macam, yaitu secara husnul khatimah (akhir yang baik) dan suul khatimah (akhir yang buruk).

Semuanya itu tergantung kita saat dicabut nyawa nanti apakah kita sedang berbuat kebaikkan atau keburukan. Jika kita memilih untuk meninggal secara husnul khatimah, artinya kita harus mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapinya. 

Maka dari itu, semoga kita termasuk ke dalam orang-orang yang meninggal secara husnul khatimah, iaitu meninggal dengan salah satu cara yang menjadi tanda orang husnul khatimah. 

Namun apa sajakah tanda orang yang meninggal secara husnul khatimah? Berikut ini diantaranya:

1. Meninggal dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud).

2. Meninggal dalam keadaan sedang berkeringat (HR. Tirmidzi).

3. Meninggal pada waktu siang/malam Jumaat (HR. Tirmidzi).

4. Meninggal dalam keadaan mati syahid/terbunuh di medan perang di jalan Allah s.w.t (QS. 3: 169-171).

5. Mati di jalan Allah s.w.t (HR. Muslim).

6. Meninggal kerana penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).

7. Meninggal kerana penyakit taun (HR. Bukhari).

8. Meninggal kerana sakit perut (HR. Muslim).

9. Meninggal kerana tenggelam.

10. Meninggal kerana tertimpa reruntuhan (HR. Bukhari dan Muslim).

11. Meninggal kerana kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).

12. Meninggal kerana membela agama/nyawa (HR. Bukhari).

13. Meninggal kerana membela harta (HR. Abu Daud).

14. Meninggal kerana terjangkit penyakit batuk kering (HR. At Tabrani).

15. Meninggal kerana sedang berjaga di jalan Allah s.w.t.

16. Meninggal tatkala sedang beramal soleh (HR. Ahmad).

17. Meninggal karena terbakar api (HR. Ahmad).

Wallahualam Bissawab.

No comments:

Post a Comment